SAMAN....

04 February 2009
jam 8.00 pm aku kuar dari bilik dan bergegas ke kedai photostat yang berdekatan. bukannya apa tepat jam 8.00 pm tu ada discussion control dan agenda kitaorang hari ni nak peer teaching. tu yang kena cari kedai photostat nak photostat peer teaching note.

masa kat kedai jumpa nad. disebabkan kitaorang nak gi tempat yang sama aku pun bermurah hati menumpangkan dia. masa nilah nak buat baik dengan sahabat. hm.. dan tiba di dataran resak keadaan sangat lengang. besalah baru jam 8.10pm. lepas isyak nanti mesti penuh. getus hati aku. dan seperti biasa aku pun meparkingkan moto baru aku yang macho tu di tempat biasa. dan betul2 depan moto aku tu ada papan tanda yang tulis 'dilarang meletak kenderaan di kawasan berantai'. sejenak aku terfikir, mananya kawasan berantai? tak nampak rantai pun. hm... tempat aku letak ni tak termasuk kot.

selepas mengunci dan mengatakan bai2 pada moto ku aku pun berlalu ke cafe. discussion start jam 8.30pm.

lama juga hari ni kitaorang discuss. adalah sampai jam 11.15pm. memang tepu habis. sampai masa aku punya part memang semua dah lepek. nasib baiklah aku ni suka buat lawak, hehe sekurang2nya tak de yan tido.

alhamdulillah aku puas hati sangat dengan discussion tadi. sekurang2nya ia meberi aku overview apa yang nak aku study balik.

then perut rasa lapar, so singgah jap ke afe yang betul2 belakang kitaorang. beli dua keping royi canai (memeng sedapkuah dia, roti dia pun mantop) cuma ari ni brother yang jual roti canai tu sendukkan kuah. ni mesti perli aku sebab setiap kali kalau aku senduk kuah macam beli 10 keping roti canai. tulah sapa suruh kuah dia sedap sangat.

then dengan tersengih2 aku pun menghala ke motosikal yang terletak di bahagian hadapan. argh.. rindu betul pada 'kuda' aku tu. bila lagilah aku nak bawak dia pergi berperang.

sampai kat moto tetiba aku ternampak ada surt terselit kat motor aku. aik sapa pulak nak ngorat aku ni? hish... dah 2009 ni pun ada orang main surat cintan-cintun lagi ke? hm... nak kena dakwahkan sikit budak ni. hehe teringat aku kat seorang Ustaz tu. dia kata setiapkali orang yang tersilap hantar mesej ke hp dia mesti menjadi mad'u dia. dan ari tu sapatah menggatal sebok kacau aku tengah malam. asyik t.
anya tengah buat apa. sekali aku reply 'saya sedang memikirkan tentang saudara2 saya di Paestin, saudara/i ada apa2 cadangan untuk kita bantu mereka disana?' huh sampai ari ni dah tak timbul2.

ternyata ramalan ku salah belaka. mak Oi surat saman. malam2 buta macam ni pun kena saman. sapa yang sain? pengetua! Dr. Firdausi... huhu rajinnya pengetua aku kehulur ke hilir pun dibawanya surat saman. dahlah tu RM30 pulak tu. rasa macam nak post moto balik rumah aje. nasib baik aku belum mendaftarkan moto tu, so diorang tak de rekod aku.

tapi macam mana ni? tak nak bayar kot? huish rm30 tu sama macam tiket aku balik KL. tak ingin aku bayar.

tak pe sok gi merayu kat pak gurd. budak2 ni kata kalau buat surat insyaAllah boleh kurang jadi rm2.

huhu sedehnya... tarbiah... tarbiah...

0 comments: