PMIUTM di Pesta Ponggal

17 February 2009
14 Jan, Skudai : PMIUTM dan ProM sekali lagi mengadakan kunjungan bersama ke Ekspo Ponggal yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Hindu bertempat di Tasik UTM. Lawatan itu telah disertai hampir 40 orang ahli dan juga pimpinan PMIUTM dan ProM.

Atas semangat perpaduan, barisan Exco Persatuan Mahasiswa Islam mengambil inisiatif untuk turun bersama-sama ke program tersebut. Kunjungan PMIUTM ke Pesta Ponggal tersebut merupakan julung-julung kali diadakan bagi merapatkan lagi jurang antara kaum dan memperkasakan agenda perpaduan di UTM.

Barisan pimpinan PMI dan ProM yang hadir disambut dengan penuh mesra oleh Pengarah program, Saudara Pari dan Presiden Mahasiswa Hindu, Saudara Kuhan. Rombongan telah diberikan sedikit penerangan mengenai Pesta Ponggal dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekitar tapak ekspo.

Dalam lawatan tersebut, Presiden Persatuan Mahasiswa Hindu, Kuhan turut mempelawa PMI dan ProM untuk menyertai pertandingan memasak Nasi Ponggal. PMI dan ProM menyahut cabaran dan telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan itu.

"Terima Kasih kepada PMI dan ProM kerana sudi datang ke program kami." Itulah luahan secara spontan dari Pengarah Program, Saudara Ravi apabila rombongan bersalaman untuk balik.

Saudara Mohd Amin Bin Mohd hamami selaku Presiden PMIUTM kali ini amat berharap "kerjasama antara persatuan agama dapat diteruskan agar perpaduan lebih utuh pada masa akan datang. Ini kerana Perpaduan di kalangan mahasiswa hari ini amat penting kerana ia menjadi penentu kejayaan masa depan Malaysia. Perpaduan perlu direalisasikan dalam kerangka minda kita sendiri dengan melihat seseorang warga negara Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit, agama, keturunan dan budayanya." -LPM PMI-

sumber:http://pmiutm.blogspot.com

***Alhamdulillah, gembira lihat PMIUTM berusaha menjalinkan hubungan baik dengan semua kaum. sebagai pendokong Pro M UTM aku juga bangga apabila mereka terkehadapan dan sanggup bersama2 dengan warga kampus walaupun sudah sebok menjadi MPP. diharap aktiviti seumpama ini dapat menarik lebih ramai penyokong PRO M UTM dan pendokong PMIUTM.

sedihnya aku dah bersiap pakai baju pmi nak gi pesta ponggal tu tapi tetiba ada meeting. huhu mengapa begini???

0 comments: