ada satu masa kita merasakan diri kita sangat bagus.pada saat tu kita akan rasa semuanya macam boleh dibuat. semuanya under control. sampai satu saat segala kerja yang ada semuanya kita nak pulun. sampai kita harap orang lain boleh move 'fast' macam kita juga.
tapi muncul satu ketika, tiba2 kita rasa lemah. lantas semua kerja yang kita ada jadi umpama beban yang seolah2 kita seorang yang tanggung. waktu tu kita mula 'claim' tak de orang yang cuba faham kita. kita mula rasa kita berseorangan.
dan bila semua mula jadi lain dari yang kita rancangkan, kita akan terus rasa down. saat tu kita rasa mahu bersendirian. dan pada masa itu juga kita akan mula terfikir untuk apa kita buat semua ni. sampai satu tahap kita mula berkira2 untuk melepaskan semua ni.
dan akhirnya, apabila kita mula melayan segala bisikan hati. kita menjadi semakin jauh. makin berada dalam satu dunia yang kita create. kita mula dengan satu perasaan yang kita cuba hidupkan. walau sebenarnya kita rasa berat tapi bibir cuba mebuahkan senyuman. untuk sebuah kebahagian yang kita sendiri tak pasti.
hidup mula jadi pura2. dan akhirnya kita tenggelam sendiri dalam persoalan yang kita sendiri tak pasti. dan seterusnya kita semakin jauh dan jauh...
aku bimbang jika diri menjadi seperti itu. sungguh, kehidupan ini sentiasa diuji. ada masa kita merasa yakin dan ada masa kita merasa terlalu lemah. di saat yakin semua kita mampu tapi pabila lemah kite terlalu mahu semua memahami.
perkara biasa bila kita mencari semula apa yang kita perjuangkan.setiap masa kita perlu menerangkan kembali pada diri untuk apa kita lakukan semua ini. supaya simtom tanda tanya dan tak puas hati tak berlaku. dalam berukhuwah, kita harus sedar bukan semua perkara mampu kita lakukan sendiri. kata masing2 saling memerlukan. dengan ini kerja takkan jadi beban sebaliknya jadi kenangan indah yang akan kita simpan di hati.
perlu untuk setiap masa kita muhasabah diri, mekoreksi diri untuk menjadi yang lebih baik.
kehidupan ini tuhan sediakan dengan pelbagai dugaan. namun dugaan tak sepatutnya sentiasa pahit. bagaimana kita mengurus dugaan biar ia menjadi kenangan. yang apabila diingat terlalu manis. sehingga pengorbanan umpama hiburan yang mengasyikkan.
(harap ada orang faham apa yang aku cuba sampaikan)
"Ayuh sahabat... sentiasa MUHASABAH diri supaya hari ESOK menjadi lebih BAIK dari SEMALAM"....
AdAkaLa KiTa PeRLu MeNaNgiS,
sUpaYa KiTa SeDaR BahWa HiDuP iNi BkN SeKaDaR uTk KeTaWa,
AdAkALa KiTa JuGa PeRLu KeTaWa,
SuPaYa KiTa DaPaT MeNiLai BeTaPa MaHaLnYa HarGa SeTiTis AiR MaTa...
0 comments:
Post a Comment