cerita tentang hal...

31 January 2010

banyak hal yang remeh 
tapi jadi bertambah berat
disebabkan banyak orang
yang tak reti meringankan

contohnya report design yang sedang dibuat dengan rileks2
tiba-tiba menjadi kelam kabut
akibat team mate yang cuak tak tentu pasal dengan tarikh deadline

banyak hal yang besar
tapi menjadi semakin ringan
disebabkan sikap ambil mudah sesetengah orang
yang tak reti memberatkan

contohnya bila terasa marah
anda amik jalan berdiam diri
maka tiada siapa kisah atau aku peduli apa...

banyak hal yang perlu kita hadapi
dan banyak hal juga yang kita patut diamkan aje
memang macam-macam hal

bebelan di malam hari...


ketika cinta bertasbih

18 January 2010

"Namanya siapa...?" Anna bertanya sambil tersenyum manis.

"Abdullah..." Azzam menjawab sambil tersenyum juga.

Mengenang semula detik-detik pertemuan mereka ketika di Kaherah setelah kini terikat dalam satu ikatan yang sah sebagi suami isteri.

Ya, ana tahu kisahnya begitu indah. Malah gelombangnya mengalahkan filem Ayat-ayat Cinta! Bahkan mengalahkan siri Nur Kasih mungkin (ana kurang mengikuti siri ini). Itulah gelombang cinta bersyariat yang jelas ditunjukkan dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Filem yang terbahagi kepada dua bahagian ini sangat dinanti-nantikan oleh para penggemar novel Habiburrahman El-Shirazy (Kang Abik) selepas filem Ayat-ayat Cinta meletup satu ketika dahulu. Malah, penggemar filem yang tidak pernah membaca novelnya turut berminat untuk menonton kisah ini.

Apa sebenarnya yang dibawa dalam filem ini? Sehingga menjadi tarikan kepada anak-anak muda, terutamanya yang sedang mencari cinta? Ana tidak mahu mengupas sinopsis filem ini di sini kerana apabila ana mula mengupas, bolehlah hasilkan novel yang baru bertajuk "Fenomena Ketika Cinta Bertasbih" (seperti "Fenomena Ayat-ayat Cinta"). Seandainya ada di kalangan para pembaca yang mahu mengetahui sinopsis filem ini, silakan berkunjung ke SINI dan SINI.

Hakikatnya filem ini berbeza daripada filem adaptasi novel Kang Abik sebelum ini. Untuk filem kali ini, Kang Abik mengawal sepenuhnya proses pembikinannya dari awal pemilihan pelakon sehingga ke penghujung pembuatan filem. Pelakon-pelakonnya dipilih dengan baik, sehingga dibuat audition untuk memilih pelakon yang sepatutnya memegang watak-watak di dalam filem ini.

Penerangan lanjut mengenai pelakon-pelakon dan watak-watak ini boleh didapati di laman INI.

Selepas sahaja bahagian-bahagian filem ini dimasukkan ke laman web broadcast Youtube, statistik penonton (dan pemuat-turun juga mungkin) rata-ratanya menjangkau 10,000 orang! Ini belum termasuk laman web lain yang membahagikan filem ini kepada bahagian-bahagian yang lebih sedikit atau yang menyediakan akses muat turun 1 filem sekaligus.

Nyata filem ini menghasilkan satu fenomena yang tidak ubah seperti setelah keluarnya filem Ayat-ayat Cinta. Sahabat-sahabat mula berceloteh tentang filem ini di Facebook, blog, malah dalam perbualan harian juga. Semua mengimpikan bakal isteri seperti Anna, bakal suami seperti Azzam, sahabat seperti Eliana, adik seperti Hafez atau mungkin juga bapa seperti Pak Kiai. Semua mengimpikan begitu, angan-angannya begitu, cita-citanya begitu.

Di profile Pjoe

Di profile Asmah

Di profile vB

Di profile Elda

Di profile Syauqah

Di profile Im

Di profile Kak Oja
Namun, sejauh mana sebenarnya usaha ke arah cita-cita setinggi langit seperti itu? Sudah cukupkah diri menjadi sesoleh Azzam dan sesolehah Anna? Ana mengharapkan sahabat-sahabat yang menonton filem ini bukan sekadar menanam rasa suka hingga hanyut dalam rasa cinta kepada filemnya sahaja, tetapi ambillah nilai yang ada di dalam filem ini, bentuklah diri untuk menjadi insan soleh dan solehah jika mahu cinta yang diredhai oleh Pencipta CINTA.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang tidak tersentuh hati mahu menonton filem ini kerana impresi awal, "jiwang~" dan "ada benda lain dalam perjuangan ini yang lebih penting dan perlu diutamakan..." seolah-olah filem ini memerlukan lebih daripada dua jam untuk dihabiskan. Pada ana, hiburan itu tidak salah selagi ia memberi nilai kepada Islam, tiada maksiat dan tidak terganggu perjuangan kerananya. Bukan kita tiada masa yang sesuai, bukan kita tiada hak untuk menilai, tetapi kesempitan pemikiran menghadkan kita untuk mengambil iktibar dan kebaikan daripada sesuatu. Ini pandangan ana, mungkin pandangan yang lain berbeza.

Walau apapun, sekali lagi ana ingatkan sahabat-sahabat agar tidak terlalu hanyut dalam kisah pembinaan masjid atas dasar keimanan ini, tetapi jadikanlah ia sebagai titik mula anda mencari Cinta Teratas - CINTA ALLAH. Di sini ana tujukan lagu latar filem ini kepada para pembaca sekalian, renungkanlah.

Ketika Cinta Bertasbih
Melly Goeslow Feat Amee

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padaMu atas segala cinta

Download MP3: Klik SINI

Pesanan ini juga buat insan yang menaip, berkata-kata dan menghasilkan entry ini. Muhasabah diri bersama, insya'ALLAH.
 
copy from kak sun blog

aku, meL dan memori~


aku adalah manusia yang sendiri
tak pernah percaya pada janji
apatah lagi mimpi

aku manusia yang pernah terikat pada sebuah memori
yang akhirnya menakutkan aku
untuk menerima sebuah realiti

aku adalah manusia yang ingin lari
terbang sebebas burung dilangit
segagah singa yang berlari
tanpa perlu mempedulikan suara-suara yang cuba menahanku

aku adalah manusia yang sepi
namun hatinya masih penuh dengan memori
keterikatan itu menjadikan
aku kurang mengerti
pada apa yang sebenarnya aku mahukan...


tribute to meL_2004



Surat Terbuka Pro Mahasiswa UTM Kepada Naib Canselor

14 January 2010
Kepada Ayahanda Prof Dato’ Dr.Ir Zaini Ujang 
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia.


  • Assalamualaikum w.b.t,

    Firman Allah yang bermaksud: "Serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al Hujurat, ayat 9)

    Saya amat berbesar hati sekiranya Dato’ dapat melapangkan sedikit masa untuk mendengar suara dan keluhan mahasiswa yang akan saya bentangkan kepada dato’ melalui surat ini. Moga kesudian Dato’ membaca dan memberi maklumbalas kepada surat ini tanda prihatin Dato kepada mahasiswa. Semoga ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara pemimpin Universiti dan juga kami, rakyat Mahasiswa.

    Ayahanda Naib Canselor yang dirahmati Allah,

    Di kesempatan ini, saya mewakili Pro Mahasiswa UTM mengucapkan setinggi tahniah kepada yang berbahagia Dato’ diatas perubahan positif yang begitu mendadak sepanjang kepimpinan Dato’ dalam memimpin Universiti Teknologi Malaysia untuk lebih maju kehadapan. Dengan gagasan budaya ilmu yang cuba dibawa oleh Dato’,sedikit sebanyak telah memberi kesan yang positif kepada suasana universiti walaupun ianya belum dilihat secara menyeluruh.

    Namun, beberapa perkara yang saya cuba utarakan disini selaku wakil seluruh mahasiswa untuk memohon respon daripada Dato’ sendiri berkenaan pilihanraya kampus yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Suara Mahasiswa ini di adukan kepada Dato’ kerana status Dato’ sebagai Naib Canselor dan pemimpin teratas dalam pentadbiran universiti di lihat dapat membantu mahasiswa dengan membuat keputusan dan kenyataan secara adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak sama ada kepada Pro Mahasiswa, Evolusi Mahasiswa ataupun calon bebas yang bakal bertanding dalam pilihanraya kampus nanti.

    Merujuk kepada memorandum yang telah dihantar oleh pihak Pro Mahasiswa UTM kepada yang berbahagia Dato’, beberapa tuntutan yang telah kami gariskan. Salah satunya adalah melibatkan soal campur tangan dan keterlibatan “Pengetua Kolej” mahupun “Pentadbiran Universiti” dalam pilihanraya kampus yang akan diadakan bagi memilih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai badan tertinggi yang bakal memimpin mahasiswa UTM.

    Tetapi, beberapa siri pilihanraya yang lepas telah menunjukkan bahawa telah berlaku ketidak adilan dalam pilihanraya kampus khususnya berkenaan ugutan dan ancaman daripada pihak pengetua kepada mahasiswa. Politik kampus seperti ini dilihat tidak sihat malah akan menyekat hak dan kebebasan mahasiswa untuk memilih kepimpinan secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

    Ayahanda yang dihormati,

    Melihat kepada situasi yang berlaku pada masa yang lepas dan pada hari ini, mahasiswa telah diugut untuk tidak mengundi, menyokong apatahlagi bertanding atas tiket Pro Mahasiswa malah mendapat ancaman untuk dibuang kolej walaupun aktif dalam JKM dan organisasi dalam kolej. Pelbagai aduan yang kami telah terima berkenaan keresahan mahasiswa untuk mengundi calon bukan pilihan pengetua. Oleh kerana itu, aduan itu terus diajukan kepada Dato' sendiri.

    Begitu juga yang dilakukan terhadap blog Pro Mahasiswa UTM (www.promahasiswautm.blogspot.com) sebagai lidah rasmi untuk menyampaikan maklumat telah disekat oleh pihak pentadbiran universiti daripada dilayari oleh mahasiswa manakala blog Evolusi Mahasiswa masih dapat dilayari seperti biasa tanpa sebarang sekatan. Ini sekaligus menafikan hak mahasiswa untuk mendapat maklumat secara telus,adil dan bebas daripada kedua-dua pihak menjelang pilihanraya kampus. Maklumat ini penting agar mahasiswa dapat menilai kepimpinan kedua-dua pihak dan memilih atas dasar kesedaran mereka sendiri, bukan kerana pengaruh mana-mana pihak atau faktor paras rupa.

    Ini telah menjadi persoalan kepada kami diperingkat mahasiswa. Apakah makna dan tujuan pilihanraya kalau perkara sebegini berlaku? Adakah ini yang dinamakan demokrasi kampus? Di mana hak mahasiswa untuk mengundi calon pilihan secara bebas? Dimana keadilan yang ditunjukkan oleh pihak universiti?.

    Ayahanda Dato’ Naib Canselor yang bijaksana,

    Justeru, Saya mewakili mahasiswa secara keseluruhannya menuntut agar Dato’ dapat memimpin universiti secara adil dan saksama dengan mengambil kira dan bertindak atas aduan ini.

    Renungi firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya." (Surah al Nahl, ayat 90)

    Rasulullah s.a.w bersabda: "Tujuh golongan yang Allah berikan lindungan kepada mereka pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan Allah; PEMERINTAH YANG ADIL, pemuda yang membesar dalam keadaan beribadah kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua lelaki yang berkawan dengan penuh kasih sayang kerana Allah bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang ada kedudukan serta mempunyai harta lalu dia berkata: aku takut kepada Allah, lelaki yang memberi sedekah lalu disembunyi hingga tiada diketahui oleh tangan kirinya apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya, dan lelaki yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sunyi lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah."(Hadis Muttafaq'alaih)

    Di samping itu ada beberapa hadis memberi amaran kepada pemimpin yang tidak adil serta tidak berbuat baik kepada golongan dipimpin. Antaranya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    "Tidak seorangpun daripada hamba Allah diberi tanggungjawab memimpin, lalu dia mati pada hari dia dimatikan dalam keadaan melakukan penipuan terhadap rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya syurga." (Hadis Muttafaq 'alaih)

    Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud:

    "Barang siapa yang dilantik oleh Allah untuk menguruskan hal ehwal orang Islam tetapi dia tidak melaksanakan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada mereka serta tidak memenuhi keperluan dan hajat mereka, nescaya Allah tidak akan memberikan sesuatu kebaikan kepadanya serta tidak memenuhi keperluan dan hajatnya pada hari akhirat." (Hadis riwayat Abu Daud dan al Tirmizi)

    Kita mengharapkan mahasiswa yang telah dibentuk sepanjang berada di UTM memperlihatkan keperibadian yang kita kehendaki. Kita mahu mereka ada sifat-sifat seorang pemimpin iaitu sekurang-kurangnya memperlihatkan sifat bertanggungjawab, amanah, syaja’ah, berani memperjuangkan hak mereka dan berani bersuara menentang ketidakadilan. Kualiti ini mungkin boleh kita lihat dengan mengkaji penglibatan mahasiswa dalam pilihanraya kampus. Ini adalah kerana penglibatan mahasiswa dalam pilihanraya kampus sekurang-kurangnya mencerminkan kesedaran mereka tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warga kampus. Lantaran itu, kami diperingkat Pro Mahasiswa “memohon kenyataan balas” dari Dato’ berhubung perkara ini agar mahasiswa tidak takut untuk memilih calon pilihan mereka secara bebas. Akhir sekali, saya ingin memetik sepotong hadis buat renungan:

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya (apa yang dijaga); seorang pemimpin akan ditanya mengenai rakyatnya, seorang lelaki adalah penjaga kepada ahli keluarganya dan akan ditanya mengenai jagaannya, seorang perempuan adalah penjaga kepada rumah suaminya dan akan ditanya jagaannya, seorang khadam adalah penjaga kepada harta tuannya dan akan ditanya mengenai jagaannya, dan setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya." (Hadis Muttafaq 'alaih).

    Sekian, Wallahua'lam

    Mohd Amin Bin Mohd Hamami
    Ketua Jentera Pro Mahasiswa UTM 2010
    No.Tel : 013-7141139

    Nota:
    *Turut dilampirkan bersama surat ini rakaman yang diberikan kepada kami Pro Mahasiswa UTM oleh mahasiswa Kolej Rahman Putra untuk dinilai sendiri oleh Dato' . Download (disini) atau layari- http://www.4shared.com/file/195209381/3b16a99/Pengetua_KRP.html


  • terGENDALA...

    13 January 2010
    salam... kerja2 pembersihan sawang dan pengembalian identiti sebagai mahasiswa nampaknya tergendala... tak pa insyaAllah dalam masa terdekat nanti akan kembali beroperasi.. =)

    apa yang pasti sedikit hebahan kepada para pengunjung....

    aktiviti hebat sekitar kampus...

    1) kuliah tafaquh kembali lagi...




    2) forum: kalimah Allah: mencari satu kepastian..



    3) Forum: Kritik sosial: kesannya terhadap perkembangan demokrasi di malaysia. APA KATA ORANG      MUDA


    http://3.bp.blogspot.com/_XNokLKkxWHg/S0vBx6vSCOI/AAAAAAAAABY/X-JJvXfQbsA/S1600-R/17178_1326631331527_1403240197_30911616_1260203_n.jpg

    (satu forum yang wajib pergi!)

    visit my 2nd blog...

    08 January 2010

    assalamualaikum...

    terima kasih kerana masih lagi mengunjungi blog ini... (kalau adalah)

    saya menjemput anda semua ke blog ke-2 saya... jangan terkejut blog ini spesifikasinya mengenai foto dan kata.. jadi apa tunggu lagi meh ler =)


    cinta yang mulai bersarang dalam hatiku





    Puisi ketika cinta bertasbih : oleh
    Sheikh Jalaluddin al-Rumi


    Cinta adalah kekuatan,
    yang mampu mengubah duri jadi mawar,
    mengubah cuka jadi anggur,
    mengubah sedih jadi riang,
    mengubah amarah jadi ramah,
    mengubah musibah jadi muhibbah,
    itulah cinta..

    Recited by Ayyatul Husna

    ***************************************************************************************************************
     
    Sekalipun cinta telah ku uraikan,
    dan ku jelaskan panjang lebar,
    namun jika cinta kudatangi,
    aku jadi malu pada keteranganku sendiri...
    meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
    namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
    sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
    kata-kata pecah berkeping-keping,
    begitu sampai kepada cinta..
    dalam menguraikan cinta,
    akal terbaring tak berdaya,
    bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
    cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..


    Recited by Anna AlthaFunnisa


    camera mahukan aku~

    06 January 2010
    dulu masa aku beli s560 aku ingat camera tu dah ukup power untuk aku, sampailah pada satu saat aku mula rasa bengang disebabkan ke'limit'an yang ada pada camera tu. then aku mula servey kat internet bagaimana mahu menghasilkan gambar yang memenuhi segala yang aku mahukan. aku berharp sangat akan menemui satu camera yang gambarnya dapat menghasilkan sesuatu yang sebijik seperti yang aku lihat.

    dan kemudia aku ditemukan dengan nikon d90...

    bagus untuk amatur dan gambar yang dihasilkan juga cukup tajam. menanam hasrat untuk membeli dengan harga yang diservey waktu itu dalam rm4.5k body + kit lens...

    malangnya dengan hanya ber'status' sebagai seorang student ternyata impian itu sangat dangkal dan tercapai duit poketku... tapi impian itu tidak mati disitu. masih menanmkan hasrat mahu memilikinya juga.

    then kemudian aku berkenalan (secara maya) dengan beberapa photographer...

    pelbagai jenis camera aku kenali antaranya seperti d60, d70, d80, d200 dan banyak lagi.... kebanyakan mereka menggunakan camera jenis nikon. cuma mungkin trend di indonesia lebih banyak yang gemarkan canon.

    bagi aku canon lebih mahal dari nikon, dan untuk memudahkan penyelenggaraan nikon lebih mudah sebab ramai photographer yang aku kenal menggunakan nikon.

    bau-baru ini ada seorang mencadangkan aku membeli camera d60 bersesuaian dengan budget aku. masalah d60 adalah camera ini tidak mempunyai perakan video. bagi aku itu tidak menjadi hal kerana aku bukan mahu bermain video, malah aku sudah ada camera compact yang boleh menangkap video. cuma kat teman2 d60 lensnya digital..

    celaru juga hati aku nak membuat pilihan. nasib baiklah kita sebagai orang Islam ni ada solat istikharah...

    mei chen kata, better amik d60 sebab aku beginner... improve skill dulu kalau dah teral nanti baru amik yan power...

    jiwa aku pun kata macam tu... nak tunggu beli yang lain tak kan ada punya dengn aku yang tak pernah ada pendapatan sendiri mengaharapkan duit jpa je...

    maka....