dunia baru?!

30 June 2008
seminggu lagi sem baru akan bermula. dan aku bakal bergelar siswi tahun 3. cepatnya masa berlalu. kehidupan dalam UTM ni banyak mengajar aku erti sebenar sebuah kehidupan dan makna sebuah perjuangan.

apa yang pasti aku berharap dan berdoa semoga kehidupan di semesta baru ini akan menjadikan aku lebih baik. malah aku berharap dapat menarik lebih ramai lagi sahabat agar mereka memahami erti perjuangan yang sebenar.

mereka juga seperti aku... tidak pernah dikabarkan tentang kebenaran. apa yang mereka sandarkan hanya kepercayaan dan mentaliti yang telah diterapkan yang mengatakan universiti ini sebagai satu medan merebut segulung ijazah...

kehidupan kampus yang hanya untuk menimba pengalaman sebagai mahasiswa yang bebas berseronok. seringkali diomongkan dengan kata-kata 'enjoy ur campus life'

sehingga sedar tak sedar ramai antara kita yang hanya berjaya dalam bidang akademik tapi tidak pada siasahnya.

bukan nak menunjuk pandai. aku akui dulu aku juga macam tu. tapi entahlah satu ketika aku terfikir betapa terpencilnya aku daripada masyarakat dan betapa jauhnya aku daripada kebenaran...

hmmmm..... maka jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam.
bersahabatlah dengan mereka yang apabila melihat wajahnya mengingatkan kita
pada Allah...