menunggu... dan terus menungggu....

15 July 2008
satu jam aku menunggu. perkara yang aku memang tak suka sekali. kalau tunggu berdua tak apalah tapi ini menunggu sorang-sorang. rasa macam orang bodoh yang mundar-mandir cari benda yang dia sendiri tak tau apa.

tensionnya.... mulai sem ni aku dah bertekad nak on time.... tapi bila benda-benda macam ni kena kat muka aku rasa tension sangat. sekaligus dia buat aku terfikir untuk apa aku berubah jadi ontime kalau orang lain masih di stage yang sama?

atau aku yang bersalah? ok btw handset aku memang rosak. sapa tahu ada perubahan tempat dan masa?

tapi macam mana kalau tak ada?

sayangnya siapa yang bersalah? aku atau mereka?

mungkin berlaku pertukaran masa.... dan yang salah adalah handset aku!

owh... masa sangat berharga, sekarang baru aku sedar betapa pentingnya setiap detik saat tu. dan betullah masa itu memang pedang. dengan masa kita kerugian, dengan masa kita tertipu dan dengan masa kita terbunuh.

tapi kalau betullah tak ada perubahan sesungguhnya aku nak katakan pada mereka2 ni bahawa jika berterusan begini kita semua akan mati. jangan mimpi hendak menakluk dunia... jangan mimpi nak ISLAM terus mara.

sekarang baru aku faham kenapa senior aku yang beberapa orang tu selalu aje marah2 bila kitaorang lewat. kata kitaorang lembablah dan macam-macam, bila dah jadi macam ni aku pun rasa nak marah2.

mungkin kita selalu memikirkan diri kita sendiri sehingga kita lupa akan orang lain. mungkin kita terlalu mengutamakan diri kita sendiri sehingga kita terlupa akan kehadiran orang lain, dan mungkin kita lebih memustuskan segala0galanya untuk diri kita sendiri sehingga kita lupa ada orang lain disekeliling kita.

demi masa.... sesungguhnya manusia kerugian

aku mahu jadi manusia yang sentiasa mencabar masa... ayuh...