aku ingin mencintaiMu...

19 April 2010










lagu: Aku ingin mencintaiMu (EDCAUCTIC)

pelik

10 April 2010

beberpa hari yang lepas saya keluar makan malam bersama seseorang yang sangat bermakna dalam hidup saya. kami berkongsi satu cerita yang sungguh mengharukan dan mengembirakan. terasa benar saya mahu ceritakan setiap butir namun privacy tetap privacy =)

saya tak sabar menanti waktunya. doa saya semoga dia sentiasa bahagia. sungguh dia layak untuk menerimanya.

800km dengan kisah 8 tahun... sungguh saya pula yang cemburu.. hahaha

happy always... i will capture ur moment.. insyaAllah =)

siapa? captured apa?... Biar Rahsia dahulu =)

hanya untuk satu waktu


saya jarang menerima panggilan kecemasan
jadi bila pertama kali menerima panggilan kecemasan
saya jadi buntu dan kelu
saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan

be prepared
apa maksudnya?
sediakan kain kapan? 
atau bersedia untuk membawa pulang dalam sihat sejahtera?
tolong cakap dengan lebih jelas
kerana otak saya berfungsi dengan pelbagai tafsiran
yang sukar diterima hati...

hanya untuk satu waktu
saya pohon pada Tuhan
ada beberapa perkara yang saya mahu lakukan
ada beberapa perkara yang mahu saya ceritakan
dan ada beberapa perkara yang saya mahu dia lakukan

hanya untuk satu waktu
dan Tuhan beri saya satu waktu itu
saya masih dapat melihat dia tersenyum

namun hakikatnya
asa depan akan berbaris dengan kenyataan yang mendebarkan
demi Tuhan
saya akan mensyukuri setiap waktu
kerana Tuhan telah memberikan satu waktu ini
dan saya harus menfaatkan waktu-waktu yang akan datang

semoga senyuman akan terus terukir
walaupun berbeza tidak seperti dulu
namun yang penting
orangnya masih sama
saya masih belum sedia
untuk perkara-perkara besar
namun saya mahu menghargai setiap waktu
dengan melupakan segala kesedihan
dan berhidup dengan senyuman dan syukur...

terima kasih Tuhan
untuk setiap waktu.....



Ketika Cinta Bertasbih

07 April 2010
Alhamdulillah pada malam ahad yang lepas penulis sempat mengikuti tayangan amal yang dianjurkan oleh Rakan Masjid Utm dengan kerjasama JKSK UTM dan Pusat Islam UTM berkenaan filem Ketika Cinta Bertasbih II (KCB II). Walaupun dah banyak kali menonton filem ni, tapi penulis still hadir coz nak dengar ulasan oleh Ust. Dr. Ismail bin Musytari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM.



Memang tak dinafikan bahawa filem dan novel karya Kang Abik atau Habiburrahman el-Shirazy ini sangat menyentuh perasaan sesiapa sahaja. Malah kalau dari segi mutu filem yang dihasilkan oleh chaerul umam ni adalah lebih baik dari filem Ayat-Ayat Cinta (AAC). Namun penulis secara peribadi lebih menyukai dan mengangkat novel Ayat-Ayat Cinta yang fenomenal itu. hehe

Berikut merupakan serba sedikit ulasan oleh Dr. Ismail berkenaan filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) menurut beberapa aspek:

REALITI VS FANTASI

Jika dalam filem KCB memaparkan watak utama Khaerul Azzam sebagai pembuat dan penjual tempe serta bakso ketika belajar Cairo Mesir, itulah realiti kehidupan pelajar Indonesia di sana. Mereka memang terkenal sebagai perantau yang hebat dimana mereka masuk dari sekolah menegah lagi di Mesir, sebelum menyambung ijazah mereka di al-Azhar.



Dan kita dapat lihat realiti kehidupan masyarakat Islam di Indonesia dan Malaysia sangat jauh berbeza. Ambil saja contoh dari suasana ketika majlis pernikahan, nampak bagaimana tetamu yang hadir tidak terus makan, melihat dulu acara akad nikah, kemudian mendengar mau’idzhoh hasanah (peringatan kebaikan) tentang pernikahan, kemudian baru ke acara-acara selainnya.

Dan menyentuh aspek fantasi Dr.Ismail mengulas tentang perkahwinan adalah realiti kehidupan yang menyatukan hati dua insan yang serba berlaianan antara satu sama lain. Jika sang suami berkahwin kerana mahu di layan seperti raja, balik rumah disambut sang isteri dengan muka menyenangkan, makanannya di hidangkan, bajunya dibasuh dan diseterika, maka itu adalah fantasi semata. Kerana hakikatnya tidak begitu. Kerana sang isteri tetap juga seorang manusia biasa yang punya naluri dan pemikiran tersendiri.

RESTU KELUARGA

Antara pengajaran yang paling berharga dalam filem ini adalah keluarga sama sekali tidak diketepikan dalam mengambil apa jua keputusan. Kita dapat lihat di mana ketika cadanagn adik Khaerul Azzam. Lia, untuk membawa lari Milatul Ulya supaya dapat abangnya berkahwin, dibantah sekerasnya oleh ibu mereka, ibu Malikatun Nafis.

Dan ketika sesi muhasabah antara Pak Andy Hassan dengan puteranya Furqan tentang mengapa dia meneruskan perkahwinan sedangkan tahu dia sudah tertular virus HIV. Dan jawapannya kerana mahu memelihara maruah keluarga, kerana dia sudah merisik Anna Althofunnisa’ di Cairo lagi. Dan ada beberapa babak lagi yang kita dapat lihat. Keluarga sangat diutamakan dalam apa jua keadaan.

JODOH PILIHAN ALLAH

Kita sebagai muslim wajib percaya bahawa Allah telah menyiapkan jodoh kita di dunia, dan jika tak dapat di dunia di akhirat insya Allah. Yang perlu adalah kita meyakini dan berusaha menjadi yang terbaik agar mendapat pasangan yang terbaik. Dan ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk dan antaranya adalah didera rasa cinta itu sendiri.



Dan janganlah membuat pilihan ketika dalam keadaan terdesak, kerana kelak diri yang merana. Babak dimana Pak Kiyai Lutfi seakan akan memaksa Anna Althofunnisa’ supaya segera menikah dan memilih diantara Muhammad Ilyas atau Furqan. Dan Anna dalam ragu-ragu telah memilih Furqan sedang hatinya terpaut pada Abdullah Khaerul Azzam.
Cinta itu adalah dari Allah dan perlu kita kembalikan kepada Allah. Jika cinta kita kepada Allah dan Rasul itu kuat padu dan jitu, insya Allah, Allah akan mempermudahkan cinta kita yang lainnya. Lihat saja bagaimana Khaerul Azzam yang beberapa kali kecewa dalam mengejar cintannya namun akhirnya Allah menemukan dia dengan jodohnya yang terbaik, Anna Althofunnisa’.

RUMAHTANGGA BAHAGIA

Perkahwinan bukanlah tempoh percubaan. Maka pilihlah jodoh yang terbaik menurut Allah dan agama. Kerana kehidupan ini sangat singkat. Nak ibadah untuk diri saja sudah tak mampu, apa lagi mahu membimbing isteri. Niat mestilah kerana Allah kerana tiada manusia yang sempurna. Dan antara ujian rumahtangga adalah Allah akan hantui kita dengan dosa ketika zaman bujang. Maka bersihkan diri sebersihnya semasa bujang sebelum menempuh hidp berumahtangga.

Dan antara aspek penting dalam perkahwinan adalah sekufu. Sekufu bukan bermaksud yang kaya berkahwin dengan yang kaya, yang intelek berkahwin dengan intelek, tidak begitu. Namun beberapa aspek perlu diambil perhatian iaitu dari segi latar belakang pendidikan, mentaliti dan cara berfikir, nasab keturuanan keluarga, harta dan sebagainya.

Dan jangan menyeksa perempuan dengan tempoh pertunangan yang terlalu lama kerana menurut Dr.Ismail ianya hanya akan mengundang bencana dalam perhubungan. Dan bagaimana sekali lagi Khaerul Azzam menunujukkan kebesaran jiwanya dengan melepaskan ikatan pertunangan antara dia dan Vivi setelah mengalami kemalangan dan perlu rawatan yang panjang.



Sekian dulu ulasan dari Dr.Ismail. macam mana berminat nak tengok filem ni?? Dan nak baca novelnya? Kawan-kawan boleh beli dimana-mana kedai buku yang ada di Malaysia. Tetapi jika tidak berkemampuan boleh download filem itu disisni (download.org) dan download novelnya disini (agills.com).



mana yang baik itu dari Allah dan yang kurang baik itu juga dari Allah tetapi melalui kelemahan diri saya sebagai manusai biasa. Bertemu lagi dalam ulasan filem yang seterusnya.. Tungguuuuu.. hehe

Wassalam..

sumber: http://otaikun.blogspot.com/

manusia dan tumbuhan

05 April 2010

kibo adalah sejenis pokok yang diselamatkan oleh doraemon dan nobita daripada mati ditebang. cerita ini adalah mengenai nobita dan kawan-kawan yang sangat menghargai akan alam semula jadi.

sewaktu menonton kartun ini, puak pokok2 yang berada di planet lain mahu menyerang dan menghapuskan manusia. namu kemudia bangkit sebatang pokok tua yang berkata "manusia takkan dapat hidup tanpa tumbuh2an kerana tumbuh2an menghasilkan gas oxygen untuk manusia hidup."

manusia dan tumbuh-tumbuhan saling memerlukan!

hebat ciptaan Tuhan, tumbuh2an berfotosintesis untuk menghasilkan oxygen bagi manusia dan makhluk2 lain. sedang tumbuhan menyerap carbon dioxide daripada pelbagai sumber yang menghasilkannya. namun kerana pelbagai sumber yang menghasilkan CO2 ini menyebabkan bumi semakin dipenuhi dengan gas CO2 sehingga menipiskan lapisan ozon dan mengakibatkan pemanasan global. perkara ini secara tidak langsung menyebabkan hutan2 terbakar dan memburukkan lagi keadaan.
sikap manusia yang terlalu mementingkan pembangunan dan kemajuan sehingga hutan2 di tarah tanpa belas kasihan. tiada lagi hutan yang hijau yang tinggal hanyalah hutan simpan.

mungkin manusia belum sedar akan kepentingan tumbuhan yang memberikan sumber utama untuk mereka bernafas dan hidup.

walau sehebat mana manusia.. mereka masih perlukan tumbuh2an yang tidak bergerak itu. untuk menyalurkan sumber oxygen... ingat tu!


aku ingin mencintaiMu...


Tuhan betapa aku malu 
atas semua yang Kau beri 
padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa

entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan 
berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku

aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi 

aku ingin mencintaiMu - Edcouctic

selamatkan siapa?

02 April 2010

hari ini sudah 2 bulan, 2 minggu da 2 hari saya memiliki en.D (Nikon D3000), selama itu jugalah sudah pelbagai moment yang saya rakamkan.

jujur sekali saya katakan subject yang paling gemar saya rakamkan adalah manusia terutamanya yang berbentuk candid. dalam merakamkan aksi, selalu saya berkata pada diri setiap gambar perlu punya cerita. sama seperti Tuhan yang menciptakan sesuatu perkara penuh dengan hikmahnya. bukan mahu menandingi Tuhan tapi mahu mengambil iktibar dariNya yang menjadikan sesuatu tanpa sia-sia.

perkenalan dengan ramai photographer secara maya amat menyenangkan. kami berkongsi hasil karya dan saya menanam niat untuk menonjolkan diri sebagai photographer muslim walaupun kadang-kadang bahasa dan taiping saya agak kasar dan huahua...
cukuplah gambar yang memberikan makna pada segalanya.

saya masih ingat pada suatu hari saya terpandang pada beberapa album di fb tentang portrait of muslimah. namun pemakaian muslimah yang cuba ditonjolkan agak lari dari apa yang saya ketahui. muslimah moden, itu kata mereka.

merasa terpanggil untuk memberikan khalayak pada kehidupan muslimah yang sebenar maka saya dengan selamba dan berani mengeluarkan entry yang memaparkan gaya, ragam dan keletah muslimah dalam pemakaian yang insyaAllah pada say sempurna. dikesempatan itu elemen kasih sayang dan ukhwah saya terapkan. tidak kurang itu saya lampirkan kata-kata cinta akan persahabatan kerana Tuhan.. 

dan hasilnya... ada beberapa yang menghantar mesej kepada saya (photog yang saya tidak pernah bersua) dan memohon untuk menggunakan kata-kata dan berasa kagum dengan kehidupan muslimah yang pada mereka merasakan sangat tertutup dan 'eksklusif " dan sukar didekati.

malah ada seorang siswi jadi tertarik pada baju labuh dan tudung besar serta beranggapan ianya bukan lagi sesuatu perkara yang pelik memakainya untuk beriadah.

mungkin kadang-kadang saya agak keterlaluan hingga habis semua gambar2 sahabat saya publishkan. namun saya mahu tegaskan tidak pernah ada niat untuk mengeksploitasi atau apa-apa yang menjatuhkan mereka. niat saya cuma satu menunjukkan inilah "kita" yang sebenarnya terlalu banyak masyarakat di luar sana yang tidak tahu dan beranggapan akan perkara yang entah apa-apa.

muslimah moden, saya bimbang jika satu hari nanti anak-anak kecil akan beranggapan muslimah itu seperti muslimah moden yang pemakaiannya kita sendiri kritik, namun pernahkah kita terfikir mereka sendiri kurang terdedah dengan gaya seorang muslimah.

itu fikiran saya... sungguh diri ini memang kecil dengan ilmu, cuma mengaharapkan usahanya yang sedikit ini dapat memberikan sesuatu untuk Dia yang dia cintai...

lambakan muslimah moden sudah banyak di pasaran... katakan pada saya bagaimana kita mahu katakan kesempurnaan yang sebenar?

"sungguh, kamera itu akan di tanya oleh sang Pencipta, apa yang telah tuan kamu lakukan pada kamu untuk Aku...."

nasihati dan teguri saya andai saya tersilap... =)

namun saya takkan berhenti dengan apa yang saya lakukan.. cuma lepas ini kena lebih kreatif lagi =)

setiap perkara datang dengan pro dan kontranya... melihat pada satu arah membawa kepada ketidakadilan dalam pentfsiran. terpulang pada kamu mahu bagaimana menterjemahkannya dalam bicara yang membawa kebaikan pada semua~