Ketika Cinta Bertasbih

07 April 2010
Alhamdulillah pada malam ahad yang lepas penulis sempat mengikuti tayangan amal yang dianjurkan oleh Rakan Masjid Utm dengan kerjasama JKSK UTM dan Pusat Islam UTM berkenaan filem Ketika Cinta Bertasbih II (KCB II). Walaupun dah banyak kali menonton filem ni, tapi penulis still hadir coz nak dengar ulasan oleh Ust. Dr. Ismail bin Musytari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM.



Memang tak dinafikan bahawa filem dan novel karya Kang Abik atau Habiburrahman el-Shirazy ini sangat menyentuh perasaan sesiapa sahaja. Malah kalau dari segi mutu filem yang dihasilkan oleh chaerul umam ni adalah lebih baik dari filem Ayat-Ayat Cinta (AAC). Namun penulis secara peribadi lebih menyukai dan mengangkat novel Ayat-Ayat Cinta yang fenomenal itu. hehe

Berikut merupakan serba sedikit ulasan oleh Dr. Ismail berkenaan filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) menurut beberapa aspek:

REALITI VS FANTASI

Jika dalam filem KCB memaparkan watak utama Khaerul Azzam sebagai pembuat dan penjual tempe serta bakso ketika belajar Cairo Mesir, itulah realiti kehidupan pelajar Indonesia di sana. Mereka memang terkenal sebagai perantau yang hebat dimana mereka masuk dari sekolah menegah lagi di Mesir, sebelum menyambung ijazah mereka di al-Azhar.



Dan kita dapat lihat realiti kehidupan masyarakat Islam di Indonesia dan Malaysia sangat jauh berbeza. Ambil saja contoh dari suasana ketika majlis pernikahan, nampak bagaimana tetamu yang hadir tidak terus makan, melihat dulu acara akad nikah, kemudian mendengar mau’idzhoh hasanah (peringatan kebaikan) tentang pernikahan, kemudian baru ke acara-acara selainnya.

Dan menyentuh aspek fantasi Dr.Ismail mengulas tentang perkahwinan adalah realiti kehidupan yang menyatukan hati dua insan yang serba berlaianan antara satu sama lain. Jika sang suami berkahwin kerana mahu di layan seperti raja, balik rumah disambut sang isteri dengan muka menyenangkan, makanannya di hidangkan, bajunya dibasuh dan diseterika, maka itu adalah fantasi semata. Kerana hakikatnya tidak begitu. Kerana sang isteri tetap juga seorang manusia biasa yang punya naluri dan pemikiran tersendiri.

RESTU KELUARGA

Antara pengajaran yang paling berharga dalam filem ini adalah keluarga sama sekali tidak diketepikan dalam mengambil apa jua keputusan. Kita dapat lihat di mana ketika cadanagn adik Khaerul Azzam. Lia, untuk membawa lari Milatul Ulya supaya dapat abangnya berkahwin, dibantah sekerasnya oleh ibu mereka, ibu Malikatun Nafis.

Dan ketika sesi muhasabah antara Pak Andy Hassan dengan puteranya Furqan tentang mengapa dia meneruskan perkahwinan sedangkan tahu dia sudah tertular virus HIV. Dan jawapannya kerana mahu memelihara maruah keluarga, kerana dia sudah merisik Anna Althofunnisa’ di Cairo lagi. Dan ada beberapa babak lagi yang kita dapat lihat. Keluarga sangat diutamakan dalam apa jua keadaan.

JODOH PILIHAN ALLAH

Kita sebagai muslim wajib percaya bahawa Allah telah menyiapkan jodoh kita di dunia, dan jika tak dapat di dunia di akhirat insya Allah. Yang perlu adalah kita meyakini dan berusaha menjadi yang terbaik agar mendapat pasangan yang terbaik. Dan ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk dan antaranya adalah didera rasa cinta itu sendiri.



Dan janganlah membuat pilihan ketika dalam keadaan terdesak, kerana kelak diri yang merana. Babak dimana Pak Kiyai Lutfi seakan akan memaksa Anna Althofunnisa’ supaya segera menikah dan memilih diantara Muhammad Ilyas atau Furqan. Dan Anna dalam ragu-ragu telah memilih Furqan sedang hatinya terpaut pada Abdullah Khaerul Azzam.
Cinta itu adalah dari Allah dan perlu kita kembalikan kepada Allah. Jika cinta kita kepada Allah dan Rasul itu kuat padu dan jitu, insya Allah, Allah akan mempermudahkan cinta kita yang lainnya. Lihat saja bagaimana Khaerul Azzam yang beberapa kali kecewa dalam mengejar cintannya namun akhirnya Allah menemukan dia dengan jodohnya yang terbaik, Anna Althofunnisa’.

RUMAHTANGGA BAHAGIA

Perkahwinan bukanlah tempoh percubaan. Maka pilihlah jodoh yang terbaik menurut Allah dan agama. Kerana kehidupan ini sangat singkat. Nak ibadah untuk diri saja sudah tak mampu, apa lagi mahu membimbing isteri. Niat mestilah kerana Allah kerana tiada manusia yang sempurna. Dan antara ujian rumahtangga adalah Allah akan hantui kita dengan dosa ketika zaman bujang. Maka bersihkan diri sebersihnya semasa bujang sebelum menempuh hidp berumahtangga.

Dan antara aspek penting dalam perkahwinan adalah sekufu. Sekufu bukan bermaksud yang kaya berkahwin dengan yang kaya, yang intelek berkahwin dengan intelek, tidak begitu. Namun beberapa aspek perlu diambil perhatian iaitu dari segi latar belakang pendidikan, mentaliti dan cara berfikir, nasab keturuanan keluarga, harta dan sebagainya.

Dan jangan menyeksa perempuan dengan tempoh pertunangan yang terlalu lama kerana menurut Dr.Ismail ianya hanya akan mengundang bencana dalam perhubungan. Dan bagaimana sekali lagi Khaerul Azzam menunujukkan kebesaran jiwanya dengan melepaskan ikatan pertunangan antara dia dan Vivi setelah mengalami kemalangan dan perlu rawatan yang panjang.



Sekian dulu ulasan dari Dr.Ismail. macam mana berminat nak tengok filem ni?? Dan nak baca novelnya? Kawan-kawan boleh beli dimana-mana kedai buku yang ada di Malaysia. Tetapi jika tidak berkemampuan boleh download filem itu disisni (download.org) dan download novelnya disini (agills.com).



mana yang baik itu dari Allah dan yang kurang baik itu juga dari Allah tetapi melalui kelemahan diri saya sebagai manusai biasa. Bertemu lagi dalam ulasan filem yang seterusnya.. Tungguuuuu.. hehe

Wassalam..

sumber: http://otaikun.blogspot.com/

1 comments:

Tarhata Kiran said...

aik....cover novel kcb pun dah lain