nak pegang2?

25 December 2010


tersentuh pun tak boleh!
pegang sikit2 pun tak boleh!!
Malulah wei...



.....

20 December 2010

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..


obses dengan kamera

19 December 2010

kalau hujung minggu
anak remaja biasa akan menghabiskan masa hang out bersama kawan2
tapi saya lebih suka ke suatu tempat yang tidak ramai orang
sambil menghabiskan masa bersama kamera

kalau anak muda
sudah mula memikirkan tentang cinta
sudah mula berbicara bila mahu mendirikan rumah tangga
tapi saya lebih sebuk membaca dan berbincang tentang kamera

orang kata sangat sukar untuk berkomunikasi dengan saya
tapi cuba anda bercakap tentang kamera dengan saya
anda akan melihat the other side of me =)

ada orang menabung untuk membeli kereta
membeli rumah dan untuk berkahwin
tapi saya menabung untuk membeli kelengkapan kamera

entah kenapa saya sangat obses dengan kamera saya
setiap kali saya rasa sunyi
setiap kali saya rasa seperti ditinggalkan
setiap kali saya travel seorang diri
saya begitu erat memeluk kamera saya
seolah2 kamera saya tercipta untuk saya
ada rasa bahagia yang kadang2 sukar untuk saya jelaskan

family saya kata
jika ini berterusan
saya akan menjadi budak perempuan yang pelik
dan akan menghabiskan sisa tuanya bersama kamera

tapi saya selalu kata
hanya kamera yang faham saya
jadi saya tak kisah menjadi tua bersama kamera saya

ada sahabat2 yang kata
saya akan berkahwin dengan orang yang mempunyai kamera juga
alasannya sebab minat yang sama
malangnya hati saya selalu berprasangka pada lelaki yang mempunyai kamera
jadi saya memang bertekad tidak mahu lelaki berkamera
masakan saya mahu menduakan kamera saya dengan kamera orang lain

apa yang pasti
kamera adalah sesuatu yang sangat hebat bagi saya
objek ini membawa saya melihat dunia
menterjemah khayalan dan imaginasi saya
dalam sekeping gambar
yang kemudian dapat saya war-warkan pada semua

"perasaan ketika memegang kamera dan menekan shutter adalah satu rasa yang luar biasa, sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata2.. segalanya berada di hujung mata~vB"

 ada kamera ada segalanya =)

Bidadari

15 December 2010


Bidadari, bidadari
Temanilah resahku
Bidadari, bidadari
Tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya
Kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku


Bidadari, bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari
Jadilah sang setia

Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula

Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya di syurga



rezeki dri talian?

14 December 2010

hari ni sewaktu melepak seorang diri di opis
tiba2 telepon berbunyi.. ops vibrate...

mesej~

aik, baki akaun bertambah rm13.30... kredit has been reload rm 10?

maknanya kedit aku cuma rm3.30.. dan RM10 ni dari talian mana eh?

boleh guna ke ni?

dari tengah hari tadi sampai sekarang masih menanti orang yang tersalah top up tu call mintak top up dia balik.. dun werry saya ganti balik.. cepatler call..

kalau lepas 24hours tak call.. maka boleh guna tak kedit tu?


bila rindu

13 December 2010

entahlah...
hati say merindui dia
maka saya pun menangis
tak pa tak salah asal tak melebih2
nangis tanda sayang
tanda rindu
takkan nak gelak2 pulak
gila apa

hai mana datang ayer banyak2 ni
kalah erra fazira~

mungkin ini sindrom anak perempuan~



nama saya


baru-baru ni saya ke majlis perkahwinan sahabat di mersing
sesampai di sana jam sudh lewat malam
lebih kurang dalam jam 12.00malam

alhamdulillah kakak ina datang menjemput
masuk aje kereta
'vB......"

sampai di rumah beliau, masih ramai yang belum tidur, almaklumlah rumah pengantin masih banyak yang hendak dilakukan
saya dijemput berehat di bilik pengantin (hahaha jangan jeles saya selalu dapat 'berkat' yang lebih hebat dari sahabat2 yang lain, setakat duduk atas pelamin apalah sangat)
malam tu saya berkenalan dengan adik beradik kak ina. kak ina memperkenalkan saya sebagai vB..

esoknya masa nak balik budak2 rumah tu sibuk kata..
kak vB nak balik.. kak vB nak balik...

END kisah satu

ada satu hari tu last day kat SKMM
saya bawak kamera sebab nak amik gambar
kebetulan selepas tu saya nak mengandid sekitar Bukit Bintang
lepas aje saya keluarkan kamera
intan, hadjar, kak ita, en dan yang mengenali terus menyebut vB
'yeah2 vB bawak kamera, amik gambar kami!'
hahaha sampai orang yang tak kenal vB semua jadi pelik

END kisah 2

masa class photography bersama Abas Hassan di Subang
waktu saya duduk sebelah Tim
tiba2 seorang lelali yang sekarang saya kenali sebagai en. Shahrir bertanya
'siapa vB ya?'
yang kelakarnya cikgu kata "pilihlah antara 2 orang kat depan ni" 
then sorang budak lelaki yang saya lupa namanya bekata 
'bukan vB tu lelaki ke?' hahaha

END kisah 3

masa outing di Fraser hill, broga hill dan semua yang berkaitan dengan Tim dan Ely
mereka berdua ni yang kuat memanggil saya vB
dan Ely sekarang dah memanggil saya dengan panggil baru iaitu 'v' hahaha

END kisah 4

banyak lagi kisah berkaitan dengan saya dan vB

siapa vB?

vB = pencari sinar = saya =)

kenapa mesti vB?

entah =)




Hadad Alwi – Rindu Muhammadku

05 December 2010

Yaa robbi bil-Mustofa
Yaa robbi bil-Mustofa
Yaa robbi bil-Mustofa balligh maqooshidanaa
Waghfirlanaa maamadhoyaa waasi’al karomi
Demi cinta-Mu ya Allah
Pada Muhammad nabi-Mu
Ampunilah dosaku
Wujudkan harapanku
Ya Rasulallah salamun alaik
Ya rofi’assyaniwaddaroji
Siapa yang cinta pada nabinya
Pasti bahagia dalam hidupnya

Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku
Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
Kau yang mengaku merindukan nabimu
Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu
Buktikan
Taati perintahNya, tinggalkan laranganNya
Teladani akhlaknya
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullallah
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullallah

Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi
Ku tanamkan dalam hati kuamalkan sejak dini
Ya Rasulallah salamun alaik
Ya rofi’assyaniwaddaroji
Engkaulah nabi pembawa cinta
Kau bimbing kami menuju surga

Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
Kau yang mengaku merindukan nabimu
Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu
Buktikan
Taati perintahNya, tinggalkan laranganNya
Teladani akhlaknya
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullallah
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullallah
Yaa robbi bil-Mustofa 3 kali


=)

bahasa saya

04 December 2010

ada apa dengan bahasa melayu?

ini bukan provokasi ya...

saya suka bahasa melayu.. saya suka setiap makna yang ada dalam bahasa melayu.. saya suka menyusan kata-kata yang ada dalam bahasa Melayu

kerana akibat dari susunan kata itu melahirkan kalimah yang indah
sedap didengar
segar di ingatan
dan lekat di hati

jadi ada orang kata untuk lebih ke hadapan saya kena gunakan bahasa antarabangsa
bahasa english
tapi saya anak melayu yang kampung
English saya tak bagus
grammar saya hancur

setakat berkomunikasi saya mampu
untuk mencatat dalam nada-nada indah saya bimbang
maknanya menjadi lain

maka saya ingin memberitahu
saya tak merasa sedih pun
kerana saya sukakan makna disebalik bahasa yang saya gunakan
saya suka menuturkan dan menuliskan sesuatu
yang indah dengan bahasa yang saya biasa

pergi jahanam kalau ada yang mengata
bagi saya kalau mereka berminat
mereka akan menterjemah
macamlah tak ada google translate =)

contoh ambil saja lagu 
'vida' yang dalam bahasa Sepanyol
diterjemah ke bahasa Melayu

saya sangat CINTA pada bahasa saya
saya rasa cute bila cakap bahasa Melayu
dalam nada lama
walaupu ramai yang kata saya menulis dan bertutur dalam Melayu skema
tapi saya suka
jatuh cinta
segalanya

...........


December mean holiday

03 December 2010

michelle bercuti 4 ke Bali

Mr. Lew seminggu ke Boston

Natalie 4 hari ke Bali

Choo 3 hari ke Ipoh

dan aku 4 hari ke pulau =)

Cuti2 Malaysia =)

-Ambil masa untuk rileks-


sesal atau menyesal?


melankolik...

saya masih membilang waktu yang sudah lama berlalu
terlalu lama
jika manusia biasa pasti dia sudah melupakan
tapi hati ini begitu berat untuk melupakan

saya membilang waktu yang kebelakang
berharap pada waktu yang datang
masih ada ruang dan peluang
namun dalam diam
saya mengaharapkan
saya dicampak ke masa belakang
agar semuanya dapat saya betulkan

sesal dan menyesal
hanya alasan untuk terus tersenyum
sesal dan menyesal 
hanya satu alasan untuk terus menunggu
sesal dan menyesal 
hanya satu mimpi untuk bertemu

sesal atau menyesals sebenarnya
hanya Tuhan yang tahu

7 atau 8 tahun
masih singkat
masih singkat
masih singkat!

melankolik 

-04-