obses dengan kamera

19 December 2010

kalau hujung minggu
anak remaja biasa akan menghabiskan masa hang out bersama kawan2
tapi saya lebih suka ke suatu tempat yang tidak ramai orang
sambil menghabiskan masa bersama kamera

kalau anak muda
sudah mula memikirkan tentang cinta
sudah mula berbicara bila mahu mendirikan rumah tangga
tapi saya lebih sebuk membaca dan berbincang tentang kamera

orang kata sangat sukar untuk berkomunikasi dengan saya
tapi cuba anda bercakap tentang kamera dengan saya
anda akan melihat the other side of me =)

ada orang menabung untuk membeli kereta
membeli rumah dan untuk berkahwin
tapi saya menabung untuk membeli kelengkapan kamera

entah kenapa saya sangat obses dengan kamera saya
setiap kali saya rasa sunyi
setiap kali saya rasa seperti ditinggalkan
setiap kali saya travel seorang diri
saya begitu erat memeluk kamera saya
seolah2 kamera saya tercipta untuk saya
ada rasa bahagia yang kadang2 sukar untuk saya jelaskan

family saya kata
jika ini berterusan
saya akan menjadi budak perempuan yang pelik
dan akan menghabiskan sisa tuanya bersama kamera

tapi saya selalu kata
hanya kamera yang faham saya
jadi saya tak kisah menjadi tua bersama kamera saya

ada sahabat2 yang kata
saya akan berkahwin dengan orang yang mempunyai kamera juga
alasannya sebab minat yang sama
malangnya hati saya selalu berprasangka pada lelaki yang mempunyai kamera
jadi saya memang bertekad tidak mahu lelaki berkamera
masakan saya mahu menduakan kamera saya dengan kamera orang lain

apa yang pasti
kamera adalah sesuatu yang sangat hebat bagi saya
objek ini membawa saya melihat dunia
menterjemah khayalan dan imaginasi saya
dalam sekeping gambar
yang kemudian dapat saya war-warkan pada semua

"perasaan ketika memegang kamera dan menekan shutter adalah satu rasa yang luar biasa, sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata2.. segalanya berada di hujung mata~vB"

 ada kamera ada segalanya =)

0 comments: