banyak benda yang aku benci. dan yang paling sangat2 aku benci adalah ular! aku sangat tak suka ular tak kiralah ular hidup atau ular mainan. asal bentuk dia serupa ular aku memang benci sangat. gambar ular pun aku benci nak tengok. dan apa2 yang berkaitan atau bercirikan ular pun aku sangat benci.
malah tambah merumitkan keadaan aku bukan sahaja setakat benci malah menjadi terlalu amat takut terhadap ular. family aku memang tahu sangat aku gerun abis dengan ular. disebabkan itu diorang selalu sakat aku dengan ular. entah siapa yang beli ular plastik dan gunakan ular tu untuk takutkan aku.
along ngan angah pun satu, ada penah beberapa kali diorang pergi gantung ular plastik tu dekat pintu bilik aku, bayangkan bila aku bangun pagi atau keluar bilik lepas study ular tu jatuh depan mata aku, siap boleh tergantung dekat bahu aku lagi. Tuhan aje yang tahu aku punya takut masa tu. aku rasa aku boleh mati kalau dorang continue buat.
kadang2 campak ular tu dekat aku. serius aku memang takut walaupun ianya plastik. bagi aku ular tu hidup dan aku berani kata aku boleh pengsan kalau diorang suruh aku pegang ular tu. dan disebabkan tak tahan aku pernah buat keputusan nak lari dari rumah. hehehe kalau lari pun pergi rumah mak cik aku yang duduk sebelah rumah aku je.
then aku merayu kat papa suruh sorokkan ular tu. senang citer ular tu pun hilang lenyap dari rumah aku. dan hidup aku kembali ceria. tapi after tu, cou sin aku si shazwan yang gmok tu pulak pergi beli lagi. aku kembali menderita. hampir seminggu aku tak tidur dan memikirkan apa yang aku harus buat. dan disebabkan tak tahan, aku lenyapkan juga ular plastik tu. macam mana? aku gunakan kayu panjang untuk angkat ular plastik tu ke belakang frame besar kat rumah aku. dan sampai hari ini dia masih kat situ. semua orang tahu tapi tak de siapa berani amik. kadang2 aje diorang ugut aku dengan ular tu.
itulah masalah aku yang sampai hari ni tak setel2 lagi. dan aku tak berhasrat nak setelkan ia.
perasaan takut...
aku selalu kata kat orang kalau kita boleh control minda kita semuanya akan jadi terkawal. contohnya bila kita dengar kuliah, kita takkan tertidur jika kita berjaya mengatakan pada minda kita, kita takkan mengantuk. selain dari itu kita bisa membuat sesuatu perkara seperti memahami sesuatu topic jika kita positif dan mengawal minda kita untuk melakukan seperti yang kita mahu. tapi malangnya bila aku cuba aplikasikan dalam kes takut aku ini aku tak berjaya.
malah aku dihimpit rasa takut yang berapi. salahkah perasaan ini?
ada orang takut atau geli kucing. jadi normallah aku takut pada ular. tapi problem timbul bila dengan ular plastik pun aku takut. malah pernah sekali berjalan2 di pasar malam ada orang jual ular plastik dan aku rasa sangat takut. ini belum lagi kata jumpa ular betul.
mungkin ia berpunca sewaktu kecil dulu. ada satu hari dimana aku sangat nak minum ABC. then aku ajak adik aku pergi jalan kaki beli ABC. tapi pada waktu yang sama mama tak kasi kitaorang pergi. tapi aku degil, bawak lari adik aku pergi senyap2. masa tu sarah umur dalam 4 tahun agaknya dan aku sangat kecil n comey... hehehe
perjalanan kami sekejap aje cuma yang merimaskan terpaksa melalui satu kawasan semak yang menakutkan. sebab orang selalu cerita dekat kawasan tu ada ular banyak.
dan dalam perjalanan tu aku dengan sarah asyik membebel aje. sampai di satu titi aku tak sedar apa yang ada di atas titi tu.
di atas titi tu melingkar 2 atau 3 ular yang berjalur2 emas (sampai hari ini aku masih ingat bagaimana posisi mereka) dan hanya beberapa langkah aje dari aku n sarah. masa tu aku terkejut sangat dan aku terus peluk adik aku. kaget dan terkedu!
nasib baiklah ular tu macam tak perasan kitaorang. so aku cepat2 tarik sarah lari terus balik tanpa pandang belakang. aku takut sangat kalau2 ular tu melompat kat kitaorang. sapa tah yang bagitau aku ular boleh terbang. apa yang pasti aku sangat takut kalau2 pada masa tu adik aku dipatuk ular tu. aku bimbang sangat kalau masa tu aku tak terperasan mungkin sesuatu yang buruk dah berlaku dekat adik aku. dan setiap kali terpandangkan ular aku pasti teringat kejadian tu dan buat aku rasa sangat takut.
sampai saat ini aku masih menyalahkan diri sebab langgar larangan mama masa tu. walaupun tak de apa2 yang berlaku tapi aku masih merasa bersalah dan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu pada masa tu.
entahlah bagaimana harus aku buang perasaan itu. alhamdulillah sarah pun dah form5 sekarang.
ularlah benda yang paling aku benci dan inilah sejarahnya. aku membencinya kerana kebimbangan aku jika berlaku sesuatu pada adik aku. jangan pernah mainkan aku dengan ular kerana ada luka disebaliknya. aku merasa ketarnya tika menulis saat ini.
buat along, angah, omar, syafiq, syazwan, syawal dan semua cousin dan pak cik2 aku yang terlibat dalam konspirasi mengenakan aku berhentilah! demi tuhan kalian buat aku rasa separuh mati!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment