pernah dengar tentnang 'johari window model'?
hehe sebenarnya ia tentang bagaiman untuk kita membetulkan diri kita. hm.. macam mana nak terang ya. tapi yang pasti window yang si johari ni modelkan adalah tentang bagaimana kita mengubah persepsi diri kita melalui pandangan dari sahabat2.
dalam window ini ada 4 bahagian.
bahagian utama adalah open/ free area.
dalam bahagian ni kita dan orang lain dapat melihat tentang ciri dan diri kita.
bahagian ke dua adalah blind area.
pada bahagian ni orang2 disekeliling kita dapat mengetahui apa yang ada pada kita tetapi kita tidak mengetahuinya. sebagai contoh kita dan sahabat kita baru sahaja selesai menjamah nasi kerabu di sebuah restoran pantai timur yang sangat terkenal di JB. sedang berborak2 kita ternampak di gigi sahabat kita ada kotoran contohnya cebisan cili yang terlekat. jadi kita sahaja yang dapat melihat. so situation ini adalah blind area untuk sahabat kita.
bahagian yang ketiga pula adalah hidden area.
awas.. hidden area adalah bahagian dimana hanya kita sahaja yang mengetahui tetapi orang lain tidak tahu. ada sesetengah perkara yang perlu kita rahsiakan daripada sahabat2 kita. selalunya bahagian ini tidak terlalu menyumbang kepada masalah.
dan bahagian terakhir adalah bahagian you don't know and other also don't know.
contohnya bila kita akan mati atau siapa jodoh kita. hehehe semua tu tuhan punya kerja.
jadi untuk menjadi yang lebih baik, blind area harus di kurangkan semaksimum mungkin. dengan ini kita dapat mengetahui segala kelemahan kita dan boleh memperbaikinya.
dan untuk itu kita memerlukan sahabat2. sahabat2 perlu memainkan peranan agar segala tingkah laku sahabat yang dirasakan perlu diubah diberitahu.
perkara yang sama berlaku pada aku baru2 ni. first time dikritik sebagai seorang yang kurang menjaga kebajikan ahli di bawah aku. betullah... aku memang macam tu. tegas, asyik suruh orang buat kerja. kalau dapat mesej aku tu mesti mesej buat kerja. asal mesej buat kerja aku. huhu...
jadi aku sangat bersyukur sangat bila ada orang yang berani tegur. aku ni bukan apa, antara perkara yang aku sangat2 tak suka adalah taip mesej. pernah satu waktu dulu ada seorang yang mencadangkan agar aku diberi tanggungjawab untuk memesej ahli2 berkaitan program, aku menolak habis2an. serabut sangat aku rasa disamping hp aku yang tak pernah nak memberi kerjasama dengan baik. suka2 hati dia aje nak ok atau nak jam.
tapi... tulah yang aku nak cakap. sahabat2 disisi ni bukan saja2 dihantar oleh tuhan untuk bawa kita padanya, malah dia berfungsi untuk menjadi check and balance kepada diri kita sendiri. wa... bukan semua orang boleh amik berat pasal diri kita. bersyukur aku sebab ada sahabat disisi yang sentiasa mahu membantu aku mengembangkan potensi diri.
walau apa pun, aku mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat dan teman yang senantiasa bersama aku. macam ajai dan lain2.
thanks gak dekant afzan, suka2 hati aku je kul 3.30am rempuh bilik dia suruh ajar aku buat dynamic variable. pulak tu siap suruh dia ajar detail2 pulak. hehe kena faham tengah demam ni otak kurang berfungsi.
thanks juga dekat lecturer2 ku... lama dah aku tak masuk forum control, ingat dah kena tendang nasib baiklah boleh masuk lagi.
thanks kepada semua yang senantiasa menjadikan aku sebagai sahabat. lantas berusaha untuk melihat yang terbaik pada aku. teringat pagi semalam, disebabkan terlupa ada asigmnt ekonomi, terpaksa aku tiru sikit2 kawan aku. then dina tegur. rasa terharu sangat sebab ada orang yang nak lihat aku berjaya. selain tu kat sakinah, dia tau aku selalu hampir tertido atau terlost dalam class separation II, so dia 'cop'kan seat sebelah dia, depan2 lecturer pulak tu supaya aku tak boleh nak main2.
hehe indahnya Ukhuwah. thanks friends coz always help me. JOM kita peahkan tingkap johari kat blind area tu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment