student UIA anjur forum isu semasa

15 February 2009







Sabtu, 14 Februari, Gombak : Ma'ruf Club UIAM akan menganjurkan satu forum intelektual mengenai senario semasa politik Malaysia pada saat ini. Antara panelis yang dibabitkan adalah dua tokoh politik parti pemerintah dan pembangkang di negeri Selangor dan seorang pakar akademik dari kampus itu sendiri.Saudara Faridzul Nasarudi, Presiden Ma'ruf Club UIAM menyatakan ketika dihubungi Gamis Daily bahawa menjadi hasrat awal di peringkat Ma'ruf Club untuk mempertemukan YB Nizar Jamaludin dan YB Dr Zambry yang kini menjadi icon utama pergolakan politik di Perak, namun hampir pasti usaha kami ke arah itu agak mustahil berikutan ketegangan yang belum mereda antara kedua-dua belah parti pemerintah dan pembangkang tersebut. Berikut adalah maklumat lanjut program :

Nama Program : Intellectual Dialogue Towards Upholding Ummatic Aspiration : Implication of Current Phenomenon Towards The Future of Malaysia

Tarikh : 24 Februari 2009 (Isnin)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Main Auditorium, UIAM

Isu-isu yang akan dibincangkan

1. Isu Perak dari kacamata perundangan dan perlembagaan

2. Kestabilan sosial yang diketepikan

3. Keparahan ekonomi negara pada saat ini

4. Peranan mahasiswa Islam dalam memperjuang nasib ummah pada saat ini

***ternanti2 bila pula PMIUTM mahu tampil berani dengan forum2 sebegini. kita mahu mahasiswa selatan juga celik dengan isu semasa. bukan hanya tahu kisah rumah tangga artis semasa...



0 comments: