pabila DEMAM...

02 February 2009
Allahuakhbar... menderitanya bila hidung aku tak dapat berfungsi dengan baik. bila bercakap kena cover2 takut tersembur pulak. hish menjijikkan yang teramat.

tulah bila satu dari nikmat kita diambil barulah kita merasai deritanya. barulah kita dapat merasai bagaimana dengan sahabat2 kita yang lain yang mungkin ada yang sedang bertarung dengan penyakit yang lebih berbahaya berbanding aku yang cuma tak boleh bernafas dengan baik.

huhu derita sungguh. tidur kejap aje dah bangun balik. kalau dah bangun boleh study takpalah. ini tak berat betul kepala ni. rasa macam ada hammer yang sedang menukul2 otak aku. huhu sakitnya. nasib baiklah minggu ni tak de quiz atau test.

huhu... masa2 berginilah teringat dekat mama. kalau mama tau mesti dia marah sebab demam ni. mesti dia kata aku pergi main hujan. ye lah dah ada motor sendiri kan. mana pandang lagi payung. ops... cakap soal payung baru teringat payung ezan yang dah satu sem aku pinjam tak pulang lagi. hehehe

bila dah demam ni rasa comot sangat. rasa macam banyak hingus bertepek dekat hidung aku. rasa muka mesti nampak hodoh sangat. dan yang paling aku tak suka mesti keberangkalian untuk aku 'syahid' dalam class sangat tinggi. huhu buruknya tidur dalam class. tapi nak buat macam mana kepala ni rasa macam nak pecah.

huhu dugaan benar ni Ya Allah. tapi itulah tarbiah. huhu teringat baru berazam nak blaja secara menggila tentang control, tapi bila dah pusing2 ni huhu terpaksa kiv jap.

huhu sedihnya tak de sapa jaga. hehe tak pa masa nilah aku nak bermanja dengan kakak2 aku sekalian. hehe tunggulah korang melayan kerenah ku malam ni. pasti pusing kepala di buatnya.

aduh panas juga dahi ni... hm nak kena touch up sikit gi kelas nanti supaya orang tak tersalah anggap ingat ada mayat hidup sedang berjalan.

huhu tak selesanya....

-someone help me...-

0 comments: