ltks oh ltks...
10 February 2009
isnin yang lepas baru sahaja selesai induksi pimpinan LTKS yang baru. rasa bertuah bila dijemput hadir dalam induksi itu. dan seperti biasa aku menjadi pemantau untuk unit penerbitan dan dokumentasi.
seronok sangat bila tengok adik2 keluarkan idea untuk buat apa dalam unit masing2. teringat masa zaman2 aku dulu. walaupun masa tu akulah antara orang yang paling senyap, tapi aku rasa best sangat. entahlah... syukur pada Tuhan yang telah mempermudahkan hati aku waktu itu.
part yang paling seronok masa pembentangan aktiviti. entah kenapa mulut aku ni bagai tak boleh di zip. asyik nak bercakap aje. kan aku ni pemantau aje, yang sebok bagi komen n cadangan tu wat apa. ada satu masa sampai aku terdecide keputusan untuk satu unit tu. sedangkan diorang dah ada MT yang aku sebok2 buat apa. malu betul...
apa pun aku kagum dengan adik2 yang nampak bersemangat dan komited. cuma satu yang aku risaukan, bimbang semuanya hanya indah di kertas sahaja, namun tiada di zahirkan. namun aku berdoa semoga semuanya akan menjadi seperti yang dirancangkan. tambahan pula dr. Firdausi begitu mahu menyokong LTKS.
cuma aku sedikit terganggu dengan desas desus yang mengatakan beberapa mt dari kalangan muslimat yang ingin meletak jawatan. aku cuba fahami situasi mereka. hm... ternyata sukar juga aku mahu berkompromi. kadang2 aku tak faham, LTKS pun sukar nak kawa macam mana lah kalau dorang nak survive di luar sana. hehehe itu pandangan aku. tak boleh salahkan dorang sebab lain orang lain packagenya.
tapi betullah aku terkilan sebenarnya. pemilihan kita buat bukan ikut suka2. sebab kita nampak ada jiwa kepimpinan dalam diri mereka. kami nampak mereka ni dapat mengumpul crowd dalam unit mereka tapi mungkin ada sesetengah pihak menyalah ertikan pulak. bimbang jika bebanan bertambah atau tak mampu nak counter. kami mahu anda menjadi leader bukan pekerja sepenuh masa. kesalahan pemimpin2 sebelum ni adalah mereka meletakkan diri mereka sebagai pekerja sehingga mereka terlupa mengcounter ahli2 dalam unit mereka. anda adalah pemimpin, tugas anda memastikan beban kerja dibahagi sama rata. berkali2 aku mengingatkan mereka. kita kerja dalam jemaah. bukan kerja sorang2. kalau kerja sorang2 semua orang letak jawatan.
fenomena letak jawatn...
bagi aku tak bertanggungjawab. mungkin mereka ada alasan sendiri. tapi entahlah. kalau semua perkara kita ambil jalan mudah seperti ini tanpa cuba untuk face problem itu. hm... tak bermaknalah hidup ini. ingat mungkin ini tarbiah dari Allah mahu melihat kesanggupan anda berkorban. betulkan niat. muhasabah kembali...
aku juga,,,,
harus betulkan niat. niatkan ikhlas, selagi mampu aku berkhidmat untuk LTKS selagi itu ku curahkan. semoga Allah memberkatinya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment