apa dah jadi dengan PERAK?!

06 February 2009
semalam masa ke pejabat kolej, langkah aku terhenti menatap muka depan berita harian yang bertajuk "Belum Sampai Setahun Kerajaan Perak Di Bawah Ir Nizar TERSUNGKUR.

tapi waktu itu difahamkan kerajaan BN masih belum lagi mengambil alih kerana belum ada keputusan daripada Sultan. petangnya aku jumpa kak Helia dan bincang dengan dia pasal ni. Kak Helia yang memang orang Perak nampak gusar dan gelisah. aku juga bimbang. adakah Perak akan jadi milik BN semula?

then kak Helia dapat mesej dari kawan dia yang kata, Sultan tak kan bubar Dun, Ir Nizar kena letak jawatan tapi pakatan still pegang Perak. kitaorang sedikit lega walaupun masih sedih sebab Ir Nizar takkan jadi MB lagi.

tapi hari ni bila aku baca harakah tetiba najib n the geng nak bentuk kerajaan baru di Perak. Ir enggan letak jawatan. Mahasiswa akan berhimpun bantah rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN.

apa semua ni. semua jadi ribut. kak helia datang bilik aku, masuk2 terus suruh buka web bersatu perak. nampak cemas sangat mukanya. lepas tu bukk tv3 pulak nak tengok perkembangan melaui berita. buka web berita harian. hah berita harian tak de info. semuanya nampak cemas tapi masih samar.




Tarikh : Hari ini, Jumaat (6 Feb 2009)
Masa : 3 petang
Tempat : Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar, Perak
Himpunan mahasiswa bersama rakyat Perak ini bertujuan memberitahu kepada kerajaan baru negeri Perak di bawah Barisan Nasional kini bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang terlalu rapuh dan bakal mencetuskan kegawatan politik lebih dahsyat kepada tanah air dan negeri Perak sendiri. Himpunan ini juga untuk mahasiswa merayu kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi memperbaharui mandat rakyat selepas keputusan 8 Mac seolah-olah sudah tidak dipedulikan ahli-ahli Parlimen yang melompat.
Presiden GAMIS, saudara Dzul Khairi ketika dihubungi di Ipoh menyatakan keputusan yang dibuat oleh GAMIS tersebut adalah merasakan kepentingan fungsi mahasiswa dalam mengepalai gerakan mengembalikan budaya berpolitik yang sihat di pentas demokrasi yang mesti tunduk pada kuasa majoriti rakyat, bukannya adegan badut-badut politik murahan yang menjadi buah catur politikus berkepentingan sehingga rakyat yang terkorban. Beliau juga menggesa seluruh pencinta keadilan tanpa mengambilkira ideologi politik, bangsa dan agama untuk hadir bagi mengembalikan kestabilan politik di Perak.
LAST_UPDATED2

aku jadi tension sangat memikirkan apa yang berlaku di perak. aku ngan kak helia sempat solat hajat bersama minta supaya Sultan Perak bubarkan Dun. biar pilihanraya berlaku di perak. dengan ini baru adil. kalau BN masih lagi mahu bentuk kerajaan dengan cara begini, aku selaku rakyat walaupun bukan orang Perak rasa marah sangat. ini namanya mencabuli keputusan rakyat dalam pilihan raya Mac lepas. semua ni gila dan mengada2.

adun yang lompat parti tu pun berbagai berita yang meragukan didengari. diculik dan bermacam lagi.

ada helah ke di sebalik semua ni? orang2 Perak kalau tak sedar2 lagi memang pelik. ambil masa untuk baca... hah jangan baca media perdana aje baca semua, harakah, malaysia kini, suara keadilan dan banyak lagi. then amik masa untuk fikir. dan buat pertimbangan sewajarnya.

aku rasa marah dan panas ni. kenapa dorang suka2 hati amik kerajaan perak.

PILIHAN RAYA SEMULA. AKU MAHU PILHAN RAYA SEMULA...

semoga Allah memperkenankannya...

0 comments: