indahnya saat rindu padaMu...

15 February 2009



hati rasa sangat sepi. seakan2 mahu berlari sahaja pulang ke Klang. entahlah terasa rindu sangat nak melihat wajah mama. hm.. mendengarkan perkataan mama sahaja dh buat hati aku diruntun pilu. lantas terasa berat sangat kelopak mata ini. argh... sabarlah duhai hati.. kerinduan itu insyaAllah dibalas Allah nanti. aku disini, jauh diselatan ni bukannya berfoya2. tapi berjuang dalam medan ilmu. untuk siapa? untuk Allah juga, untuk kebahagian mama dan papa juga. berikanlah senyuman untuk mereka dengan kejayaan yang aka aku bawa pulang nanti. insyaAllah.

namun, bila bersendiri begini, terasa mudah hanyut dalam melayari perasaan. alhamdulillah, ia bukan perasaan yang bukan2. aku bersyukur dalam kesepian yang begini membawa aku kembali menyelusuri hari yang telah aku lalui. terasa bersalah mencegkam hati tatkala tersedar ada bicara yang pernah aku luah mengguris hati sang sahabat. ada perbincangan yang terkadang aku menjurus seolah memburukkan sahabat. dan terkadang aku mengabaikan mereka.

disaat itu aku merasakan betapa lemahnya diri.dan tatkala tangan menadah memoho keampunan ilahi terasa dekat benar diri dengan sang pencipta. membawa aku merasa betapa hinanya diri. mengemis kasih dan kekuatanhanya padaNya.

entah mengapa terasa indah. indah tatkala hati ini hanya tertumpu padanya. tatkala aku menyerahkan sepenuh pengharapan dan tekad ku padanya. sememangnya indah seakan2 bercinta. betullah kata orang cinta sejati hanya untuk ilahi. lazat dan manisnya iman bila hanya tertumpu pada ilahi.

aku diterjah rasa bimbang pula andai esok aku tidak lagi merasakan keindahan ini. Ya Allah selalulah engkau pimpin daku untuk sentiasa padaMu...

buat Mama... maaf kerana jarang menelefon ke rumah. bukan apa anakmu ini amat sukar menahan emosi tatkala mendengar suara mu. owh.. mama, sudah tua benar kau. jika kau tahu aku merasa bersalah yang amat. sepatutnya aku menemani mama tapi aku berada jauh disini. aku bimbang mama... aku takut pada sesuatu yang tak pasti.

untuk sahabat.. janganlah menjauh dari diri ini...

dan padaMu tuhan... ku lafazkan dengan indah terlalu bahagia tatkala merayu padaMu. sesungguhnya Engkaulah sebaik2 tempat memohon pertolongan. bahagiakanlah mereka yang aku sayang...

0 comments: