milik siapa?

05 February 2009
jam menunjukkan 11.48pm dan aku dari tadi masih belum siap2 lagi manual report untuk experiment esok. sedangkan manual tu sangat2 penting sebab esok aku yang akan jadi project manager untuk experiment Iodin tu... tadi sempat gak belek2, rasa macam ok tapi leceh sikit. lagi leceh bila kena kerja dalam team aku yang semuanya lelaki. tak adil betul disebabkan aku tak datang masa lab pertama so aku terpaksa masuk dalam team yang tak cukup orang, dan yang tak cukup tu team yang semuanya lelaki. huhu aku dah try argue n mintaklah kalau2 sapa2 nak teman aku. tapi hampeh. lagipun budak pompuan ni kalau selagi boleh tak kerja satu team ngan budak laki selagi tu lah dorang nak. dan aku?! MANGSA KEADAAN!!!

anyway ada baik juga ngan dorang ni. bayangkan lab reaction, ada banyak reactor2 yang berat dan leceh di handle, so terlepaslah beban aku nak mengsetupkan bebenda tu. aku datang tengok dorang buat, amik bacaan, bagitau kalau2 ada leaking dan tengok n komen. hehe

tapi tak best gak... aku nak run experiment. so sok aku memang akan run experiment dan terpaksa handle budak2 tu sekali. huhu nak buat character cerewetlah esok. hehe tengok dorang boleh tahan atau tak. silap haribulan aku yang kena buli. TIDAKKKK....

sedang aku dok membaca report2 lepas kat lab ni tetiba terdengar orang mengaji. orang mengaji al-Quran. surah apa aku tak pasti. tapi suaranya sedap sangat. rasanya macam kenal sangat pemilik suara tu. kalau betullah dia memang tak heranlah. tapi kenapa tetiba baca pakai pembesar suara?

macam nak tanya sahabat yang lain, tapi bimbang kalau dorang fikir yang bukan2 pulak. tapi kalau selalu macam nikan bagus. lagi bagus kalau baca sekali dengan makna. rasanya kat kolej aku ni teruk sangat biah solehahnya. waktu2 macam ni pun senang sangt nak nampak couple yang dating depan pokok, tepi longkang dan yang paling kurang ajar dekat foyer yang betul2 gelap dan depan tingkap bilik muslimat. kurang ajar betul tak hormat orang langsung.

pondok wakaf dekat betul2 depan bilik aku ni pun selalu jadi tempat dating. masa dulu tak de lampu senang kitaorang nak tegur suruh diorang bubur. tapi bila pejabat letak lampu makin menjadi2. sampai bila tegur dikata dah ada lampu.aik orang tegur sebab korang berdua bukan pasal ada lampu atau tak. memang tensionlah kalau tengok orang dating kat pondok tu. sampaikan aku satu tahap nak gi pecahkan lampu kat situ. paing dasat pun rasa nak gi robohkan pondok tu. haha dah tak de maksiat.. senang aku nak study!

pelik aku apasal orang boleh lepak kat situ sampai kadang2 jan 1 pagi. dulu aku penah nampak khinzir 2 eko lalu kat pokok2 belakang pondok tu. khinzir sesat berdating kat situ. huh tak takut ke kalau terserempak dengan 2 makhluk tu.

so aku andaikan mungkin bacaan tadi satu teguran untuk mereka yang tak reti2 jelingan dan bahasa ni. kalau tak terasa juga AWAS! check IMANmu sahabat. aku bimbang jika satu hari nanti Allah tutup hatimu sehingga kau langsung tidak merasa malu sekalipun.

aku bimbang teman... harap bacaan tadi buat kalian masuk dan tutp pintu.

argh... si jejaka pulanglah ke tepatmu. jangan menyemak di blok muslimat. kau tahu tak betapa terseksanya kitaorang dengan kehadiran kalian. pulanglah... persiapkan dirimu.. kerana kalian sangat dan amat diperlukan dalam arena jihad menegakkan agama Allah di bumi kampus ini!

buat pemilik bacaan tadi... semoga Allah sentiasa merahmatimu... teruskan selalu biar jadi hiburan diwaktu malam. kita tukar hiburan lagha kepada puian pada yang Esa!!!

Tadbir!

0 comments: