assalamualaikum...
ari ni kul 5.00pm ada kelas dakwah kat MSI. hm memang dah tak sabar nak sambung kelas yang terberhenti seminggu disebabkan cuti mid sem. tak sabar nak mendengar huraian dan hujahan dari Ustaz mahyudin dan sahabat2 yang lain.
kelas pertama hari tu ada sahabat yang mencadangkan agar sylabus kelas dakwah ni menggunakan buku dakwah fikh sirah (agaknya kot tulah terlupa nak salin).
memang tak sabar nak mengupas isu dakwah dan strategik berdakwah.
memang perlu kelas2 macam ni.
umum kalau dikata dengan dakwah mesti menganggap dakwah tu hanya kepada non-muslim aje. sedangka dakwah tu luas perspektifnya. dakwah kepada orang islam juga amat diperlukan hari ini.
jika dilihat hari ini kebanyakan umat Islam hanya mengambil Islam yang mana perlu sahaja. yang nampak lain atau tak update ditinggalkan.
ada juga terdengar tentang Islam warisan. islam yang dianuti kerana dilahirkan dalam keluarga Islam. perkara inilah yang seterusnya melahirkan masyarakat yang mengamalkan Islam apa yang mereka tahu sahaja. sehingga tiada respon untuk mendalami Islam itu.
ada sahabat yang bila diajak pergi ke kelas agama menganggap kelas agama hanya untuk mualllaf sahaja. ada yang lebih parah lagi bila menggap kelas agama untuk mereka yang mengambil jurusan agama sahaja. jadi Ustaz dan Ustazah sahaja yang layak ke kelas agama.
inilah satu pemikiran yang sempit. aku masih ingat masa di matrik dulu. ada seorang senior yang mengambil pengajian medik di universiti kebangsaan malaysia. apa yang membuatkan aku kagum padanya ialah setiap kali dia berhujah ayat al-quran tidak lekang dari bibirnya. sirah Rasulullah saw dan sahabat menjadi tambahan pada hujahnya. kepetahan dia mengaitkan Islam dan Medik amat2 mengagumkan aku. sehingga dia buat aku berfikir apa guna jika aku ISLAM tetapi aku tidak mengenali agamaku.
bukankah Islam itu hebat. semasa zaman pemerintahan ISlam banyak ilmu2 baru muncul. tokoh2 ilmuan Islam seperti ibnu sina, al khawarizmi dan banyak lagi. mereka dikagumi barat. kerana apa ilmu mereka saling berkait rapat dengan Islam.
formula 'keilmuan medium dakwah'...
mereka yang hebat dalam bidang mereka, contohnya pelajar first class di fakulti perubatan, dia akan disanjung ramai. tambah hebat jika ilmu agama seiring. bila berhujah saling mengaitkan, ini merupakan satu bentuk dakwah kepada non-muslim.
mereka ini aku percaya bukan sahaja mendapat kejayaan di dunia malah insyaAllah mendapat kejayaan di akhirat.
lihat pada Dr. Daniel. dia menggunakan kepakaran dan merelatekan dengan islam. subhanAllah hebat.
jadi aku percaya ilmu islam itu harus dan perlu untuk setiap umat Islam menuntutnya. biar kita sama bijak dengan ustaz dan ustazah. bukankah ilmu itu akan menjadi bekal kita di akhirat kelak?
malah apabila berkeluarga ilmu itu dapat kita aplikasikan dalam kehidupan. dapat di ajarkan kepada anak. dapat diguna untuk membimbing isteri. dapat diguna untuk mengingatkan suami.
banyak ilmu yang boleh kita kutip di kelas agama di MSI. sementara masih di Universiti inilah kita gunakan segala kemudahan yang ada. tak kena bayar pun. tak payah malu kalau nak datang. nak malu apa kita belajar ilmu untuk bekalan akhirat. tak rugi satu sen pun.
kalau nak banding di luar nanti, bila dah berkerja mana nak dapat kemudahan macam ni.
jadi sahabat aku menyeru pada kalian jom gi kelas agama di MSI... setiap isnin sampai jumaat jam 5-6 pm. ikhlaskan niat ha... korang akan menikmati kenikmatannya.
jumpa disana...
isnin : dakwah (bilik al-khindi)
: aqidah (dewan al-Ghazali)
selasa : Tajwid (al-Ghazali)
: al-Quran (bilik al-farabi)
rabu : Tasawuf (dewan al-ghazali)
khamis : Tafsir al-Quran (Dewan al-Ghazali)
jumaat: feqah (dewan al-Ghazali)

0 comments:
Post a Comment