masa mula2 dapat surat tawaran masuk UTM dulu, rasa suka sangat walaupun dapat chem eng. cita2 nak jadi pilot tapi sebab ikutkan family duduklah dalam faculty kimia yang kadang2 menyesakkan tu...
bila melangkah ke UTM hidup tertumpu pada study. pagi bangun pergi class, balik class study. petang discussion, malam study kalau rajin pergi library cari buku atau serve internet (zaman2 tak de laptop). tu jelah rutin harian dengan impian nak dapat first class.
bila dah lama sikit kat UTM, kenal usrah.tu pun kadang2 malas2 nak gi usrah. malasnya bukan apa sebab selalu usrah buat petang. masa petanglah waktu aku nak jog. kalau hari rabu pergi traning silat. bila time SUKAM sebok traning ping pong. memang penat. tapi nasib baiklah kak naqibah aku ada cara tersendiri. sangkut gak aku ngan usrah dia.
then kehidupan tahun satu lebih menarik bila join LTKS. dalam LTKS masuk lujnah penerbitan. kak syahida yang ajar aku macam mana guna pubisher and macam mana nak edit bulitin. seronok sangat bila first time bulitin yang aku buat 'gema al-ilmu' di publishkan. walaupun masa tu aku kena gelak habis dengan member2 sebab aku tersalah eja nama LTKS. ingat lagi sepatutnya 'tarbiah' tapi aku tulis 'talbiah' memang buta perkataan betul...
tapi sejak dari tulah ramah orang bagi aku bahan untuk dimuatkan dalam 'gema al-ilmu' dan aku pun nampaknya terlalu seronok dan obses buat bulitin. sampaikan motto LTKS 'amalkan islam sebagai cara hidup' tu lekat benar dengan aku. tapi yang peliknya dalam sebok2 aku terbitkan bahan2 berbentuk islamic ni aku masih agi digelar 'rockstar' di kalangan teman2. mana taknya selekah betul. pakai tudung pun macam apa je. pulak tu selalu datang lewat. menyampahnya...
tapi, kakak2 LTKS semua tak kisah. malah dengan selamba dan yakinnya diorang letak aku dalam post TP lujnah penerbitan. huhu aku pun tak peraya. tapi aku peduli apa, janji aku boleh buat bulitin. dan yag penting sekali aku rasa bahagia sangat bila dapat berkongsi dengan warga KTDI ni apa yang aku baca dan menginsafkan.
dan kemudian keadaan makin menggila apabila aku berada dalam post TP LTKS. wah... menjadi wakil muslimat dalam organisasi LTKS. memang perkara gila. si ROCKSTAR dah jadi USTAZAH! hm... memang gila!
walaupun rasa berat, tapi terima juga. aku anggap tu macam dakwah untuk diri aku. manalah tau kalau2 betul si ROCKSTAR boleh bertukar jadi USTAZAH.. aku pun tak rugi.
dan alhamdulillah... semakin hari aku semakin mengerti. untuk apa semua ini terjadi dan untuk apa semua ini aku lalui dn pada siapa aku harus kembali. saat diri tersedar akan hakikat kejadian diri buat aku rasa bersalah yang teramat. terlalu lama hidup, namun baru sekarang nak tersedar tentang tanggungjawab. terasa diri macam seorang muallaf yang baru memeluk islam. dan bila belek gema al-ilmu yang aku terbit2kan sebelum ni baru terasa betapa besar sumbangannya pada diri. Gema al-ilmu nilah mukhadimah yang telah membuka pintu hati ini untuk mendekatiNya. bersyukur sangat kerana masuk LTKS dan diletak di bawah penerbitan. cantik sungguh perjalanan tuhan untuk aku. subhanAllah.
dan masa terus berlalu. dan aku dikurniakan sahabat yang semakin bertambah. di bukakan mindaku supaya menambahkan ilmu dan mencarinya tidak kira bagaimana metodnya. ilmu jangan dijuzuk2kan, jangan dilimitkan. ilmu harus dicari dan di amalkan. masih terngiang2 kata2 senior. ya akan ku cari dan ku gali tak kira di mana ia berada.
sebentar tadi aku melangkah keluar dari HEP. berjumpa Ustaz Nasir minta tanda tangan dia untuk jadual waktu solat. alhamdulillah dipermudahkan kerja aku. lepas tu terasa nak berjalan2 sekejap dekat kawasan HEP dan MSI yang tersenggam indah betul2 depan HEP. tiba2 hati aku diselubungi rasa sayu yang berpanjangan. terasa pantas benar waktu berlalu. macam baru semalam aje mendaftar. betapa lekas masa berputar.
bila difikirkan aku rasa menjadi mahasiswi dan belajar di UTM ni sangat hebat dan besar maknanya. banyak perkara yang aku boleh lakukan dan setiap perkara yang dilakukan semuanya mendapat perhatian.
lihat sahaja minggu lepas, PMIUTM bersama2 masyarakat di Pulai mengadakan kempen memboikot barangan Israel. semuanya dapat perhatian. malah suara kami didengar. dan ada masa kami bisa menjadi juru bicara mereka. umpamanya kes Plentong. hebat sungguh mereka yang bergelar mahasiswa.
menjadi mahasiswa juga tertabur pelbagai nikmat. cakap aje kalau nak buat program, bila dan dimana? asal selari dengan matlamat HEP, mintalah berapa aje insyaAllah dapat. selain itu di madrasah ilmu ini bukan hanya penuh dengan ilmu kejuruteraan sahaja. kuliah2 agama ibarat cendawan tumbuh. MSI sendiri setiap hari menawarka kelas agama dari jam 5 hingga 6 pm. tak cukup dengan itu, kuliah maghrib disampaikan oleh Ustaz2 yang hebat di UTm ni. setiap 7.30 am pula diisi dengan kuliah hadis 40. subhanaAllah... tak pernah kena bayar malah atas saranan PMIUTM dan MPP, MSI bersedia mengeluarkan sijil pengajian Islam untuk mereka yang menhadiri kelas di MSi.
itu belum tiba kalau berlaku sambutan2 peristiwa ISlam. lagi hebat ceramah2 agama. malah bulan Februari ini sendiri insyaAllah Ustaz Akil Hai akan datang sempena konsert aman Palestin.
mengingatkan semua ni, aku rasa sangat bersyukur dan bertuah. rasa damai apabila berjalan dalam kampus UTM yang tenang dan masih kaya dengan budaya ilmu. mungkin kurang di sudut tarbiahnya tapi alhamdulillah belum ada yang menggila lagi.
setahun lagi, jun 2010 insyaAllah aku grade. pantasnya akan aku tinggalkan kampus ni. terasa macam sedih yang teramat. terasa takut apabilakeluar nanti hati ini akan kembali sunyi. hilang dengan tarbiah. jauh dari usikan sahabat. kurang dari kebusyan gerak kerja. diri diselubungi kebimbangan yang melampau.
namun masa itu akan aku tempuhi. yang penting bagaimana aku meletakkan diri supaya kekal dalam tarbiah. terngiang2 kata ustaz Zuhan, ex- senior PMIUTM, kejayaan sebenar apabila sudah grade kita masih boleh lagi aktif dalam gerak kerja Islam. teringat lagi betapa aku setuju dengan kata2 beliau.
hm... dan betapa sebenarnya terbeban satu amanah dan abaran. mampu atau tidak aku lakukan apa yang aku anggukan. bisakan diri ini berjaya bukan hanya sebagai engineer tapi juga muslimah kilauan belati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment