1. Segerakan solat bila tiba waktu sepanjang tiada keuzuran.
2. Membaca Al-Quran, membuat kajian dan dengan perbahasan ilmiah, zikir
kepadaNya, jangan habiskan masa kepada yang tidak bermanfaat.
3. Rajin berusaha bertutur dalam bahasa arab dengan fasih kerana ia merupakan syiar Islam.
4. Jangan banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia membawa kepada
pertengkaran yang tidak mendatangkan kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang bertembung dengan Allah bersifat
tenang dan tegas.
6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjuang hanya mengenal ketegasan.
7. Jangan meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia
merupakan perbuatan sia-sia dan menyakitkan hati.
8. Jangan mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah
berkata kecuali perkara yang baik-baik sahaja.
9. Berkenalanlah dengan saudara sesame Islam di mana-mana saja.
10. Kewajipan hidup lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain memanfaatkan waktunya. Jika ada urusan yang lebih penting maka segerakanlah ia.
aku terkesan betul dengan wasiat imam Hassan Al-Banna. yang apiling terkesan dengan wasiat yang ke-10. kewajipan lebih banyak dari masa yang ada kalau nak ikutkan keadaan aku sekarang ni memang kewajipan pada belajar, gerak kerja dan pelbagai lagi memang bertimbun. ada satu saat aku rasa baik aku give up pada certain2 part dan rileks je, enjoy ur campus life. tapi syukur niat sebigitu sering dipatahkan oleh nasihat teman2. malah aku jadi cemburu pula bila melihat sahabat2 yang busy dengan gerak keraja Islam.
lantas aku membuat tekad. selagi termampu biarlah diri ini digunakan untuk menggerakkan Islam. kerana aku tidak tahu di bahagian kerja mana amalan aku diterima Allah.
0 comments:
Post a Comment