09 Feb 2009,Skudai: Barisan pimpinan PMIUTM serta beberapa orang pimpinan Pro Mahasiswa hari ini telah menghadiri Ekspo Kebudayaan Tahun Baru Cina bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM. Ekspo ini berlangsung selama 5 hari bermula 7hb Februari 2009 sehingga 11 Februari 2009 (Sabtu).
Kehadiran rombongan PMIUTM ke Ekspo tersebut disambut baik oleh urusetia program yang tampak mesra dan bersungguh-sungguh dalam memberi penerangan kepada rombongan yang hadir.
Urusetia program, Saudara Chow dan Long Hui kemudiannya telah membawa rombongan melawat seluruh tapak ekspo bagi memperkenalkan tradisi dan budaya masyarakat cina serta kajian kes yang telah dibuat berkenaan "Pentingnya Kebebasan Media". Rata-rata yang hadir memberikan respon yang baik dan berpuas hati terhadap pameran dan aktiviti yang dijalankan sepanajng berada di tapak ekspo.
Presiden PMIUTM, Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami apabila ditemui berkata, "Lawatan hari ini memberi makna yang cukup besar kepada PMIUTM kerana ianya bukan sahaja dapat memperkenalkan budaya dan adat orang cina kepada kami, tetapi lawatan hari ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan agama dalam mencapai misi untuk mewujudkan Integrasi antara kaum yang baik di peringkat UTM. InsyaAllah pada kepimpinan kali ini, kami akan cuba memperbanyakkan hubungan dengan persatuan agama lain agar hubungan antara kaum bertambah baik pada masa akan datang".
Saudara Anis Bin Abd Wahab selaku Pengerusi Pro Mahasiswa UTM yang turut hadir dalam lawatan tersebut apabila ditanya tentang tujuan lawatannya dalam Ekspo tahun baru cina tersebut berkata, "Walaupun kita kalah dalam pilihanraya, Pro Mahasiswa masih kekal dengan agenda yang ingin dibawa kepada Mahasiswa pada Pilihanraya Kampus lepas yang mana salah satunya adalah mewujudkan perpaduan yang erat antara kaum. Agenda ini kami akan bawa sehingga pilihanraya kampus yang akan datang dan kita serius dengan agenda yang telah di janjikan kepada Mahasiswa yang telah mengundi kita."
Keprihatinan dan kesedaran Mahasiswa dalam mewujudkan hubungan bagi merapatkan jurang antara kaum dilihat satu perkara yang positif. Kesedaran ini perlu diperluaskan diperingkat Mahasiswa yang lain agar keharmonian dan kesejahteraan di UTM khususnya dapat kita kecapi melalui perpaduan yang kukuh antara kaum dan agama pada masa akan datang, Sekian.-LPM PMIUTM-
sumber: http://pmiutm.blogspot.com
ulasan:
alhamdulillah, memang bagus apa yang dilakukan oleh PMIUTM dan PRO M UTM. dalam UTM ni bukan hanya ada masyarakat melayu sahaja. ternyata kita sebagai mahasiswa seharusnya turut meraikan apa yang dilakukan oleh sahabat2 kita yag berlainan agama selagi tidak bertentangan dengan syarak. perkara ini juga sebenarya dapat membuka mata mahasiswa bahawa kita komited dengan apa yang kita katakan sebagai memperjuangkan perpaduan antara masyrakat kampus.
semoga usaha seperti ini diteruskan. dan diharap persatuan2 lain di UTM membuka mata dan sudi berkerjasama dengan kita. demi satu tujuan untuk memperjuangkan hak mahasiswa dan menjadikan Universiti sebagai medan integrasi antara semua jenis masyarakat. Kampus adalah milik MAHASISWA!
*** tadi sempat gak datang. sekejap je sebab ada induksi LTKS dan kelas simulink. sejak dari sekolah menengah aku sebenarnya dah biasa dengan program macam ni. teringat kat sekolah menengah dulu, memang kelab bahasa cina sangat aktif. mei chen pun selalu ajak aku join buat kaligraf, kuih dan macam lagi.
0 comments:
Post a Comment