argh... jangan bebani aku dengan masalah...
07 February 2009
baru sekejap tadi seorang sahabat menyatakan pada aku yang dia tidak mampu untuk memikul amanah yang diberikan padanya. lantas dia meminta untuk menarik diri. bukan suka-suka dia mahu menarik diri. aku tahu dia lakukan dengan hati yang maha berat. kerana tanggungjawab disana yang lebih besar. maka dia perlu untuk memastikan yang disini tidak terumbang ambing. dan aku sangat mengerti. dia bimbang nanti kerana dia semuanya jadi serabut belaka. aku juga faham dan mengerti.
tapi masalahnya, aku pulak yang sukar untuk terima buat masa ni. wei... apalah hati aku ni. tadi kata faham dan mengerti tapi tak leh terima pulak. apanya aku ni? nak jadi 'pokko' ek? asik berubah2. tak tetap pendirian.
hai... andainya ada yang mengerti hati ini, sesungguhnya aku memilih mereka yang berada disana untuk sama berjuang. walaupun ia kecil tetapi terlalu besar maknanya untuk kita. kalaulah kalian mengerti betapa aku ingin terus berada di situ. berjuang dalam kolej ku sendiri. memastikan biah solehah wujud di kolej ku ini. sanggup aku tinggalkan semua taklifan demi kolej tercinta ini. namun kita semua ada tanggugjawab. dan tidak adil aku menyamakan aku dengan orang lain. masing2 ada pakejnya.
persoalan lari dari amanah...
tidak timbul disini. dan aku yakin tidak timbul. tujuan aku menulis kali ini untuk menyedarkan diri aku dan sahabat yang lain. sedar apa? sedar bahawa kadang2 kita terlalu mengharapkan sahabat sehingga kita memberi amanah pada mereka tanpa kita selidiki sama ada mereka mampu atau tidak. jika perkara ini kita ambil berat, InsyaAllah isu makan hati, tak buat kerja dan futur tidak berlaku.
terkadang kita selalu menyamakan diri kita dengan orang lain. kita kadang2 terlalu berkira kerja. muhasabah semula. bukankah kita lakukan untuk Allah. jadi harus mengapa kita mengungkit. sepatutnya kita datang padanya dan bertanya. bukan mengandai jawapan berdasarkan kotak fikiran kita semata-mata.
owh tuhan... terlupanya aku selalu...
menjaga hubungan hati dengan Allah... seharusnya sama patutnya dengan sahabat. jika sahabat mula melukakanmu bermakna telah ada yang kita calarkan pada hubungan kita dengan Allah.
menginsafi diri...
owh tuhan... perlu untuk aku sentiasa semak tentang diriku denganMu... hari ini aku diuji... terasa benar beban di bahu ini. tiada siapa yang mengerti... ku pendam di hati namun tak larat rasanya jiwa ini melihat air mata yang bertakung di hati. lantas ia menterjemah segala kekurangan dan kelemahan diri di tulisan ini. tuhan hanya kau yang mengerti apa sebenarnya rasa hati. bersihkan ia jika mula dikotori.
Ya Tuhan... bawa aku selalu dekat padaMu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment