Ribuan Mahasiswa Turun Suarakan Protes di Kuala Kangsar

06 February 2009

kk

Kuala Kangsar, 6 Feb - Himpunan Mahasiswa Bersama Rakyat pukul 3 petang tadi dihadiri oleh ribuan mahasiswa sebagai tanda membantah dan memprotes suasana politik Perak berikutan berlakunya rampasan kuasa yang bersifat tidak beretika dan kotor.

Himpunan yang diadakan di hadapan Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar itu di hadiri oleh aktivis-aktivis mahasiswa dari front mahasiswa yang diketuai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro Mahasiswa Nasional.

kk2Jurucakap BERSATU yang merupakan NGO yang mewakili suara anak muda negeri tersebut, saudara Shahir Aziz menyatakan kepada media bahawa pendirian di peringkat mahasiswa ialah menolak amalan tidak berdemokrasi BN yang telah merampas dengan cara kotor mandat rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Cara BN adalah cara yang tidak demokrasi kerana terdapat unsur,rasuah,ugutan,pengkhianatan dan ini menjadi hujah bagi rakyat perak menolak kehadiran BN dengan cara kotor dalam kerajaan negeri Perak.

“Pendirian di peringkat kami (mahasiswa) jelas. Mahasiswa menolak suasana politik tidak berdemokrasi dan tidak beetika.

Mahasiswa tidak memihak kepada mana-mana parti politik tetapi lebih menekankan soal etika dan pengamalan politik yang lebih adil, bersih dan bebas daripada pengaruh rasuah,” ujar beliau di hadapan ribuan mahasiswa.

FRU dan Polis bertindak menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan perhimpunan tersebut.-mahasiswakini

0 comments: