usrah.. oh usrah...

28 February 2009
alhamdulillah baru aje selesai berusrah dengan adik2. rindu sangat sebab dah lama tak duduk berbincang macam ni. terasa sedikit sangat ilmu, tapi kami saling berkongsi dan saling ingat mengingati.

aku kagum dengan adik2 usrah aku. tergambar waktu aku mula2 usrah dulu. semangat aku tak seperti mereka. mungkin kerana faktor waktu itu minda aku lebih kepada yang lain. tapi alhamdulillah berkat usaha kak naqibah aku disini pula aku akhirnya. dan ketenangan yang di cari aku jumpa.

adik2 usrah aku semuanya ceria. semuanya punya character tersendiri. biha nampak serius tapi sangat lembut sebenarnya. aniza nampak tegas tapi agak gelabah. berbanding zura terlalu tenang. ada gaya bakal pengerusi HEWI. calon MPP pastinya milik diana. tak pernah kalah dengan isu semasa dan pandangan yang tajam tapi selamba. dan yang pasti syahida terlalu kreatif dan kaya dengan ilmu pembacaannya.

aku bersyukur kerana mereka rajin berusrah. kalau dulu usrah 80% daripada aku, namun sekarang sebaliknya pula berlaku. masing2 dah berani membawa idea dan pandangan masing2. usrah kami kadang2 melarut sampai jam 1.00 pagi. namun terasa sekejap sangat. segala masalah dirungkai bersama. segala keputusan di buat bersama. saling membrainstorm penyelesaian.

semoga hati2 kami sentiasa ditautkan atas dasar cinta pada sang Ilahi. tiada erti kami berhalaqah atas sekadar mengisi masa. semuanya kerana Allah. demi keberlangsungan Islam. di mana dapat kita berkasih sayang kerana Allah jika tidak di halaqah. aku mula merasai indahnya bersama sahabat2 yang saling mencintakan Allah.

kepada sahabat2 lain. jom kita gerakkan Usrah. mantapkan Usrah. tingkatkan budaya berfikir di kalangan adik2 usrah kita. inject mereka dengan semangat tajdid dan keinginan untuk berjuang. kita bekerja dengan kefahaman bukan semangat!

Semoga aku istiqomah dalam gerak kerja aku. semoga adik2 sekalian istiqomah dalam perjuangan. ingat kita adalah abid, pemakmur bumi dan khalifah. dalam setiap langkah kita harus sentiasa berdakwah. ingat buat kerja ikut kefahaman!

terima kasih adik2 atas hadiah creatif untuk bday akak. akak sayang korang juga!

benda yang paling dibenci?

26 February 2009
banyak benda yang aku benci. dan yang paling sangat2 aku benci adalah ular! aku sangat tak suka ular tak kiralah ular hidup atau ular mainan. asal bentuk dia serupa ular aku memang benci sangat. gambar ular pun aku benci nak tengok. dan apa2 yang berkaitan atau bercirikan ular pun aku sangat benci.

malah tambah merumitkan keadaan aku bukan sahaja setakat benci malah menjadi terlalu amat takut terhadap ular. family aku memang tahu sangat aku gerun abis dengan ular. disebabkan itu diorang selalu sakat aku dengan ular. entah siapa yang beli ular plastik dan gunakan ular tu untuk takutkan aku.

along ngan angah pun satu, ada penah beberapa kali diorang pergi gantung ular plastik tu dekat pintu bilik aku, bayangkan bila aku bangun pagi atau keluar bilik lepas study ular tu jatuh depan mata aku, siap boleh tergantung dekat bahu aku lagi. Tuhan aje yang tahu aku punya takut masa tu. aku rasa aku boleh mati kalau dorang continue buat.

kadang2 campak ular tu dekat aku. serius aku memang takut walaupun ianya plastik. bagi aku ular tu hidup dan aku berani kata aku boleh pengsan kalau diorang suruh aku pegang ular tu. dan disebabkan tak tahan aku pernah buat keputusan nak lari dari rumah. hehehe kalau lari pun pergi rumah mak cik aku yang duduk sebelah rumah aku je.

then aku merayu kat papa suruh sorokkan ular tu. senang citer ular tu pun hilang lenyap dari rumah aku. dan hidup aku kembali ceria. tapi after tu, cou sin aku si shazwan yang gmok tu pulak pergi beli lagi. aku kembali menderita. hampir seminggu aku tak tidur dan memikirkan apa yang aku harus buat. dan disebabkan tak tahan, aku lenyapkan juga ular plastik tu. macam mana? aku gunakan kayu panjang untuk angkat ular plastik tu ke belakang frame besar kat rumah aku. dan sampai hari ini dia masih kat situ. semua orang tahu tapi tak de siapa berani amik. kadang2 aje diorang ugut aku dengan ular tu.

itulah masalah aku yang sampai hari ni tak setel2 lagi. dan aku tak berhasrat nak setelkan ia.

perasaan takut...
aku selalu kata kat orang kalau kita boleh control minda kita semuanya akan jadi terkawal. contohnya bila kita dengar kuliah, kita takkan tertidur jika kita berjaya mengatakan pada minda kita, kita takkan mengantuk. selain dari itu kita bisa membuat sesuatu perkara seperti memahami sesuatu topic jika kita positif dan mengawal minda kita untuk melakukan seperti yang kita mahu. tapi malangnya bila aku cuba aplikasikan dalam kes takut aku ini aku tak berjaya.

malah aku dihimpit rasa takut yang berapi. salahkah perasaan ini?

ada orang takut atau geli kucing. jadi normallah aku takut pada ular. tapi problem timbul bila dengan ular plastik pun aku takut. malah pernah sekali berjalan2 di pasar malam ada orang jual ular plastik dan aku rasa sangat takut. ini belum lagi kata jumpa ular betul.

mungkin ia berpunca sewaktu kecil dulu. ada satu hari dimana aku sangat nak minum ABC. then aku ajak adik aku pergi jalan kaki beli ABC. tapi pada waktu yang sama mama tak kasi kitaorang pergi. tapi aku degil, bawak lari adik aku pergi senyap2. masa tu sarah umur dalam 4 tahun agaknya dan aku sangat kecil n comey... hehehe

perjalanan kami sekejap aje cuma yang merimaskan terpaksa melalui satu kawasan semak yang menakutkan. sebab orang selalu cerita dekat kawasan tu ada ular banyak.

dan dalam perjalanan tu aku dengan sarah asyik membebel aje. sampai di satu titi aku tak sedar apa yang ada di atas titi tu.

di atas titi tu melingkar 2 atau 3 ular yang berjalur2 emas (sampai hari ini aku masih ingat bagaimana posisi mereka) dan hanya beberapa langkah aje dari aku n sarah. masa tu aku terkejut sangat dan aku terus peluk adik aku. kaget dan terkedu!

nasib baiklah ular tu macam tak perasan kitaorang. so aku cepat2 tarik sarah lari terus balik tanpa pandang belakang. aku takut sangat kalau2 ular tu melompat kat kitaorang. sapa tah yang bagitau aku ular boleh terbang. apa yang pasti aku sangat takut kalau2 pada masa tu adik aku dipatuk ular tu. aku bimbang sangat kalau masa tu aku tak terperasan mungkin sesuatu yang buruk dah berlaku dekat adik aku. dan setiap kali terpandangkan ular aku pasti teringat kejadian tu dan buat aku rasa sangat takut.

sampai saat ini aku masih menyalahkan diri sebab langgar larangan mama masa tu. walaupun tak de apa2 yang berlaku tapi aku masih merasa bersalah dan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu pada masa tu.

entahlah bagaimana harus aku buang perasaan itu. alhamdulillah sarah pun dah form5 sekarang.

ularlah benda yang paling aku benci dan inilah sejarahnya. aku membencinya kerana kebimbangan aku jika berlaku sesuatu pada adik aku. jangan pernah mainkan aku dengan ular kerana ada luka disebaliknya. aku merasa ketarnya tika menulis saat ini.

buat along, angah, omar, syafiq, syazwan, syawal dan semua cousin dan pak cik2 aku yang terlibat dalam konspirasi mengenakan aku berhentilah! demi tuhan kalian buat aku rasa separuh mati!

kesilapan demi kesilapan....

25 February 2009
kenapa aku tak pernah belajar dari kesilapan? banyak perkara yang tuhan anugerahkan pada aku, tapi ia membuatkan aku semakin alpa dan lalai. aku merasakan aku mampu menguasai suasana, tapi sebenarnya aku terlalu lemah.

aku tahu waktu yang berlalu takkan dapat diulang, aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. tapi terlalu malang diri ini tak pernah mahu manjadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran. malah setiap kali aku mengulanginya. lantas bila berlaku kegagalan aku kembali muhasabah, bila sudah stabil aku kembali alpa. lemahnya diri ini.

adakah aku hanya insaf apabila menjadi susah? wahai diri yang sentiasa lupa, manusia terbaik adalah manusia yang belajar dari kesilapan diri dan kesilapan orang lain. wahai diri yang sentiasa lupa sedarlah terlalu banyak kesilapan dalam diri ini dan mengapa harus diulangi?

aku sangat kecewa hari ini. apa yang aku lakukan hari ini akan mengeffectkan perjalanan akademik aku di kemudian hari. aku tahu ianya hanya sekadar 15%. tapi aku sangat memarahi diri kerana aku selalu mengambil mudah dengan apa yang berlaku di sekeliling.

sepatutnya aku harus menghargai masa. harus enjoy dalam studyku. aku harus membahagikan masa aku dengan sebaiknya. menjauhkan diri aku daripada perkara lagha. tapi aku terlalu tenang sehingga aku merasakan aku mampu menanganinya. betullah orang kata percaya diri yang terlalu melebihi tidak baik juga!

kenapalah aku tak bertanya tadi. satui kesilapan kecil mengakibatkan aku bakal kehilangan 15% tu. Allahuakhbar! besar ujian Kau ini. di saat aku mahu mengumpul kekuatan kau uji aku dengan akademik aku.

muhasabah...

terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan. semuanya berpunca dari diri aku. keyakinan yang berlebihan dan pengabaian terhadap masa punca utama. lemahnya diri ini. terlalu banyak yang aku abaikan demi kepentingan diri sahaja.

aku pejuang, akademik perjuangan ku juga. masa harus aku kuasai. aku harus lebih berdisiplin, lebih tersusun. air mata penyesalan tidak berguna. mampukan aku membuktikannya di test ke 2 dan final nanti? yang pasti ianya makin susah.

Allah... aku adalah hambaMu yang lemah, yang sentiasa mendambakan sesuatu, namun usahaku terlalu kurang jika dibandingkan dengan permintaanku. oleh itu Ya Allah, kau bantulah diri ini, Kau pandulah diri, Kau cekalkanlah hati ini agar tidak terlalu tunduk dengan nafsuku, tidak lalai dengan kesenangan yang Kau anugerahkan. sesungguhnya akulah hambaMu yang tidak tahu apa2 Ya Allah....


Teori Evolusi Cinta...

23 February 2009

evolusicinta-e

Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU

s0102

Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.

Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.

Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

7_163

“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

Asfala saafileen,” kata al-Quran.

Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:

2_65

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.

Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:

33_53

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.

Hijab itu tafsirannya luas.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

2245

Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!

33_53-i

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.

Tubuh kamu tidak menampakkan calar.

Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!

kerabunga

source

Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com


***bimbang jika aku juga akan terjebak dengan perkara sebegini. almaklumlah hati, sekali tak dijaga akan mengeffectkan pelbagai virus... mungkin apabila kita sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti, badan jadi sedikit penat dan minda tak kuasa nak layan perkara2 hati ni. hm... tak taulah teori ni betul atau tak, tapi sekarang ni bila tengah sebok memang tak de rasa maslah hati sangat. kalau terasa pun buat jadi bahan gelak untuk diri sendiri. kenapa gelak? ada benda lebih besar nak fikir... hehehe semua tu kiv dulu ya... macam yang kak Helia selalu kata, benda2 macam ni kadang2 memang kita tak jangka. tapi sepatutnya kita ni tolak jangan layang pun jangan (untuk konteks yang baik bukan monyet2 tu) so .... tahlah... tapi kalau belum bersedia jangan layan. n untuk sahabat2 yang tengah asyik di lamun cinta atau on da way nak bercinta, rentikanlah banyak benda nak buat. check balik kalau cinta tu buat kita jauh dariNya... STOP kan aje.

precaution

22 February 2009
huhu sedihnya, hari ini ada lab psm. entahlah dah selalu buat lab psm tapi hari ni excident pulak. habis tangan melecur kena phenol. aku ingatkan phenol tu tak memberi apa2 efect yang membengangkan rupa2nya hancus.

semuanya bermula masa nak vacum filter phenol liquefiedwood. tah sapa yang tukar pam tu pun aku tak tau.pam yang sepatutnya menyedut jadi menolak. so bila aku tuang abis tersemburlah LEFB tu. ada sikit kena muka tapi nasib baik muka aku tak terbakar cuma kat tangan je yang kena banyak. mula2 rasa panas, then rasa macam bulu roma tangan tertanggal, then rasa maca terbakar.bia aku cek dah timbul2(bergelumbong dekat tangan) huhu hodohnya....

bila cari first aid tak de pulak. terpaksalah lalukan bawah air biar dia rasa sejuk sikit. habis je experiment aku terus balik bilik. nasib baik hari tu gi klinik ada mintak ubat untuk kulit terbakar.

12.30pm ni kena gi lab balik. sambung experiment tadi. huhu walau macam mana pun aku sangat enjoy buat experiment ni. walaupun ia mengeluarkan bau yang sangat busuk tapi memang best.

kesimpulan yang aku ingin sampaikan, berhati2 ketika membuat lab. jangan lupa pakai glove dn cek barang/instrument before use.

bercaka soal sakit kulit terbakar aku juga ingin relatekan dengan api di neraka. ni baru aje sakit dunia, melecur dunia kita dah tak tahan. bayangkan macam mana di akhirat kelak. masa di padang masyar matahari hanya sehasta dari kepala, panas api neraka.

nauzubillah.. jauhkanlah kita daripada perkara yang menjerumuskan kita dari api neraka...

permata buat .....


Kopratasa


Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

hari ini agak busy tapi aku boleh relaks boleh. hehe tak delah sebok gak pulun study ni. yalah esok malam ada test CONTROL. subject yang membunuh dan terbunuh....

untuk mengelakkan daripada tertido (almaklumlah buku control ni bukannya buku komik) aku pu menyumbatkan telinga aku dengan lagu yang semuanya lagu lama. apasal lagu lama? entahlah saja nak rasa angin ain pulak. or maybe dah terpengaruh dengan kak Helia dengar lagu zaman2 dia kot. hehehe jangan marah kak nanti kena jual...

entah macam mana tetiba terpasang pulak lagu kopratasa. tak sangka lagu "permata untuk isteri" ada terselit dalam playlist lagu2. aku pun layanlah... tetapi tetiba terhenti pula.baru aku terperasan puitis juga lirik dia.

terasa ikhlas apa yang ingin di sampaikan oleh kopratasa. jika nak bandingkan lagu2 cintan cintun yang ada pada hari ini dengan lagu ni memang jauh macam langit dengan bumi. liriknya bersahaja tetapi sopan dan memuhasabahkan.

walaupun aku tak kahwin lagi, tapi aku terasa suka sangat lagu ni. lagu yang baik untuk dihadiahkan oleh seorang suami kepada seorang Isteri. nasihatnya sampai ke hati. kalau si isteri tu tak terasa memang keras hati, buta hatilah perempuan macam tu.

apa pun aku memang suka lagu ni dan tak salah rasanya aku tujukan lagu ni khas untuk semua wanita2 yang bergelar isteri dan bakal menjadi isteri...

suami adalah anugerah dan isteri juga anugerah. suami dan isteri akan hidup untuk sepanjang hayat mereka. perlu untuk sebuah persefahaman dan kefahaman mengenai tanggungjawab masing2. cintakan lahir atas izin Tuhan, maka jagaiah ia kerana tdak semua orang di anugerahkan cinta. cinta dalam rumah tangga untuk Tuhan, untuk pasangan, untuk anak2 dan untuk keluarga...

apa yang aku mengarut ni.... tak de pengalamanlah katakan.....

khabar dari GAZA....

21 February 2009

alhamdulillah malam tadi sempat juga aku mengikuti ceramah dari Prof. Dr. Hatta B. Sharom. kagum aku dengan beliau. di usia dalam lingkungan 50an beliau masih aktif dalam kerja2 amal. sebagai seorang psychiatrist (jika aku tak silap) beliau sanggup untuk turun bersama masyarakat yang dilanda bencana demi memberi sebuah pertolongan.

ucapan beliau dimulakan dengan sebuah video yang sangat menarik. video itu memaparkan kesengsaraan rakyat Palestin yang ditindas oleh Zionist Israel. tambah menyemarakkan suasana video itu dilatari dengan suara2 pejuang2 Palestin yang mencabar umat Islam seluruh dunia untuk turun berjuhad mempertahankan al-Aqsa. aku jadi kaget. dengan lagu nynyian kumpula raihan yang berkumandang itu benar2 meruntun jiwa. mataku sedikit berair. semuanya tidak dipaksa. ia lahir atas rasa kesedaran dan rasa keperitan sepertimana yang saudara2 kita disana merasakan.

apabila Dr. Hatta bercerita. beliau melilitkan apa yang aku kira umpama selendang atau serban hijau di lehernya. argh.. rasa nak pulak. memang di bawa khas dari Gaza.

cerita beliau berkisar 6 hari beliau di Gaza. apa yang menarik setip cerita berdasarkan slide yang memaparkan gambar yang diambil oleh beliau.

beliau bercerita tentang serangan missile dari zionist ke atas pejuang2 Hamas. namun serangan mereka tidak kira tempat. ada antara serangan yang berlaku benar2 100m dari hospital tempat beliau bertugas.dalam serangan itu seorang pejuang Hamas luka parah sehingga terpaksa dipotong kakinya manakala rakannya cedera ringan. apa yang menyayat hati ada seorang kanak2 sekolah terlibat dan cedera parah. apa yang membuatkan Dr. Hatta terkejut apabila mendapati kanak2 terbabit tidak langsung menangis. berbeza dengan anak2 malaysia. pantang di pukul sikit, tangan merah di roton guru sahaja sudah bisa membuat mereka melalak satu dunia. tapi kanak2 Palestin berbeza. merek memang sudah terlatih sejak kecil. semuanya alh bisa tegar biasa. aku kagum!

apa yang menarik lagi, rakyat Palestin tidak pernah menjadikan peperangan untuk menghalang mereka dari meneruskan aktiviti harian. walaupun bom boleh meledak bila2 masa, anak2 kecil masih ke sekolah, ibu bapa masih meneruskan urusan jual beli. aku kagum apabila terdapat beberapa pic yang menunjukkan beberapa orang kanak2 sedang bermain2 di tepian laut Mediterranean. suasananya syahdu sekali. namun masih terukir senyuman di wajah mereka. jika aku pasti berkurung di rumah. ya Allah tapi mereka semuanya biasa.

sifat orang di Palestin sangat bagus. apabila berlaku letupan selalunya di mana2 orang akan bertempiaran lari. tetapi di Palestin orang aku berpusu berkerumun di kawasan letupan. kenapa? untuk memberi bantuan pada saudara mereka yang cedera. ada seorang Dr. yang aku terlupa namanya memberitahu Dr. Hatta bahawa beliau pernag melihat sendiri dengan mata beliau kanak2 menyelamatkan kanak2 yang cedera. SubhanAllah...

tiada maksiat mata... itulah kata Dr. Hatta. disana sangat susah untuk melihat muslimat dan muslimin bergurau senda. muslimatnya selesa dengan bertudung litup dan berjubah. rata2nya memilih seragam hitam. selesai kuliah muslimin ke site muslimin dan muslimat ke site muslimat.
semuanya terjaga. berbaza di Malaysia. kadang2 aku kesian dengan muslimin. terpaksa sentiasa menjaga mata bimbang jika2 terlihat perkara2 yang boleh menambahkan dosa pada mereka. kita yang perempuan ni selalu salahkan lelaki kenapa dorang gatal sangat nak pandang. tapi bagi aku kita ni perempuan yang salah. kenapa tak tutup apa yang sepatutnya kena tutup.

tempat yang kita merasa sangat tenang dan sangat dekat dengan Allah. aku rasa cemburu bila mengetahuinya. pasti indah perasaan itu. alangkah baiknya jika aku juga berada di sana. berada di sana membuatkan kita lupa pada apa yang kita ada di Malaysia.

masuk ke Gaza harus niat untuk jihad dan sentiasa bersedia untuk syahid. Allahuakhbar!

menarik! papan iklan di Gaza memaparkan gambar2 pejuang yang mati syahid. Allahuakhbar... mereka sangat berbangga dengan para syuhada. malah di setiap dinding terdapat lukisan khat yang membawa maksud HAMAS! setiap hari jumaat selepas solat jumaat terdapat demo. banyak bendera yang dibawa terutamanya hijau yang membawa maksud JIHAD!

orang Palestin bila rumah mereka musnah di bom mereka tetap akan pulang ke rumah. itulah disebabkan rasa sayang dan cinta pada tanah air yang tinngi. inilah antara faktor yang menjadikan mereka kuat untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam dan tanah suci orang Islam.

banyak lagi yang disampaikan. dan aku rasa dekat pula dengan Palestin. bagaimana agaknya mereka sekarang. ya Allah semoga kau sentiasa melindungi mereka dan memberi kemenangan kepada Islam. kau sabarkanlah mereka dalam menghadapi segala ujian. sesungguhnya Kau lah sebaik2 tempat meminta pertolongan.

ayuh sahabat! teruskan memboikot! kita mampu menjatuhkan ZIONIST!

TADBIR!!!


on my DAY!!!

20 February 2009
ahamdulillah... dah masuk 22 tahun. dah semakin tua. seronok sangat bila ada sahabat2 yang ingat bday kita. tambah seronok bila celcom bagi 7 hari percuma sms and call. huhu sapalah yang aku nak call ni. dan lagi best bila maxis pun bagi satu hari free call ke semua num maxis. apa lagi bergayur habislah dengan mama.

pesan mama...
study baik2... kita orag susah, ilmu aje yang boleh tolong kita. orang yang tak da ilmu alamatnya duduk kat ceruk dapurlah. hah taknak kan duduk ceruk dapur...

kalau fail kena kawin. huhu lagi taknak! dari aku upsr, pmr, spm, matrik sampai la ni asyik kena gertak kalau fail kena kawin. huhu ni penderaan mental ni. tapi tak kisah aku tau family aku takkan aniaya anak dorang yang kuat memberontak ni. hehehe

sejak dapat moto ni dah tak ingat mama n papa. rasa nak nangis puak bila mama cakap macam tu. tapi lepas explain yang aku busy dengan PSM dorang faham. tapi aku tahu itu bukan alasan. family come first Mas.... tapi kalaulah mama n papa tahu betapa hati ini terlalu merindui rumah. sengaja aku busykan diri supaya penyakit HOMESICK tu tak kembali hinggap dalam diri aku. dan mama n papa harus tahu ada yang lebih aula di sini. di sini aku temui jalan yang membawa aku bercinta denganNya yang tak mudah aku dapat di tempat lain. dan aku bimbang aku akan kehilangan cinta ini jika aku kembali. terlalu banyak ujian.

amirah datang rumah esok... dia dah pandai jalan. laju betul dia jalan. petah dia bercakap sampai mama pun tak faham. selalu dia datang dia cari kak acik dia. mama selalu kata kak cik ko ada kat asrama...lama lagi dia nak balik... OWH AMIRAH anak sedara aku... rindu betul. sayang sangat kat Amirah. sempat aku pesan mama suruh amik pic amirah n send kat aku. terlalu rindu. last time aku main ngan amirah masa aku pasangkan video cute yang dia suka sangat tengok. terasa macam mana manjanya dia melentok2kan kepala dia dekat peha aku minta dipasang semula video tu. hai budak ni kecik2 lagi dah merasa tekan key pad laptop.

semuanya indah bila berbicara dengan orang yang kita sayang. hm... rindu benar pada rumah.

wah... jam menunjukkan tinggal seminit lagi sebelum 21/2 so berakhirlah hari aku...

em... sikit lagi..... selamat hari jadi pada diri... (akulah orang terakhir yang wish bday)

so sekarang dah 21/2

tiada sambutan bday... tak kisah sebab tu yang aku suka. semuanya sunyi untuk aku muhasabah diri. terkadang rasa sedikit menyesal sebab ada banyak perkara yang aku rancang nak buat tapi masih tak buat. antaranya nak mengembara ke semenanjung Malaysia. tapi sebenarnya aku dah mengembara bersama sahabat. eh.. maknanya dah buatlah kan. dari JB ke Melaka then ke Kelantan pulang ke JB.

moto pun dah beli... hm.... apa yang tak buat lagi?

itulah manusia kita tak pernah rasa puas dengan apa yang kita ada. tapi aku bersyukur kerana di usia 22 tahun ini aku mulai rasa perbezaan berbanding dengan umurku sebelum2 ni.

kalau dulu aku sering terpengaruh dengan cinta dunia. fikiran aku terkongkong dalam satu kotak yang cukup sempit, tapi hari ini semuanya jauh berbeza. aku tertawa apabila mengenangkan kembali apa yang aku inginkan sebelum ini. betullah orang kata masa akan mengajar kita menjadi dewasa dan bagi aku sahabat juga akan membawa kita malah kadang2 mencorak kita untuk menjadi siapa diri kita hari ini. alhamdulillah aku punya sahabat yang membawa aku menuju cintaNya.

hari ini sahaja hariku di isi dengan pelbagai aktiviti yang padat dan sangat menarik. paginya class dan lab reaction. 11.30am habis dari lab reaction aku bergegas ke BOMI untuk join team Srikandi Kilaun Belati (HEWI) untuk edar risalah Seruan Jumaat ke arked di sekitar UTM. petangnya dapat juga nap sekejap. then bawak kak Helia shoping barang kat Giant. malam mengahadiri 2 program serentak. satu program (diskusi Iman) jasad ku tiada di sana cuma MP3 ku yang merakam segala butir bicara aku tinggalkan. dan aku n kak Helia menghalakan tumpuan ke program Tangisan Gaza. Dr hatta menyampaikan perkongsian beliau sewaktu di Gaza dengan baik sekali. walaupun hanya 6 hari di sana, aku merasai segala yang dia ingin samapaikan. owh... indahnya tatkala dia mengatakan 2 tempat yang kita akan merasa sangat dekat dengan Tuhan iaitu sewaktu di tanah haram (Makkah) dan juga ketika di Gaza(saat zionist laknatullah menyerang).

mujahidah & mujahideen.... alangakah indahnya jiika Allah memilih aku menjadi salah seorang daripada syuhadaNya. alangkah indahnya jika Dia memberikan aku kekuatan untuk menjadi seorang jihadist. memang mudah berkata tapi aku tahu ia tidak semudah tu. sebab itu aku berharap aku dipilih oleh Allah untuk syahid di jalanNya....

itulah keinginan ku... aku mahu menjadi pemikir untuk Islam. walaupun akulah yang sering tenggelam dalam meeting tapi aku tetap mahu menjadi penggerak Islam di kalangan Muslimat. aku tidak kira apa orang mahu berkata. janji Allah suka.

Ya Allah... tambahkanlah kecintaan ku kepadaMu melebihi kecintaanku kepada duniaMu... sesungguhnya indah saat mencintaiMu.. jika Kau ingin aku mati, maka matikanlah di kala saat cintaku padaMu melebihi segalanya....

HanYa meNGhaRap keREDAanMu...


Siapa yang derhaka? Renungkan bersama!




Sila cetak dan edar risalah diatas yang mengisahkan rakaman sejarah bagaimana MB Umno pernah 'derhaka' kepada Sultan Perak.



Keratan akhbar dengan jelas menyatakan resolusi tajaan Umno yang menyentuh Istana seperti Raja - Raja mesti isytihar harta. Lucunya Raja perlu isytihar harta tetapi bagaimana dengan pemimpin UMNO?

DERHAKA KONON...CUBA BACA SEJARAH NI, RENUNGKANLAH

Mengenang Sejarah : Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh taktikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja ! Dalam mencari penyelesaian perang di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup. Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi yang merupakan bapa kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimanapun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian.. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.” Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB. Untuk beberapa ketika Sultan Idris tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden UMNO ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Kisah ini saya petik daripada buku "biografi Tan Sri Ishak Tadin" yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idris Shah, saudara Mokhtar Petah dan disedut dari blog beliau;


Rentetan itu seperti mana berikut:

DEWAN SENAT

Setelah tamat perkhidamatan di Mesir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Senat bergelar senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak. UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Sultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjadi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihanraya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal dan kesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO–BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut). Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Mesir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. Tapi yang peliknya, kenapa Tajol Rosli meletakkan jawatan lebih awal dan berdiam diri dalam kes pergolakan di Perak ini, adakah dia sudah tahu perkara ini akan terjadi atau dia masih trauma dengan peristiwa yang menimpa ayahnya dahulu? – Azlan Zainal

sumber: http://merobah-massa.blogspot.com/

jangan pandang pandang pada aku...

19 February 2009
suasana agak riuh. semua tengah sebok siapkan asigment separation yang kena hantar esok. aku datang lambat ke discussion malam tu. macam mana tak ambat aku tak diberitahu pun yang ada dscusion malam tu. tapi ahamdulillah teman2 sudi gak panggil aku. walaupun aku tak banyak menyumbang. just belajar macam mana nak buat.

tengah kecoh mencari solution, tetiba rakan yang seorang ni mengadu lapar. aku tersenyum aje tetiba timbul rasa bersalah. masa datang tadi aku dah makan. tak pulak bawak apa2 untuk diorang. hm... kesal sepatutnya aku amiklah hati sahabat2. bukan apa untuk eratkan ukhwah juga. bila ukhwah dah erat mudah untuk berdakwah.

tetiba kawan yang seorang lagi bagi cadangan yang agak membuatkan aku kaget. 'kita telefon delivery lah...' katanya terhenti.

aku hanya diam. tidak menunjukkan sebarang reaksi. teman yang lain pandang pada aku. semua mereka tahu aku terlibat dalam demo palestin di UTM. malah pemergian aku ke KL untuk menyertai demo gamis ke kedutaan mesir pun dorang tahu.

'wei... apalah kau nanti mas marahlah...'

aku diam. masih tak bersuara. sebenarnya aku tidak mampu untuk mengatakan apa. sesungguhnya aku terkejut. bukan aku tak tunjukkan video kekejaman palestin pada dorang. bukan aku tak cerita pasal peranan kita untuk memboikot pada dorang. tapi entah mana silapnya.

malah ia jadi bahan jenaka untuk mengusik aku. peristiwa makan McD dicerita pada aku. Tuhan... kalaulah kalian tahu aku amat merasa marah pada waktu itu. bukan marah pada kalian tapi pada diri ini. bagaimana kata2 aku tak boleh sampai pada mereka? di mana silapnya?

lantas aku cuba mengatur strategik. argh... bagaiman??? patutkah aku berikan penanda buku boikot pada mereka?

sahabat... kalaulah kalian mengerti... McD tu apalah sangat, selera kita apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan saudara kita disana aku juga teringin benar mahu makan mcD. aku sudah terliur dengan sundae chocolate, dengan milo, nescafe dan maggi. namun semua itu cuba aku tahan. kalaulah kalian mengerti apa yang dirasai hati ini.

mungkin jika kita diserang, baru kalian faham. kita akan rasa marah kalau ada saudara kita membeli barangan negara yang menyerang kita dan duit itu diguna untuk membunuh ahli keluarga kita.

atau kit fikir begini, ada orang buli kita. setiap hari tarik rambut kita,pukul kita dengan rotan. lepas tu ada sahabat baik kita. dia selalu kata dia simpati pada kita. tapi satu hari kita nampak sahabat kita bagi duit pada orang yang buli kita untuk beli rotan untuk puku kita. apa perasaan kita?

cuba fikir, banyak negara yang tak jalankan hubungan diplomatik dengan Israel, tapi melalui sara lee diorang produce 2 product yang sangat popular. apa? mcD dan coca cola. 2 jenama nilah penyumbang utama pendapatan Israel dan digunakan untuk BELI SENJATA membunuh rakyat Palestin. bayangkan kalau semua orang boikot... diorang tak de duit lagi.

mungkin aku terlalu extreme. mungkin aku tak faham apa yang diorang faham. tapi apa salahnya kita berkorban. demi ISLAM. kita kan orang ISLAM.

jangan pernah pisahkan Islam dari kehidupan kita.

sahabat, jangan pandang aku tatkala kalian melakukannya lagi. kerana bukan aku yang harus kamu segani tapi Dia... Maha Melihat dan Mengetahui...

BOIKOT BUKAN IDEA SAMPAH

bila sudah besar...

aku bukan budak kecil lagi... masa semakin suntuk dan setiap langkah menghampirkan aku kepadaa sebuah kepulangan ke pangkuan Ilahi. setiap masa yang berlalu harus digunakan sebaiknya. setiap perkara yang mendatang harus ditangani dengan bijaksana. setiap pemikiran yang menerjah harus disalurkan dengan pantas dan setepatnya.

tidak perlu untuk rasa takut lagi. bila sudah besar harus tunjuk contoh teladan yang baik untuk adik2. harus berani mempertahankan kebenaran "Katakanlah walaupun ia pahit".

perlu lebih disiplin. tak boleh malas2 lagi. harus sentiasa berlumba dengan masa. jangan menjadi hamba kepada masa tapi perlu sentiasa mencabar masa.

pemikiran harus lebih global. tidak tahu bertanya. malu bertanya sesat jalan. bila dah sesat tension sorang2. semua tu harus ditinggalkan. kan dah besar ni!

perlu melayan orang dengan baik. tak boleh ikut kepala sendiri. bertolak ansurlah pada mereka yang tak faham. bila kita bersabar TAPI tegas dn cuba memahami dan memahamkan insyaAllah orang akan ikut kita. kadang2 padangan kita salah, walaupun dah besar tetap kena dengar pandangan orang lain. hm... orang kadang2 nampak lebih uas daripada kita. soal pandangan yng bijak harus dibina...

jangan cepat mengalah. esti selalu berusaha. tak rugi berusaha. hasilnya kita juga yang dapat.penat sikit je tapi kebahagiannya...

kena kuat kerja. gerak kerja kena tingkat. matlamat kena jelas. jangan biarkan keadaan jadi serabut... kena pandai manage masa...

bia dah besar ni, cuba muhasabah balik masa kecik2 dulu. masa yang berlalu takkan dapat diulang. jadi perbaikilah mana yang patut.

untuk saat yang terakhir selamat tinggal kehidupan lalu....

alhamdulillah dah masuk usia baru... hehehe berjaya pun... tapi ingat semua harus change. berubah menjadi yang baik.

jadi nak solehah... ingat mama papa, ingat sahabat2 dan ingat guru2 yang mengajar kita...

semoga aku dipertemukan dengan lebih ramai sahabat yang akan mengajarkan ku erti bahagia tika dalam memburu cintaMu ya Allah...

Tangisan Gaza...

18 February 2009

Bersama memeriahkan Program Tangisan Gaza. Semoga kita bisa membawa pulang input yang berguna. InsyaAllah...

untuk semua bday girl...

Palestin-Pendedahan Eksklusif

17 February 2009




semua warga UTM dijemput hadir. apa lagi marilah memeriahkan program ini. kita berharap sokongan terhadap Palestin ini bukan hanya bersifat bermusim. teruskan memboikot. anda mampu mengubahnya!

ingat 8.00 am bukan pm....

SEDIKIT INFO, bahagian malamnya pula jam 8.30 pm ada diskusi IMAN di KRP. salah seorang daripada panelnya adalah Ustaz Ismail Mustari. jadi apa tunggu lagi. penuhi hujung minggu dengan program ilmiah...

PMIUTM di Pesta Ponggal

14 Jan, Skudai : PMIUTM dan ProM sekali lagi mengadakan kunjungan bersama ke Ekspo Ponggal yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Hindu bertempat di Tasik UTM. Lawatan itu telah disertai hampir 40 orang ahli dan juga pimpinan PMIUTM dan ProM.

Atas semangat perpaduan, barisan Exco Persatuan Mahasiswa Islam mengambil inisiatif untuk turun bersama-sama ke program tersebut. Kunjungan PMIUTM ke Pesta Ponggal tersebut merupakan julung-julung kali diadakan bagi merapatkan lagi jurang antara kaum dan memperkasakan agenda perpaduan di UTM.

Barisan pimpinan PMI dan ProM yang hadir disambut dengan penuh mesra oleh Pengarah program, Saudara Pari dan Presiden Mahasiswa Hindu, Saudara Kuhan. Rombongan telah diberikan sedikit penerangan mengenai Pesta Ponggal dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekitar tapak ekspo.

Dalam lawatan tersebut, Presiden Persatuan Mahasiswa Hindu, Kuhan turut mempelawa PMI dan ProM untuk menyertai pertandingan memasak Nasi Ponggal. PMI dan ProM menyahut cabaran dan telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan itu.

"Terima Kasih kepada PMI dan ProM kerana sudi datang ke program kami." Itulah luahan secara spontan dari Pengarah Program, Saudara Ravi apabila rombongan bersalaman untuk balik.

Saudara Mohd Amin Bin Mohd hamami selaku Presiden PMIUTM kali ini amat berharap "kerjasama antara persatuan agama dapat diteruskan agar perpaduan lebih utuh pada masa akan datang. Ini kerana Perpaduan di kalangan mahasiswa hari ini amat penting kerana ia menjadi penentu kejayaan masa depan Malaysia. Perpaduan perlu direalisasikan dalam kerangka minda kita sendiri dengan melihat seseorang warga negara Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit, agama, keturunan dan budayanya." -LPM PMI-

sumber:http://pmiutm.blogspot.com

***Alhamdulillah, gembira lihat PMIUTM berusaha menjalinkan hubungan baik dengan semua kaum. sebagai pendokong Pro M UTM aku juga bangga apabila mereka terkehadapan dan sanggup bersama2 dengan warga kampus walaupun sudah sebok menjadi MPP. diharap aktiviti seumpama ini dapat menarik lebih ramai penyokong PRO M UTM dan pendokong PMIUTM.

sedihnya aku dah bersiap pakai baju pmi nak gi pesta ponggal tu tapi tetiba ada meeting. huhu mengapa begini???

perkongsian kelas dakwah (1)

asalammualaikum...

tujuan entry kali ni nak menceritakan apa yang aku dapat daripada kelas dakwah di MSI setiap hari Isnin jan 5-6pm di bilik al-Farabi. so lepas ni aku mengaharapkan agar sahabat2 yang lain boleh sama2 join kelas dakwah ni. memang bagus sangat. selalu dibincagkan bagaimana kita mahu menjawab persoalan yang sering ditimbulkan oleh orang bukan Islam. pada masa yang sama juga dapat menambahkan keimanan kita pada Allah. kenapa? terdapat juga persoalan yang dibincangkan sebenarnya sedar atau tidak bermain2 dikepala kita. yang pasti kelas yang dihandle oleh ustaz Mhyudin Md. Sarip ni memang bagus. dan syabas kepada MSI kerana menawarkan kelas yang memang ditunggu2 oleh mahasiswa Islam. semoga dengan ini teknik berdakawah dapat dipelbagaikan.

Kelas ke-3 (16 februari 2009)
-segala kesilapan bahasa dan kekurangan ana pohon maaf-

isu yang dibincangkan dalam kelas :

"Bagaimana menjawab persoalan non-muslim apabila mereka mempertikaikan bagaimana Rasulullah yang seorang BUTA HURUF boleh menjadi PEMIMPIN dan RASUL?"

1) Bukan syarat untuk menjadi pemimpin (nabi dan Rasul) itu seorang yang sempurna dan berkelulusan.

huraiannya mudah, jika seorang itu tidak berkelulusan namun bisa menunjukkan peribadi yang hebat dan dapat menyampaikan ayat2 alquran yang baik yang tidak mampu dicipta oleh manusia sudah ukup menunjukkan ada KUASA YANG MEMBIMBING NABI & RASUL. dan kuasa ini tidak lain dan tidak bukan ialah kuasa Allah swt. jika seorang nabi & Rasul itu seorang yang hebat dalam sastera dan lain2 tentulah apa yang diperkatakan olehnya akan dipersoalkan dan dipertikaikan. orang kafir akan menuduh nabi & Rasul itu mereka2 berdasarkan kehebatan dia. jadi disini kita dapat lihat apabila Nabi & Rasul itu seorang yang buta huruf dapat menunjukkan pada kita bahawa mereka ini dipimpin oleh Allah.

2) Pembuktian Al-Quran adalah kalam Allah swt.

apabila seorang itu buta huruf, dia tidak mampu untuk membaca dan menulis. jadi adalah mustahil Muhammad SAW mampu menghasilkan ayat2 al-Quran yang hebat. cuba kita lihat surah ar-Rahman dan surah2 lain. bagaimana setiap baris ayat disusun, bunyi penghujungnya dan keindahan maknanya.adalah tidak rasional mengatakan al-Quran adalah kata2 Muhammad. jadi ini membuktikan bahawa Al-Quran adalah Kalam ALLAH SWT.

3) Bandingkan dengan nabi2 terdahulu yang mana non-muslim ini beriman dengannya.

contoh cuba kita lihat nabi Musa AS. bukankah Nabi Musa AS seorang yang gagap. buktinya tika Allah memerintahkan Nabi Musa AS pergi berdakwah kepada Firaun, Nabi Musa mengadu kepada Allah bahawa dia seorang yang gagap dan tidak mampu untuk berdebat dengan Firaun. Nabi Musa AS adlah nabi bagi orang Yahudi. jika mereka mempersoalkan Rasulullah SAW seorang yang buta huruf tidak layak untuk menjadi nabi dan Rasul, bagaimana pula dengan nabi mereka? Nabi Isa AS tidak mempunyai bapa tapi masih menjadi Nabi dan Rasul. namun harus diingat Islam tidak pernah mengajar kita untuk merendah2 nabi2 terdahulu. sebaliknya kita disuruh beriman dengan mereka. jadi persoalan kepada non-muslim tadi mengapa mereka pula yang suka mempersoalkan. mungkin mereka perlu fikirkan kembali.

4) pada waktu itu perkara buta huruf adalah biasa.

ketika zaman Rasulullah saw, perkara buta huruf adalah biasa. bukankah Allah melantik Rasulullah dari kalangan manusia supaya tidak berbeza dengan manusia yang lain. jadi ini bukanlah persolan utama kenapa Rasullulah tidak boleh seorang yang buta huruf. selain itu, pada zaman Rasulullah terdapat juga pendeta2 nasrani yang hebat, kenapa mereka tidak mempersoalkan persoalan ini? jelaslah persoalan ini hanya wujud pada zaman ini sahaja. zaman di mana buta huruf kelihatan sangat pelik.

i
tulah antara serba sedikit huraian yang dibincangkan. jika sahabat2 ada alasan yang lebih kukuh boleh kita kongsikan.

apa yang pasti, ana cukup terkesan apabila ustaz menyatakan apabila kita berdebat dengan golongan seperti ini seharusnya kita berdoa dan membersihkan niat semoga apa yang kita cakapkan ini dapat memberi hidayah kepada mereka. kerana mereka ini adalah antara golongan yang mencari.

selalu apabila kita di aju persoalan begini kita jadi 'panas' tak tentu pasal dan tanpa sedar bicara kita jadi debat yang mahu membunuh mereka. seharusnya bicara kita menjurus kepada pembinaan berfikir.

untuk sesi kedua adalah latihan menyampaikan ceramah. pengerusi JKSK menjadi pelajar pertama yang kena membuat demo. dalam ucapannya dia menyentuh isu non-muslim mengatakan al-Quran adalah salinan daripada Injil dan Taurat.

Adakah Al-Quran salinan Injil dan Taurat???

ya... apa yang ada dalam Injil dan Taurat ada dalam al-Quran. Pada zaman nabi Ibrahim terdapat 'SUHUF" (x pasti ejaan betul atau tak) kumpulan syariat2. di dalam bible terdapat perkara mengenai Haji dan perkara lain yang juga terdapat dalam 'Suhuf' jadi adakah Bible(injil) ini juga meniru 'Suhuf'. dalam al-Quran juga terdapat perkara yang ditulis dalam 'Suhuf'. jadi ini menunjukkan bahawa agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim, nabi Isa dan Nabi Muhammad saw datangnya dari sumber yang sama iaitu agama samawi yang datang dari Allah swt. malah lebih hebat lagi, cerita mengenai nabi Isa yang tiada dalam bible diceritakan dalam al-Quran.

untuk mereka yang mengatakan
Injil+Taurat=Al-Quran

sedarlah ini adalah satu pengakuan yang tidak bertanggungjawab!

untuk next class perkara yang dibincangkan adalah mengenai

non-muslim sembah berhala tapi orang Islam sembah Kaabah (objek) . apa beza kaabah dengan berhala?
-jemput sama2 mendengar pandangan Ustaz dan sahabat2 lain-

dimana keadilan?

16 February 2009




rakaman itu diambil ketika berlakunya himpunan penduduk perak di Masjid Ubaidullah, Kuala Kangsar. tujuan diadakan himpunan itu untuk menghalang Sultan Perak dan BN dari mengadakan majlis angkat sumpah untuk menteri besar Perak yang baru.

terpaku aku tatkala menonton video ini. aku ingat lagi pada tarikh kejadian iaitu 6 Februari 2009, aku terasa mahu sangat pergi bersama2 dengan rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pembetukan kerajaan baru Perak yang tidak sah. mahu bersama2 rakyat Perak merayu kepada Sultan Perak agar pilihanraya diadakan di Perak. agar keadilan dan kepuasan hati rakyat Perak tidak dicabuli.

tapi apabila melihat ideo itu, sungguh hati aku berdebar. bagaimana jika aku disana? mampukah aku melawan dan bertahan dari serangan pelbagai sudut? lihat sahaja pada FRU yang menggempur manusia tidak kira siapa. aku terkesima melihat dua orang mujahidah. walaupun umurnya sudah tua namun mereka tidak gentar dengan FRU. malah mereka berdua berdiri di barisan paling hadapan daripada ribab yang dibuat oleh golongan Muslimin. SubhanaAllah, tiada rasa takut yang terpamir. ternyata dua orang mujahidah ini memang cintakan perjuangan. walaupun mereka nampak tua namun jiwa mereka muda. lebih muda dari aku.

namun, FRU tetap FRU. tiada belas kasihan. dua orang mujahidah itu ditengking suruh kebelakang. namun mereka menolak. lantas FRU menolak wanita itu. aku tak pasti apa yang berlaku kepada 2 orang mujahidah itu namun aku berdoa agar mereka tidak apa2. aku percaya ini bukan pengalaman pertama mereka.

melihat gerakan FRU melalui video buat aku rasa sedikit takut. mereka bergerak seiringan. tambah mengecutkan perut bila melihat mereka membawa kayu yang digunakan untuk memukul sesiapa sahaja yang mengahalang jalan mereka.

polis di sana sini. menangkap dan menggari sesiapa sahaja yang namapak mencurigakan. gas pemedih mata dilepaskan. owh.. bagaimanakah rasanya?

kemudian kenderaan yang membawa sultan bergerak meintasi mereka. sayang mereka tidak mampu menahannya. dan tiada kereta yang berhenti untuk memberikan simpati. masing2 berkejar meninggalkan rakyat Perak yang menangis dan tersungkur ke lantai. mungkin merasa terlalu kecewa kerana mereka tidak diterima untuk didengar suara mereka.

aku jadi pilu. apakah salah mereka? mereka hanya menuntut hak mereka. bukanlah mereka mahu menderhaka, cuma minta sedikit ruang suara mereka didengar dan dianalisa. argh... sukarkah?

siapakah yang bertanggungjawab untuk semua ini? dimana keadilan? siapa menteri besar Perak yang sebenarnaya? masihkah IR NIZAR atau MB YANG BARU? kalau IR NIZAR masih MB Perak, maka bertuah orang Perak kerana punya 2 menteri.

sesungguhnya kebenaran itu pasti akan munul. kesabaran dituntut.

Ya Allah, walaupun aku bukan orang Perak tetapi atas dasar Islam aku mahu bersama2 dengan saudaraku di Perak. semoga kau beri ketabahan pada mereka. mungkin ini TarbiahMu. untuk mengingatkan kami yang sudah mula lupa.

Allah... berikanlah kemenangan pada puak yang benar...

hari yang penat...

penat sangat. penat semalam tak habis tambah dengan penat hari ni. memang penat yang melampo. bayangkan semalam aje discussion dari ja 9.00am sampai ke jam 6.00pm. sambung hari ni start dari jam 8.30pm sampai la ni (4.49am) tak habis2 lagi. argh... tension dan rasa penat sangat. tapi apa boleh buat nak buat yang terbaikkan.

proses control. subject ni buat semua stuent chemical engineering jadi gila di buatnya. mana taknya, case study harus diselesaikan sendiri. lecturer hanya memberi hint sahaja. forum di e learning digunakan untuk bersoal jawab dengan mereka yang expert dalam case study ni. memang jadi gila dibuatnya. ruangan terbatas. saat ni sahabat2 jadi tempat pergantungan. saling bertukar idea dan pendapat. kadang2 naik gila juga dibuatnya. bila dua idea bertembung dan masing2 tak mahu mengalah. memang menggila dibuatnya. boleh bergaduh!

tapi macam tulah kehidupan sebenar engineer nanti. semua kena selesaikan dengan team. memang pecah kepala kalau nak solve problem di plant. tapi kalau dah terbiasa dengan kehidupan yang merimaskan macam ni memang huh....

terfikir kalaulah orang2 chemial engineer ni yang sanggup tak tidur malam untuk solve problem boleh sumbangkan pemikiran diorang untuk kemajuan Islam, tentulah Islam akan berkembang dengan pantas dan tak mustahilakan kembali menawan dunia. tapi sayang, kita hari ni melakukan sesuatu dengan niat duniawi. kita meletakkan kebahagian di dunia melebihi kebahagian di akhirat yang kita tidak nampak.

sahabat bukankah kehidupan dunia ini hanya bersifat sementara. entah esok atau lusa kita akan pergi. di sana nantilah kehidupan yang kekal abadi. fikirkan apa yang akan kita bawa untuk dipersembahkan kepada Ilahi?

Allahuakhbar... gementar hati ini. aku yang bercakap ini bagaimana pula? berapa banyak yang aku sumbangkan untuk berkembangan ISlam? apa yang aku korbankan untuk kesejahteraan Islam? dimana pemikiran baru yang aku bawa demi kemenangan Islam?

berkata sangat mudah bagaimana pula merealisasikannya? ramai yang berkata berapi2.. tapi bagaimana dia menzahirkan apa yang dikata?

Allahuakhbar... terasa lemah diri ini. mungkin aku tak sehebat Insyirah (watak yang digambarkan oleh Ustaz Dzul) tapi kalau boleh biarlah kehadiran aku dapat dirasai dalam perkembangan ISlam. walau aku tak sepetah Ustazah Nurbaya dan tak setegas Zainab Al-Ghazali, namun aku mahu blog ini menjadi wadah penyampaian ku...

Ya Allah... terasa lemah diri ini. aku hanya mengharapkan redaMu... moga dalam setiap kerjaku menjadi satu medium tarbiah untukku dan dakwah untuk aku sampaikan kepada masyarakat sekeliling. Ya Allah redailah niatku dan sentiasalah memayungiku....


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot


"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."



Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot


HEWI PMIUM membantah penganjuran MUSAWAH oleh SIS

15 February 2009

Islam adalah dien al-haq yang diwahyukan oleh Allah ta'ala kepada Rasul-Nya yang terakhir Muhammad :

"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi."

(Surah Al-Fath: ayat 28)


Sebagai rahmat bagi semesta alam:

"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."

(Surah Al-Anbiya': ayat 107)


Dan sebagai satu-satunya agama yang diridhai oleh Allah ta'ala:

"Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam."

(Surah Ali Imran: ayat 19)


Bermula pada hari ini, 13 Feb 2009 hingga 18 Feb 2009, sebuah badan bukan kerajaan,

Sister in Islam (SIS) akan menganjurkan suatu program iaitu program Musawah bertempat di Hotel Prince, Kuala Lumpur secara tertutup.


Perjumpaan ini katanya bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar iaitu antaranya Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain. Program Musawah adalah 'Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family'.


Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) turut menyelar penganjuran program Musawah yang membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam. Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berkata pertemuan Musawah itu dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar. Menurut beliau lagi, Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syariat yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah.


Mazhab Islam Liberal hadir sesungguhnya dengan maksud untuk memutarbalikkan kebenaran Islam, menabur keraguan untuk mendangkalkan keyakinan umat, dan berusaha untuk menjauhkan mereka. Bahkan, sampai batas tertentu, mazhab ini berusaha memurtadkan mereka untuk kemudian mendorong mereka agar memeluk keyakinan baru (demokrasi, sekularisme, sinkretisme, humanisme).


Pergerakan SIS di Malaysia terutamanya adalah hasil daripada pengaruh barat yang datang bertopengkan perjuangan hak asasi wanita terutamanya dalam institusi kekeluargaan Islam dan pelbagai hal lagi yang berkaitan dengan wanita islam. Di Barat sendiri, perjuangan yang menuntut hak penyemarataan dengan lelaki yang dipanggil feminism telah bermula di era 60-an lagi. Diantara tuntutan pergerakan ini tehadap kerajaan adalah supaya menghapuskan institusi kekeluargaan dan meminta kerajaan menyediakan asrama awam untuk meletakkan anak yang dilahirkan untuk dijaga oleh kakitangan awam.Ini sudah melampau.Tercetusnya pergerakan ini kerana latarbelakang tamadun Barat yang sentiasa menjadikan wanita adalah golongan kelas kedua dimana hak mereka untuk belajar, mempunyai harta dan sebagainya telah dinafikan. Begitu juga di zaman sebelum era 60-an lagi, iaitu ketika tamadun Greek, Rom dan Parsi dimana mereka mengaggap wanita adalah penghuni neraka kerana membuat orang lelaki tergoda. Wanita pada ketika itu, dilayan sepertti haiwan, meraka diberi pakaian tetapi mereka dijadikan hamba seks kepada golongan lelaki, dijual dipasar, tidak dibenarkan keluar rumah dan jika melahirkan anak perempuan, orang akan memandang jijik dan mengutuk wanita tersebut.


Kita sedia maklum, selepas kedatangan Rasulullah S.A.W, martabat wanita itu diangkat tinggi. Sesiapa ingin mengahwini wanita, perlu membayar mas kahwin, diberi peluang untuk menuntut ilmu, peranan wanita di rumah dipandang tinggi dalam mendidik anak dan di bidang-bidang lain. Sehingga Saidatina Aisyah r.a sendiri pun boleh menjadi perawi hadis yang menjadi rujukan para sahabat selepas kewafatan baginda.


Berbalik kepada SIS, pergerakan ini menjadi kontrovesi disebabkan penentangan mereka terhadap fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (MFKM) terhadap isu-isu semasa seperti pengharaman Yoga, tomboy, kes murtad dan pelbagai lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penentangan SIS, anda bolehlah layari sendiri laman web SIS (http://www.sistersinislam.org.my). Namun para pembaca yang budiman tidak terpengaruh dengan hasil-hasil penulisan mereka. Banyakkan beristighfar semasa membaca laman tersebut. Namun, bagaimana pergerakan ini masih bergerak aktif dan tidak diharamkan sesat oleh kerajaan Malaysia? Apakah penjelasan dan jalan penyelesaian yang dibuat di peringkat Kerajaan di atas permasalahan ini? Malah ada pemimpin Malaysia yang turut menjadi penyokong dan pendokong SIS ini... Sama-sama kita fikir dan renung-renungkan.


Di zaman abad ke 21 yang penuh dengan cabaran untuk memesongkan akidah ini, umat Islam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan fahaman dan pergerakan yang banyak memesongkan akidah umat Islam.


Oleh itu kami HEWI PMIUM mewakili seluruh mahasiswa/i Universiti Malaya menentang dan membantah penganjuran MUSAWAH. Kami turut menyeru semua muslim seluruh dunia agar tidak terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menentang ajaran Islam yang sebenar dan Carilah sebanyak mungkin maklumat tentang suatu pergerakan dan fahaman yang diragui berpandu kepada al-Quran dan as-Sunnah serta bertanyalah kepada ulama muktabar atau yang lebih 'alim (berilmu) dalam perkara ini untuk mengelakkan diri daripada termasuk di dalam golongan ini. Nauzubillahiminzalik.


Kesimpulannya Islam adalah addeen (cara hidup) untuk dihayati dan dipraktikkan, bukan suatu teori yang boleh dicabar dan diuji kebenarannya. Sesungguhnya Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah kerana Islam adalah satu-satunya agama disisi (diterima oleh) Allah dan ajaran Islam itu sendiri yang lengkap dan menyeluruh iaitu mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa pengecualian dari sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besar perkara dan Islam itu bersifat 'alamiyyah yakni sesuai untuk semua orang, tempat dan sepanjang zaman. Wallahuallam.


>> Surah al-Baqarah: ayat 42

sumber:http://hewi-pmium.blogspot.com/

*** memang tak setuju dengan kumpulan Sister In Islam ni. perkara2 yang dituntut oleh mereka nyata bertentangan dengan Islam, tapi mereka menggunakan pendekatan untuk membela nasib kaum wanita. teringat isu monogami yang mereka perjuangkan dulu. penutupan aurat dan macam2 lagi. nilah yang berlaku apabila orang mengambil apa yang 'best' aje dalam islam ikut kesesuaian nafsu diorang. Islam tu indah, poligami tu indah dan penutupan aurat itu teramat indah.

wanita yang bermadu punya lebih masa untuk tuhan. pada masa inilah dia dapat membuktikan cinta utamanya milik siapa.

wanita yang menutup auratnya terpelihara dari fitnah. malah Allah mengangkat darjatnya. sejuk mata memandangnya. jauh dari bahagia. sentiasa tenang langkahnya.

Ya Allah, kau peliharalah golongan hawa ini. sesungguhnya benar mereka punya 1 akal dan 9 nafsu, tapi jangan biarkan nafsu mengusai mereka. jadikan kami sehebat khadijah dan aisyah. setabah Rabiatul adawiyah, dan sepenuh cinta seperti zainab puteri Rasulullah. Ya Allah bawa kami menjadi selalu bidadari syurgaMu....