Tuhanku
Dalam termanggu ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingat Kau
Penuh seluruh
Tuhanku
CahayaMu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
PintuMu kuketuk
Aku tak bisa berpaling.
Chairil Anwar
(13 November 1943)
entah kenapa dalam resah dan tak keruan aku teringat akan lagu ini.
lantas apabila berada di depan internet aku mencari lagu ini.baru aku tahu lagu ini tajuknya DOA. sebuah puisi tulisan Chairil Anwar yang berasal dari Indonesia.
rupanya lagu ini pernah cetus kontroversi. lirik "Tuhanku PintuMu ku ketuk' dianggap seolah... fahamkan.
indah lagu ini. terpulanglah bagaimana yang menilainya.

kesibukan dalam urusan dunia kadang2 membawa aku jauh dari padaMu ya Rabb. bagaimanalah diri ini. hanya mencariMu apabila perlu. Ya Tuhan, hanya Kau yang mengetahui kondisi hati ini. hanya kau yang dapat membaca apa yang tersimpan di jiwa ini.
Ya Tuhan, andai langkah ku silap, kepadaMu aku bermohon. sesungguhnya aku insan yang lemah. saat Kau menguji aku, terasa berat benar bahu ini. terasa sesak dada ini. air mata bagai ingin mengalir tanpa henti. aku bimbang Ya Tuhan Kau akan membuang aku jauh dariMu lantaran lemahnya aku pada sebuah ujian yang Kau berikan.
Ya Tuhan. aku hanya mahu mengemis KasihMu. Namun aku berharap Kau sudi menerimanya.

Ya Tuhan, berat sungguh dugaan yang mendatang. berkali aku bermonolog pada diri, seribu sahabat aku sandarkan kepala ini di bahu mereka. biar reda sedikit debaran hatiku. namun Kau tetap menguji. sehingga hampir lemas aku dalam sendirian.
aku tahu dugaan ini tak sehebat yang Kau berikan pada rasulku, namun aku terkadang tersungkur dalam perjuangan aku.
Tuhan... aku mahu sentiasa disisiMu.
mungkin dalam setiap apa yang berlaku adalah teguran dariMu agar aku sentiasa membetulkan diri. Ya Tuhan pandu aku ke jalan cintaMu.

0 comments:
Post a Comment