aku mahu bersendiri...

15 March 2009
Allahuakhbar.. banyak benar perkara yang diselesaikan. semuanya aku rasakan bukannya beban tetapi amanah. aku seronok dengan kesebokan yang begini. namun aku tetap manusia biasa. masih butuh waktu untuk menyelesaikan segalanya. pada masa yang sama banyak tanggungjawab tetap yang aku pikul.

kadang kala aku pelik dengan hati ini. mengapa benar suka hati mahu membenarkan akal untuk membuat keputusan. aku berharap hati akan menyokong keputusan akal. namun kerana sayang semuanya bagai terhalang.

demi Tuhan yang menganugerahkan hati dan akal. kau tetapkanlah matlamatku. aku mahu semuanya berjalan lancar. aku mahu ketiadaanku tidak mengugat perkembangan dakwah Islam.

Ya Allah jika keputusan aku salah, kau tegurlah aku dengan kelembutanMu. Ya Allah andai aku menyimpang kau pandu aku kepadaMu.

owh Tuhan yang membolak balikkan hati. aku bergerak atas izin dariMu. moga dimana sahaja langkahku akan terasa gema tarbiah. biar bicaraku sampai pada mereka sekeliling. dan semoga membuka hati dan kau limpahkan hidayah pada aku dan mereka.

merindui perjuangan disisiMu...


kita dibekalkan dengan pelbagai tenggungjawab
dan kita diminta menggunakan akal
untuk mendahulukan mana yang penting dahulu
dan bila aku terpaksa mendahulukan itu dahulu
hatiku diruntun sunyi
lantaran terlalu rindu untuk berjuang


0 comments: