Presiden GAMIS, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor merakamkan jutaan terima kasih pada semua mahasiswa GAMIS dan mahasiswa front-front lain yang telah hadir menyemarakkan sokongan mahasiswa kepada himpunan rakyat mendesak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI."Kita tidak menjangkakan himpunan isu pendidikan ini akan sepanas himpunan BERSIH dahulu. Namun kehadiran mahasiswa dan rakyat dengan jumlah yang sangat luarbiasa dari jangkaan awal adalah suatu yang sangat saya terharu dan saya sangat menghargai atas mobilasi mahasiswa GAMIS dari seluruh Malaysia." ujarnya
Beliau yang juga mewakili lebih 3000 ahlinya menyatakan pendirian untuk terus membantah PPSMi dalam ucapan sulungnya di sini.
Kami tidak pernah berubah pendirian dalam isu ini (PPSMI). Sebab itu, lebih 3000 mahasiswa bertekad datang ke sini. Bantahan akan terus dibuat sehingga mereka sedar (tentang) dosa-dosa mereka,” tegas Dzul Kahiri.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyerahkan Memorandum Tergempar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Mukhtafi Billah Shah disebabkan provokasi Special Branch dan beberapa Pegawai Polis.
Terdahulu, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Selamatkan Bahasa Melayu (SMSBM) mengembling mahasiswa melalui beberapa siri forum di ibu negara.
Hanya Penasihat Gabungan Mansuh PPSMi (GMP) Sasterawan Negara A. Samad Said sahaja diperkenan masuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong di Istana Negara.
Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menggembling lebih 70 ahli dalam aksi bantahan di sini.
Manakala, Ahli Majlis Tertinggi GAMIS merangkap Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Haafizuddin Abererah ketika ditemuramah oleh Astro Awani dan Kosmo menyifatkan tindakan FRU membedil rakyat sebagai tindakan yang melampaui batas.
Tindakan FRU kali ini bagi saya, sudah melampaui batas. Yang berada di kawasan ini bukan orang dewasa, tetapi anak kecil dan orang tua, bahkan orang kurang upaya. Ramai mangsa sesak nafas disebabkan terkena gas tersebut,” jelasnya Hafiz.
Beliau juga memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut menyaksikan ramai mangsa yang pengsan akibat dibedil berpuluh das gas pemedih FRU.
Kami diberitahu, perhimpunan ini ada permit polis. Kalau berarak sekalipun, takkanlah boleh dibedil sesuka hati. Bukan bawa senjata pun…bukan merusuh pun. Kita nak bertemu Agong saja…tapi ada beberapa rakyat lemas sehingga pengsan terhidu gas itu,” katanya lagi.
Haafizuddin juga merupakan Pengerusi Majlis Politik Kampus (MPK) Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS).
Sumber Berita : Pro Mahasiswa UM, Mahasiswakini
Sumber Gambar : Gamis Daily
0 comments:
Post a Comment