kena balik rumah...

18 March 2009

kem kepimpinan remaja islam

anjuran :

GAMIS dibawah Faqih Synrgiz dan JAWI

20-22 mac

di Lambaiana, Ulu Langat

bayaran Rm 50

Berminat?

Yusri 013-6295605 dan Solehati 019-4358727

Tarikh tutup 20 Mac 2009.


selepas memforwardkanmesej tentang kem remaja islam pada adik perempuan aku dan cousin2 aku, aku pun kembali menyambung sisa2 proposal yang mesti dihantar jumaat ni (20 mac) walaupun supervisor aku rasanya berkursus 2 minggu di KL.

tetiba mesej masuk.

"mas syafiq sebok dengan kawad kaki jadi dia tak dapat pergi, maaf ya. mas balik tak 28 hb ni? along buat sambutan hari jadi amirah? dia buat kat rumah mama......."
antara mesej yang terkandung dalam sms yang dihantar oleh mak lang.

hm 28hb ni amirah, anak sedara and puteri kecil aku punya birthday. minggu lepas selepas program STIGMA aku pulang sekejap ke rumah. along ada bagi tau pasal tu. dia siap warning aku suruh balik. aku just angguk aje. memang aku nak sangat balik. kenapa?

insyaAllah pada tarikh tu nanti semua ahli keluarga aku akan berkumpul. itulah perkara yang semakin jarang kami lakukan kecuali masa hari2 raya aje. dan demi tuhan aku sangat rindu suasana yang penuh dengan kasih sayang itu. lama sungguh tak bertanya khabar berita pak lang. sihat atau tidak. pak uda macam mana pula? mak uda? sunyikah dia sekarang? semua anak2 dah besar dah bawa haluan sendiri. sehingga lupa kaum2 ibu mendambakan kasih sayang anak2. syawal masih gelap lagI? nana makin mengganas sejak join hoki remaja kebangsaan. andika dengan kumpulan shapelnya yang begitu membimbangkan aku. syafiq yang asyik naik pangkat dalam persatuan PRSnya. omar? macam mana study dia dalam mara collage? mona? kata nak further study? atau nak terus kahwin? argh... banyaknya yang aku tak tau. dan apa khabar puteri nozie? aisyah sofea yang sememangnya comel dan manis?

allahuakhbar, pasal sahabat2 aku sentiasa followup, tapi macam mana dengan mereka yang menyayangi aku ni?

kebetulan 28 hb tu LTKS buat riadah dengan senior and junior. tersepit juga aku dibuatnya. semuanya ada orang yang aku cintai.

hm.... Tuhan padamu ku panjatkan pertolongan. pada mana yang harus ku lebihkan.

namun dalam diam aku mahu keduanya. aku mahu semua cinta yang kau anugerahkan padaku... kerna aku tahu cinta mereka yang kau hadiahkan tulus dan suci...

aku mencintai mereka kerana ia menambahkan cintaku padaMu...


0 comments: