Ibnuzahra al-Edrus | |||||||
Sehingga ke hari ini, pihak yang bertanggungjawab 'menderhaka' kepada bangsa Melayu dan umat Malaysia dengan menggantikan bahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris sebagai dasar baru Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) masih lagi belum memberi maklum balas yang melegakan semua pejuang bahasa di seluruh negara.
Mereka terus berterusan dengan kajian ketadikaan yang tiada berpenghabisan itu. Mereka dengan pelaksanaan dasar kurang cerdik itu telah secara tidak langsung meletakkan bahasa ibunda jajahan Melayu sebagai pengalas kaki. Ya, bahasa ibunda kita telah pun dijajah oleh orang kita sendiri yang berkiblatkan 'Kaabah' Barat. Di mana warasnya dasar PPSMI itu diteruskan? Apakah logikalnya dasar itu masih dipertahankan? Kenapa apabila diajak untuk perbahasan, 'orang' PPSMI itu tidak menyambutnya. Jika dasar PPSMI itu adalah satu keperluan dan menguntungkan para pelajar, sepatutnya pihak bertanggungjawab harus dengan berani menyahut cabaran untuk memperbahaskan isu ini. 'Berani kerana benar, takut kerana salah', adakah kamu sudah melupai pepatah Melayu ini? Oh ya, lupa. Sekarang kamu tidak lagi 'beriman' dengan bahasa Melayu. Siapakah antara kita yang masih mengingati akan nasib tulisan jawi? Ke manakah ia sekarang? Hidup lagikah? Atau sudah matikah? Kalau sudah mati, di mana nisannya? Cuba bertanya kepada anak-anak di sekolah rendah, "Tulisan jawi itu apa?". Mungkin masih ada yang dapat menjawabnya (itu anak pejuang bahasa, pasti). Tetapi, cuba pula diberikan kepada si anak sekolah rendah itu akhbar Utusan Melayu (Melayu?) yang bertulisan jawi dan minta si anak tadi membacanya. Aku yakin, jika dapat membacanya pun, tentu sekali dengan merangkak-rangkak. Kesan penguburan tulisan jawi ini pula apa? Siapa yang mengetahuinya? Percayalah, ini adalah propaganda halus jajahan moden kepada umat Melayu Islam. Kesannya, cuba diberikan naskhah Al-Quran kepada budak-budak lepasan UPSR yang bakal menduduki pembelajaran di kelas menengah. Tebuk mana-mana ayat dan minta dia membacanya. Pasti tidak ramai yang mampu membacanya dengan baik. Sedangkan kalau kita imbas kembali, di zaman 80an atau 90an, mereka yang bersekolah menengah sudah mampu membaca Al-Quran dengan baik. Sedarkah kita, apabila baca Quran pun terangkak-rangkak, bagaimana mungkin untuk mereka memahami seterusnya mengamalkan perintah amar makruf nahi mungkar dan segala hukum hakam yang terkandung di dalam kita suci itu? Kita kembali kepada isu PPSMI. Apakah hubungannya dengan isu tulisan jawi? Memang kedua-duanya itu mempunyai hubungan akrab yang sangat rapat. Kerana kedua-duanya itu adalah jambatan untuk masyarakat Melayu mengenal dan mempelajari agama Islam. Sekarang, dengan penurunan kelas tulisan jawi, telah berjaya membuat anak-anak muda kita buta Al-Quran dan secara tidak langsung jauh dengan kefahaman Islam. Kini bahasa Melayu pula yang diganggu-gugat. Jika dasar 'celaka' ini tetap diteruskan, tunggulah suatu hari nanti apabila para ibu bapa sudah teramat sibuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen siang dan malam (terutama bagi subjek Sains & Matematik yang sudah diinggeriskan) sehingga tiada lagi masa yang diluangkan untuk agama. Tika itu andai ditanya ke manakah anak-anak, apa kata mereka? Mungkin begini... "Anak makcik sekarang ni dah takde masa nak buat benda lain. Siang malam kena pergi tuisyen. Maklumlah, tahun ni kan budak-budak tu nak periksa. Jadi, nak pastikanlah supaya semua subjek dapat A." Ingat, subjek agama bukanlah subjek wajib untuk dikejarkan 'A'. Jadi, ke manakah nanti tempat jatuhnya penghayatan Islam dalam masyarakat? Fikir-fikirkanlah. Bukan hanya buat hari ini, tetapi juga untuk hari esok. - azm _ sumber: http://harakahdaily.com ***tertarik aku dengan artikel ini. tajuknya sahaja sudah menarik hati untuk membacanya. sejenak aku teringat perihal ketika aku bekerja sebagai promoter cake sense di JJ bukit tinggi.waktu tu memang ramai orang yang akan berkunjung ke kedai kami. semua bangsa dan pelbagai bahasa ditutur. namun kebanyakan orang yang berbangsa cina dan india lebih senang bertutur bahasa melayu dengan promoter2 disini. terasa kemesraan lahir secara semulajadi. kadang2 kami bertukar2 bahasa. saling mengajar bahasa masing2. namun pernah satu hari aku didatangi dengan sekeluarga melayu yang gayanya tak ubah macam keluarga orang kaya2 yang baru balik dari bermaustautin di amerika. setiap bicaranya hanya dengan BI aje. hm... mungkin si ibu nak mengajar si anak agar fasih berbahasa inggeris, tapi pelik dalam mendidik anak2 berbahasa inggeris takkanlah sampai nilai2 barat harus diterapkan sekali. mungkin inilah yang dikatakan dalam kita sebok mendaulatkan bahasa inggeris dalam maths dan sains jangan sampai nanti pelajar2 pun perasan macam student luar negara jadi berubah identiinya. dalam keghairahan kerajaan dengan ppsmi nya aku cukup sedih meihat bagaimana pengajaran pendidikan islam semakin di abaikan. jika dilihat satu minggu kurang daripada 2 jam pendidikan Islam diperuntukan. betapa peliknya golongan ini berfikir. kita mahu menjadikan anak malaysia yang hebat dan berakhlak tapi ruang dan peluangnya kita tutup. sedangkan islam terletak di perlembagaan sebagai agama rasmi tapi begini pula layanannya. |
PPSMI-Jangan Sampai Melayu hilang Islamnya
04 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment