buat diri

23 March 2009

Puisi indah-Saidina Ali KarromAllahuwajhah

"Hidup ini ibarat mimpi ketika tidur, apabila terjaga ibarat saat Malaikat Maut memanggil.." ___________________________

"DisakitkanNya kita sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya..disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula..itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadangkala kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya.. Dipanggil-panggil kepadaNya, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambaNya..Tapi si hamba tidak peduli langsung!!"
___________________________

"Adalah merupakan satu kebahagiaan bagi orang yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, membangunkan kuburan sebelum dia masuk ke dalamnya, dan mencari keredhaan Tuhan sebelum bertemu denganNya.."
___________________________

"Selalu benar kau manjakan matamu dengan keindahan...nanti kau mudah menjadi pelupa,,, Selalukanlah pujuk matamu memandang kedhaifan, selagi itu kau tetap menjadi pengingat.."
___________________________

"Seorang bijaksana pernah berkata..
"Aku hairan melihat orang bersedih kerana kurangnya harta..tetapi tidak bersedih di atas berkurangnya umurnya..." dia berkata lagi.... " Barangsiapa yang menghabiskan masa mudanya dengan suatu keadaan, maka ia akan berada dalam keadaan yang sama di masa tua kelak...."

sumber:http://tintamahasiswa.blogspot.com

0 comments: