
semalam pulang ke rumah. kominiti menghantar aku ke mid valley. dari mid valley aku ambil tiket ke KL Sentral. bukan tak nak terus balik ke Klang tetapi sebab duit dalam poket hanya ada RM3.60 je. lagipun waktu tu dah pukul 7.00 pm. jadi bila di KL Sentral aku ambil kesempatan untuk jamak qasar maghrib dan Isyak. then keluarkan duit. sempat gak jamah nasi ayam. lapar sangat!
sampai kat rumah dalam kul 8.30pm. seronok juga sampai rumah. tersentuh hati aku melihat mama enunggu aku di muka pintu. perkataan pertama diucapkan aku ni dah lupa kat rumah sejak dapat motor. hai mana ada. sempat gak mama tarik aku untuk cium pipi aku. argh.. malunya!
tersentuh... memang dah lama tak balik rumah. sejak bergear pejuang ni(hehe) sebok sangat. setiap masa terlalu berharga. aku akui kadang kala aku terlupa perihal diri sebagai anak. namun alhamdulillah bia kredit lebih sikit aku pasti call ke rumah walaupun setakat bertanya khabar aje.

seronok main dengan amirah sampai terlupa jam dah pukul 6.30pm. bergegas pulang. berat pula rasa hati nak tinggalkan amirah. comei sungguh.
dan sekarang sempat pula menaip. mama asyik tanya apa aku taip tu. hehe adalah... tengah taip pasal kita lah...
argh.. sedihnya malam ni akan pulang. terasa berat sangat hati ini. aku memang takut untuk pulang ke rumah. aku perlukan seribu kekuatan untuk pulang ke rumah kerana apabila mahu pilang ke kampus aku perlukan seinfiniti kekuatan. terasa sukar untuk meninggalkan rumah.
mujurlah rasa tanggungjawab akan kewajipan mendorong aku untuk pulang. kejayaan sebagai student dan kemulian sebagai umat harus aku hadiahkan pada family. semoga pengorbanan jauh dari family ini akan memberikan ganjaran yang terbaik dunia dan akhirat.
insyaAllah 10.30pm bas aku akan bertolak. terasa takut pulang tapi harus pulang. kerana ada tanggungjawab besar menanti aku di bumi Johor.
Ya Allah Kau gerakkan hati ini dalam perjuangan. jangan biar ia kaku hanya kerana perasaan. insyaAllah kasih sayang dan pengorbanan ini akan dirasai family. semoga Kau melindungi mereka yang aku sayangi ya Allah.
0 comments:
Post a Comment