bila sakit menyinggah diri..

15 March 2009

Allahuakhbar... deritanya rasanya. tak mampu nak bersuara. segala kekuatan aku kerahkan untuk menghalang rasa sakit daripada terus menjalar dalam diri.

Ya Allah, jika Kau mahu menguji hamba ini, biarlah selepas ini. sekarang tenaga aku amat diperlukan demi gerak kerja Islam. aku berdoa pelahan. bibir ku ketap. aku ingatkan sakit perut yang luar biasa ini akan hilang selepas hampir setengah botol minyak kapak ku sapu. namun ternyata sakitnya kian bertambah. malah urat2 di bahagian pinggang juga makin sakit.

seminar KEINTELEKTUALAN mahasiswa. masa tulah pulak aku nak sakit. sakit kat bahagian perut. memang selalu aku sakit macam tu. selalunya aku akan telan 2 biji panadol dan minum air panas kemudian tidur. tapi hari ini sakit menyinggah ketika aku sedang sebok dengan gerak kerja.

bimbang menganggu sahabat, aku pergi mengunci diri di surau P19. lama juga aku disini. kepenatan melayan sakit aku tertidur. sedar2 apabila rasa sakit makin mencucuk. dada mula rasa tak selesa dan akhirnya aku memuntahkan segala isu perut. kebetualan pihak penganjur menyediakan mehun goreng. habis semuanya keluar. makin loya aku dibuatnya.

keseorang dalam menahan kesakitan membuatka aku benar2 rindu pada mama. beberapa kali aku mengerang dan memanggil mama. alangkah indahnya kalau mama ada. sekurang2nya boleh juga dia suapkan air panas ke mulutku. jari jemerinya akan mengusapku agar aku lena dan kesakitan dapat ku lupakan seketika.

namun semuanya imaginasi belaka. rasa loya makin menjadi2 lalu aku sms kak waheda minta hantarkan gula2 haks. bersalah rasanya terpaksa menyusahkan sahabat2.

dari pukul 11 sampai 1.00 petang aku berkurung di surau. sakit makin menjadi2. aku rasa lemah dan mula takut dengan keadaan sekeliling. pelbagai andaian singgah di benakku. adakah aku apendiks? nauzubillah min zalik. tak mahu. papa, along dan sarah semua kena appendiks. takkan aku kena juga? Ya Allah banyak yang aku kena siapkan sebulan dua ni. jauhkanlah aku daripada penyakit2 yang merbahaya.

atau aku menghidap.... Ya Allah... air mata mengalir. kalau apa2 jadi pada aku macam mana dengan family? mama, papa, along, kak ina, angah, sarah dan teristimewa Amirah. belum puas aku memeluk amirah dalam dakapan aku. belum sempat aku mendengar dia memanggil aku kak cik.

lantas aku kuatkan diri untuk keluar dari surau. tidak mahu terus menaruh harapan disitu. malang sekali pintu surau jam. dan AKU TERKUNCI DALAM SURAU.

Ya Allah, tuhan aje yang tahu hampanya perasaan aku masa tu. nasib baiklah handphone ada di tangan. then kak waheda atau aku lebih suka panggil sebagai kak wahyu atau kak 18 keping (hehe) pun datang. memandangkan dari luar pun tak boleh buka pintu. apa lagi muslimat2 yang ganas macam belati pun menolak kuat. ternyata pilihan hanya 2 tunggu pak gurd datang atau pecahkan.

lama jugalah menunggu.kak fatimah dan kak hanisah (kak Is) masuk surau melalui tingkap. nasib baik tingkap masih boleh berfungsi. yang kelakarnya, si Izmar yang try nak buka pintu tu sampai tercabut tombol pintu tu yang dia tarik.

lemah sangat masa tu. then terbaring kat tepi dinding separuh sedar. kak Is merapati dan memicit2 pinggang aku. macam tau2 je aku sakit kat situ. memang lega betul. tak larat nak cakap terima kasih aku tertidur.

alhamdulillah pintu terbuka. semua sarankan aku pergi klinik. aku pun mengikut aje. tapi Asma tengah makan, so kena tunggu dia jap sebab nak pergi naik kancil dia. dan aku sekali lagi tertidur di belakang pintu. kak fatimah ada disisi setia menemani. rasa selamat pulak sebab kak Fatimah duduk kat sebelah aku.

Ya Allah aku rasa bahagia betul ada sahabat2 yang sangat mengambil berat. Nazirah yang amikkan makanan, salyana yang ambil berat walaupun sebok jadi pengarah, afiqah yang blur2, kak wahyu yang hampir nak pecahkan pintu, kak Is yang jarang aku jumpa tapi sudi urut aku, kak fatimah yang sabar menunggu aku tidur, asma yang hantar aku ke klinik, ena yang belikan kopi radik dan semualah.

walaupun sakit perut tu masih belum sembuh sepenuhnya sehingga saat ini, namun belaian sahabat2 meredakannya. tak sanggup aku nak menunjukkan wajah sakit di hadapan mereka. bimbang mereka risau pula.

indahnya bersahabat. tatkala kita rasa keseorangan percayalah ada banyak sahabat2 yang sedang merindukan kita. terlalu ramai sahabat yang sudi berkorban demi senyuman di wajah kita.

aku bersyukur kerana Kau sudi menghadiahkan sahabat2 begini padaku. Ya Allah semoga kami menjadi serikandi Islam yang bisa membela agamaMu. moga Kau perteguhkan ukhuwah antara kami.

dan Ya Allah, redakan sakit yang ku rasa ini. sesungguhnya aku bersyukur atas nikmat sihat yang Kau berikan pada aku selama ini. tak mampu rasanya menanggung sakit ini.

berikanlah Ya Allah, ketenangan dan kebahagian kepada sahabat2 ku.

di samping itu, aku ingin mengambil kesempatan memberi nasihat kepada sahabat2 agar kita sentiasa menjaga kesihatan diri. pernahkah kita terfikir sebagai ahi gerakan, sepatutya kita menitik beratkan soal kesihatan kita. pemakanan kita yang utama.

aku percaya kesakitan ini berpunca dari pemakanan aku yang tidak pernah terjaga selama ini. makan bila perlu, ais tak pernah tinggal. air panas tak pernah langsung.

jadi marilah ambil iktibar. macam Prof raden cakap pemakanan juga menentukan keberkesanan otak seseorang berfungsi. makan kalau boleh ikut blood type.... hm aku tak faham sangat.

tapi yang penting... JAGA KESIHATAN!!!

0 comments: