ampunkan aku...

12 March 2009
Allahuakhbar... betulkan niatmu selalu wahai anak muda! aku! betulkan niat aku! tak semua pejuang itu diterima disisi Allah! tak takutkah aku kalau aku antara mereka?! Nauzubillahminzalik.

SEMINAR KEINTELEKTUALAN MAHASISWA (INTELEK'09)
untuk apa kau adakan program ini? sekadar mahu manaikkan nama PMIUTM atau untuk menyedarkan mahasiswa akan tugas dan tanggungjawab mereka?

Ya ALLAH... kau uji kami dalam program ini. pelbagai ujian aku rasakan. terpancar seribu resah di wajah teman yang turut berjuang dalam progrm ini.banyak perancangan kami tergendala dek kerana campurtangan pihak ke tiga.

semua jadi haru apabila ada bantahan dalam siapa yang ingin di bawa. semua jadi pening bila mereka mahu yang begitu dan begini pula. semacam program ini program mereka pula.

namun, setelah mendalami apa yang terjadi, aku mengkoreksi diri. bermuhasabah sehingga aku temui sesuatu yang membuatkan jantung ini bagai hendak terhenti.

seringkali aku marah pada pihak HEP yang seolah2 menyekat pergerakan mahasiswa. namun bagaimana pula dengan diri ini. berapa banyak kali aku mengingatkan diri agar sentiasa membetulkan niat agar tujuan kami hanya untuk Allah?

aku jadi excited bila tahu penceramah yang bakal dipanggil adalah orang hebat2. tambah excited bila ini program PMI yang seakan mencabar mahasiswa.

semua ini buat aku lupa akan tujuan aku bekerja!

Sultan Muhammad Al-Fateh sangat mementingkan tenteranya agar niatnya jelas dan jauh dari maksiat. jadi apabila ada tenteranya yang ingin pulang beliau menhantarnya pulang dan barulah beliau dan tenteranya yang lain menang.

kenapalah dalam kesibukan, terkadang aku ghairah sehingga lupa pada masa yang seharusnya aku banyakkan bersama denganNya. septutnya segalanya aku sandarkan padaNya. Namun aku seakan angkuh. merasakan diri mampu untuk melakukan semua perkara. betapa aku benar2 menzalimi diri.

Ya Allah, mujur kau sedarkan kami. aku kira segala yang berlaku sebagai teguran dariMu buat kami. semoga selepas ini kami bisa menjadi yang lebih baik. Allah... bantulah kami.

agar program ini selamat berjalan. agar mereka yang mengikutinya dibukakan mata dan pintu hati. keluar dari kepompong jahiliah yang mereka tidak sedar. lantas membawa agenda Islam. anak muda bukan masa utuk leka. anak muda adalah pejuang yang diharap untuk membela agama.

0 comments: