SIGMA : SEBUAH KELAHIRAN
Dahulu, muslimat dipandang malu untuk bersuara dan menyatakan pendapat,
Dahulu, muslimat dilihat tidak berani ke hadapan untuk memacu perjuangan,
Tapi kini, SIGMA mahu melakukan perubahan, mengulangi sejarah srikandi Islam yang silam.
Ketokohan Khadijah dijadikan sumber inspirasi dalam perjuangan, keilmuan Aisyah dijadikan semangat untuk terus menimba ilmu, kemuliaan Rabiatul Adawiyah dijadikan contoh untuk kita sentiasa merasai bahawa diri ini hamba yang lemah dan kesabaran Sumaiyyah dijadikan pedoman untuk kita lebih kuat menghadapi cabaran dan rintangan.
Nantikanlah dunia, srikandi-srikandi ini akan lahir semula pada abad ini dengan wajah yang baru, semangat yang baru dan versi yang baru. Kerana kita tahu pranan kita, maka kita perlu bergerak, kerana kita tahu halatuju kita, maka kita perlu teruskan perjuangan ini.
Muslimat muda yang tergolong dalam golongan intelektual perlu lebih berjiwa besar dan memandang masalah masyarakat pada hari ini adalah tanggungjawab kita. Idealisma kita sangat didahagai oleh semua untuk membawa masyarakat ke arah yang lebih baik dan bertamadun dari segi akhlak dan budayanya.
MUSLIMAT POWER
Slogan keramat ini akan kita pastikan seiring dan sejalan dengan slogan Student Power yang sering kita laungkan sebelum ini. Namun pada saat itu, kepemimpinan muslimat ditenggelami dengan kehebatan dan jiwa besar muslimin. Langsung tenggelam figure-figure muslimat dek kelantangan dari pihak muslimin.
Nah, dengan semangat slogan ini, kita mendambakan satu perubahan yang sangat power dari pihak muslimat, agar kita juga mampu untuk terkehadapan untuk menyuarakan isu dan pendapat bersama-sama dengan muslimin.
Pandangan masyarakat terhadap kedudukan wanita perlu diperbetulkan. Penjelasan mengenai hak wanita menurut pandangan Islama perlu diberikan penjelasan dengan sebaik agar idealisma gerakan-gerakan yang sering menyalah tafsirkan ayat al-Quran dan hadith ini dapat diperbetulkan dan dihapuskan. Islam tidak pernah sekali-kali merendahkan kedudukan wanita, malah Islam telah meletakkan wanita ini pada tempat yang sangat sesuai dengan jiwa dan kemampuan kita. Inilah tanggungjawab kita sebagai gerakan muslimat muda. Dengan mengambil semangat gagasan MP3, laungan slogan MP3 akan sentiasa menemani kita dalam melakukan perubahan pada masyarakat.
M = MUSLIMAT
P = POWER!
P = POWER!
P = POWER!
SIGMA : BANGKIT MENENTANG FEMINISME LIBERALISME
Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang paling menarik untuk dibicarakan, baik dari sudut kecantikannya, penampilannya, peranan dan tanggungjawabnya, haknya, kebebasannya dan apa jua yang menyangkut dengan diri wanita, sehingga ada pepatah: ‘baik wanita, baiklah negara, buruk wanita maka buruklah negara.
Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam banyak menyebut tentang wanita, kepimpinan dan keteladanannya. Islam telah membela hak dan memuliakan wanita sama dengan kaum lelaki. Islam memberi hak untuk wanita menuntut ilmu, beramal ibadah, berusaha, berkhidmat dan berganding bahu bersama kaum lelaki sesuai dengan aturan dan nilai-nilai murni yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu Wataala.
Pada hari ini, kita dihidangkan dengan pelbagai cabaran yang kadang- kadang menggugah Islam itu sendiri. Fahaman kebebasan yang dipelopori oleh wanita barat yang beranggapan bahawa kebebasan itu ialah kebebasan melakukan apa sahaja mengikut kehendak hawa nafsu mereka.
Fahaman ini telah sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi wanita Islam dan tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan perjuangan tersebut yang menuntut kebebasan dan hak yang sama rata dengan kaum lelaki.
Malahan ada yang sanggup mengatakan bahawa agama Islam adalah penghalang gerakan wanita dalam memanfaatkan potensi mereka bagi usaha pembangunan.
Atas nama kemajuan dan pemodenan, banyak wanita Islam terus menerima pemikiran ini dan mempraktikkan budaya dan nilai hidup bebas sehingga mengabaikan peranan-peranan yang telah dikhususkan kepada mereka dan mencemarkan nilai kewanitaan yang ada pada mereka.
SIGMA : MERAKYAT PERJUANGAN
Muslimat memiliki peranan besar dalam membentuk masyarakat. Ini kerana awal pertumbuhan dan perkembangan sesuatu generasi berada di bawah asuhan dan didikan kita.
Bagaimanapun dalam bidang kepimpinan tertinggi sesuatu bangsa atau negara, wanita Islam tidak diberikan hak untuk memegang jawatan tersebut.
Ini bukanlah kerana taraf wanita itu dianggap lebih rendah daripada lelaki, tetapi kerana wanita secara tabi`inya mempunyai jiwa yang lembut dan emosi yang mudah mempengaruhi.
Meskipun muslimat tidak boleh memikul beban jawatan yang berat dalam mentadbir negara (imamat), tidak bermakna kita tidak berupaya memegang jawatan atau tanggungjawab lain yang tidak kurang pentingnya dalam membangun bangsa dan negara. Kitalah jurubicara ummah.
Suara-suara muslimat memberikan pendapat dan pandangan di peringkat nasional mahu pun antarabangsa sudah mula didengar dan kemampuan wanita menerajui pelbagai profesion telah diperakui dan setanding dengan kaum lelaki.
Ini membuktikan bahawa wanita juga mempunyai kewibawaan dalam memberikan sumbangan terhadap pembangunan sesebuah negara.
SIGMA : MEMACU PERUBAHAN
Tinggalkan dahulu kenangan lama kita yang lebih suka bergerak kerja di belakang tabir kerana pada hari ini kita akan melakukan satu perubahan dalam gerakan bagi merubah masyarakat.
Cukup-cukuplah kita menjadi pendengar dan penonton kepada gerakan feminisme seperti Sister in Islam (SIS) yang tegar memperjuangkan ISU gender dan kesamarataan antara hak wanita dan lelaki.
Jati diri wanita Islam yang telah turut tercalar dengan pengaruh perjuangan gender ala barat ini memerlukan perhatian masyarakat umat Islam untuk dibanteras sama sekali agar fahaman dan ideologi ini tidak terus-terusan menyesatkan masyarakat kita.
Maka, Srikandi Gerakan Muslimat Muda perlu bangkit untuk memainkan peranan dan tangunggjawab kita terhadap masyarakat. Ayuh muslimat muda, kita lakukan perubahan." - Rafidah Salleh
SIGMA : GERAKAN BERWIBAWA
Dengan semangat kepasukanan yang digembelengkan bersama bisa melahirkan satu gerakan yang berwibawa dan kental dalam menghadapi kritikan dan pandangan umum terhadap mahasiswi.
Biar tohmahan dan cacian yang dilemparkan, namun kita akan tetap terus memandang ke hadapan dan meneruskan langkah perjuangan kerana kita sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat.
Abaikan sebentar pandangan rendah mereka terhadap kita, tapi sahutlah ia sebagai satu cabaran untuk kita lebih berhati-hati dalam menyusun gerak langkah agar gerakan kita tidak nampak kalut dan lemah.
Gerakan muslimat muda bukan gerakan yang lemah,
Gerakan muslimat muda bukan gerakan yang pengikut,
Gerakan muslimat muda bukan gerakan yang berjiwa kecil,
Tetapi
Gerakan muslimat muda punya visi dan misi yang jelas,
Gerakan muslimat muda juga mampu menjadi worl-class leaders,
Gerakan muslimat muda sentiasa berjiwa besar menuju perubahan,
Maka
Srikandi Gerakan Muslimat Muda ;
Gerakan Berwibawa!
Rafidah binti Salleh,
Timbalan Presiden GAMIS,
Penasihat SIGMA
***masih terngiang2 lagi deru suara kak rafidah ketika membentangkan halatuju SIGMA. terpukul rasanya. bagai membawa satu semangat yang menolak2 aku untuk sama2 merasai goncangan yang bakal di bawa oleh SIGMA.
jika sebelum ini muslimat sering menjadikan kurangnya ruang menyekat peluang mereka untuk berpencak sehebat kaum muslimin. nah sekarang HELWANI sediakan SIGMA untuk kita berpadu dan membawa gerakan muslimat lebih terkehadapan.jadi apa tunggu lagi sahabatku? jangan malu2 dalam perjuangan yang kita tahu kebenarannya. tingkatkan pemahaman. sediakan diri untuk ditarbiah. mari melangkah ke gerbang perjuangan. ihad di jalan Allah. TADBIR!
0 comments:
Post a Comment