alhamdulillh, berjaya juga aku mendapatkan tiket untuk pulang ke rumah. jika selalu aku turun di Klang, namun disebabkan mahu berjimat dan kemudahan aku memilih untuk turun di Kuala Lumpur.
semua sedia maklum, jika dulu stesen bas klang terletak kira2 15 minit dari rumah aku. namun sejak dipindahkan ke Meru atas alasan kesesakan jaraknya bertambah 45 minit dari rumah aku. tapi yang bestnya ia menjadi dekat pulak dengan rumah arwah nenek aku. kalau dia masih hidup bolehlah aku balik ke rumah dia. bermanja dengan nenek perkara yang jarang pernah aku lakukan.
dan ini akan menyusahkan papa kalau nak amik aku. berbeza jika aku turun di kuala lumpur. dari KL sahaja aku boleh mengambil LRT dan turun di KL sentral untuk bersembahyang. bukan tak nak sembahyang di Pudu tau Central Market, tetapi disebabkan aspek keselamatan dan keselesaan Kl Sentral menjadi pilihan aku. dapatlah aku jama' dan qasar sebelum sampai ke rumah. dari KL sentral aku akan naik komuter terus ke telok gadong. maka apabila turun di telok gadong, hanya perlu berjalan tak sampai 10 minit dah sampai ke teratak bonda di mana kasih sayang sedia menanti. heheh rindu sangat nak balik.
dari Kl juga boleh naik bas terus ke stesen klang yang lama dan minta papa amik. perjalanan menaiki motosikal dalam 15 minit.
begitulah kemudahan yang ada. alhamdulillah rumah aku disediakan dengan pelbagai kemudahan. jadi rasnya tak pening kepala sangat nak balik rumah.
rindu bersama keluarga...
aku tahu bukan aku seorang sahaja yang mengimpikan dapat menghabiskan masa bersama keluarga, namun apabila diberi peluang maka haruslah digunakan dengan sebaiknya.
jika dulu aku pulang hanya sekadar melepaskan rindu. namun kini aku menanam tekad, kepulangan selepas-selepas ini bukan hanya untuk melepas rindu malah mempunyai misi besar.
aku pulang dengan satu agenda. mempraktikan dakwah dalam kehidupan aku. rasanya tak lengkap jika hanya diri ini yang menerima tarbiah. terasa pentingkan diri jika hanya aku yang merasai kehangatan dakwah. aku boleh menyampaikan ilmu kepada adik seusrah namun kenapa tidak kepada ahli keluarga aku yang sah darah daging aku.
terkadang kita mengabaikan aspek penting dalam kehidupan. sebagai contoh seorang pejuang yang menegakkan Islam tetapi dalam masa yang sama ketika keluar berjihad dia membiarkan laptop dan lampu meja terpasang di dalam bilik tanpa ada siapa yang mahu menggunakannya. bunyinya simple namun jika perkara sekecil ini pun kita tidak setlle bagaimana dengan perkara2 besar.
Salahudin Al-Ayubi ketika mahu menawan Baitulmaqdis memastikan tenteranya menjaga tarbiah ruhiyah namun bagaimana dengan kita?
dakwah harus bermula dalam diri dan dipraktikan kepada orang terdekat terutama orang yang kita sayang. selalu aku mendengar bila kita menegur orang yang melakukan kemungkaran, sebenarnya kita sayang kepada mereka kerana mereka tidak tahu. jadi atas dasar sayang jagalah juga ahli keluarga kita. semoga Allah membuka pintu hidayah buat mereka.
Ya Allah.. padaMu ke memohon.. ampuni daku, permudahkan urusanku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment