08 March 2009

Maulid Dan Ittiba'...Siapakah Mereka Berdua?

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Surah al-Taubah : 24

Mendengar dan membaca kalimah2 haq Yang Maha Kuasa pastinya menerbitkan pelbagai rasa bukan? kadangkala kagum teramat, kadangkala sedih sendiri2, kadangkala gembira meruap ruap, kadangkala...kadangkala dan kadangkala lagi. Berbagai bagai bunga mahupun lonjakan perasaan dapat kita rasakan dikala kalimah haq itu menjentik jiwa insan2 yang punya hati.

Apa kalian rasa bila membaca maksud ayat di atas? pastinya akan ada rasa, ana yakin kita semua pasti ada rasa. Jangan kita tergolong dalam kelompok yang sudah kehilangan jiwa2 dan hatinya. Bersama kita panjatkan kepada Rabbul 'alamin supaya dikuatkan rasa itu pada yg sudah merasa dan di berikan rasa pada yang telah kehilangannya...ameen ya Allah!

Siapakah Maulid? dan siapakah pula Ittiba'?...ya, pasti QURRA' sekalian kepelikan dengan telatah ana bertanyakan itu, memang kepelikan itu yang ana cari, fitrah manusia suka benda2 pelik...jadinya mahu ana menarik perhatian dengan gaya kepelikan sebegini. Ya!...pastinya Maulid dan Ittiba' itu bukanlah seseorang, mereka itu sesuatu.

Dengan Maulid ar Rasul yang membuka tirainya pada 12 rabi'ul awwal, bicara ana akan berlegar di sekitar itu. Tulisan kali ini bukan mahu membuka perbahasan bida'ah atau tidak maulid, atau membuka perbincangan mengenai penilaian semula tarikh keramat kelahiran baginda SAW yang sememangnya menjadi perbincangan ulama'...tidak, bukan itu yang ana mahu bawa, ikutilah, QURRA' sekalian pasti akan faham jika berterus terusan membaca hingga noktah akhir.

Kita ke fasa seterusnya. Imam as-Sayuti mengatakan amalan maulid adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya kerana bertujuan melahirkan kebesaran Junjungan Nabi kita s.a.w. Begitu juga Syeikhul Islam Sayid Dahlan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Imam Subki pernah membaca nasyid yang memuji kebesaran Nabi s.a.w sambil bangun berdiri.

Sheikh Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat bahawa umat Islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi s.a.w, maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah suatu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajaran daripadanya. Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah(tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda s.a.w.


Jadi, apa salahnya untuk membuat sambutan ini? cuma yang perlu diingat ingatkan adalah caranya, kalau berlaku pembaziran contohnya, atau pun maulid nabi tapi konsert Rihanna atau Britney Spears pula yang di adakan...hah! itu memanglah perbuatan yang boleh mendatangkan laknat dan murkaNya.

Sekarang kita berada pula di fasa yang berikutnya. Ya...memang maulid itu setelah diteliti dan diseloroti, amat baik dengan keadaan zaman sekarang, dapat mengembalikan dan menyegarkan ingatan kita kepada baginda tercinta, insan mulia pembawa cahaya. Tetapi adakah dengan sambutan2 begitu sahaja?...sudah selawat, sudah berarakan, sudah bermarhaban, kemudian balik kerumah sambung hal masing2...ya! nikmat dunia masih banyak yang perlu dikejar!!??...

Inilah masanya ana mahu mengenengahkan Ittiba' atau dalam bahasa Melayu tercinta ini, ia membawa maksud mengikut ataupun mencontohi. Mengikut siapa?...pastinya mengikut Rasulullah SAW!...:)

Maksud firman Allah SWT :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
al Ahzaab : 21

Inilah yang utamanya, ingatan pada diri ana dan QURRA' sekalian...inilah yang lebih aula'...yang lebih utama bagi kita di seantero dunia ini, selagi kita bergelar manusia dah masih berpijak di bumi Allah, Rasulullah itulah ikutan kita!...jika ber 'maulid' sana sini, tetapi balik dengan hati kosong...kembali mengejar nikmat dunia tanpa ada mahu berjinak dengan sunnah2 Rasul, dimanakah kita?...mahu menempah apa kita di sana kelak?...na'uzubillah!

Maksud sabda Rasulullah SAW :

"Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan.” Para sahabat bertanya: “Siapa yang enggan?”Rasulullah menjawab: “Barangsiapa yang taat kepadaku maka dia masuk syurga dan barangsiapa yang durhaka kepadaku maka dialah yang enggan"
HR Bukhari

Bersempena Maulid ar Rasul kali ini, marilah kita puncakkan kecintaan kepada baginda SAW, jangan lagi hanya panas sekejap, selepas membaca tulisan ini, selepas ber 'maulid'...kembali kepada kealpaan, mohon kejauhan dari keadaan sebegitu. Mari bersama kita mujahadah menggenggam sunnah Rasulullah!...jangan malas2 lagi! mulakan hari ini!...INSYAALLAH!!!...hah!..sudah lafazkan insyaAllah tu?...itu janji kita kepada Allah!...mahu ingkari???...tepuk dada tanya iman...wallahu'alam

0 comments: