bebas dah lemas....

05 March 2009
'salam yana, macam mana meeting tadi' . ringkas aje aku menaip mesej. memang itu gaya aku. sebenarnya aku memang tak suka taip sms. kenapa? mungkin sebab bosan menatap handphone. bagi aku terlalu membuang masa. alangkah mudah jika dapat bercakap direct aje.

'boleh buat. tapi kena tukar Ust Zul la.' reply yana. huh... macam tu pulak.

pening memikirkan apa yang berlaku. kadang2 aku sendiri tak faham. aku ke yang salah fikir atau diorang yang salah fikir. sampaikan waktu menaip saat ni aku tertanya tanya aku ke yang terlalu emosi atau apa?

terpenjara...

entah kenapa sejak akhir-akhir rasa seperti terpenjara sangat. rasa tak berkembang minda. entah kenapa apa sahaja yang hendak dibuat terasa benar sekatannya.

seminar intelek mahasiswa hendak membawakan individu2 daripada front berbeza, hendak membawa mahasiswa selatan yang beku ini ke kancah budaya berfikir dan mencabar. satu program yang aku rasa sangat berani dan mencabar. tapi masalah timbul disebabkan individu yang dibawa dirasakan tidak sesuai.

untuk pertama kalinya aku rasa benar2 terkongkong. aku mula bertanya2 dimana kebebasan mahasiswa. bukan ini sahaja malah dalam penerbitan juga seolah2 ada pagar yang menghalang kebebasan dalam berkarya. mungkin bimbang bahan2 seperti ini akan membangkitkan satu gelombang kebangkitan di kalangan mahasiswa selatan.

entahlah. terkadang rasa lemas. sebelum ni bila buat program mesti dalam laporan ada ditulis mengharap program2 selari dengan dasar HEP.

entahlah tapi aku menganggap perkara seperti ini menyekat perkembangan di kalangan mahasiswa. belajar mesti sambil mencabar. adakah pihak2 ini menganggap mahasiswa mudah ditipu, mudah terikut2. bukankah mahasiswa adalah dari golongan intelektual, jadi mengapa tidak dibiarkan mahasiswa terdedah dengan pemikiran2 baru tanpa mengira latar belakang politik. mahasiswa pastinya golongan intelektual, mereka bisa menilai dan membezakan mana yang benar dan salah. sampai bila HEP mahu menentukan hala tuju mahasiswa. mahasiswa bagi aku adalah individu yang sentiasa berexperiment. mahasiswa penyambung generasi pemeritahan. mahasiswa harus menjadikan universiti sebagai gelanggang menuntut ilmu dan mencabar pemikiran mereka.

mahasiswa adalah agen pengubah masyarakat. mahasiswa perlu punya pendirian untuk memastikan ummah terkehadapan. jangan biar mahasiswa lemas dalam kedamaian ciptaan.

0 comments: