DEMONSTRASI...

16 March 2009
"demonstrasi bukan budaya kita... orang berdemonstrasi hari ini hanya mahu popular sahaja. menguti publisiti murahan. "

antara tuduhan2 sesetengah pihak yang menganggap Demonstrasi antara perkara tidak perlu untuk rakyat Malaysia. ramai yang beranggapan bahawa semua perkara boleh diselesaikan di meja rundingan. perbincangan secara profesional dan akademik.

ya aku setuju semua perkara harus diselesaikan di meja rundingan. rakyat Malaysia kaya dengan budaya timur. berlemah lembut dan berlapik dalam semua perkara.

Demonstrasi tak bermula dengan terus berdemonstrasi sahaja. perlu di ingatkan demonstrasi hanya berlaku bila isu sudah panas, bila segala saranan umpama menyimbah air di daun keladi. tiada respon serius dari pihak yang bertanggungjawab.

kuasa demonstrasi.

tiada siapa yang dapat menyangkal kuasa hebat dari demonstrasi. bisa termanggu sesiapa sahaja. lihat sahaja ketika malayan union hendak dilaksanakan, orang melayu mengadakan rapat umum di sepanjang jalan. membawa sepanduk2 dan banner. dan akhirnya kerajaan British akur dengan desakan orang melayu kala itu agar malayan union dihentikan.


Demonstrasi BERSIH

dan hari ini rakyat Malaysia selepas terledaknya REFORMASI, Demonstrasi menjadi kemuncak penyaluran suara. lihat sahaja pada pilihan raya umum yang lalu, perhimpunan BERSIH menuntut agar pilihan raya bebas dari penipuan. Demonstarsi Mahasiswa membantah kekejaman Palestin di kedutaan Mesir, Demonstrasi AUKU dan yang terbaru dan terhangat Demonstrasi membantah PPSMI yang mencecah 100 ribu rakyat Malaysia bukan hanya dari golongan tua, malah mahasiswa dan kanak2 turut terlibat.


Demonstrasi di kedutaan MESIR

dari pengamatan da penilaian saya demonstrasi punyai kuasa dan aura yang tidak dapat dinyatakan. Demonstrasi bisa membuatkan rakyat yang lena bangkit respon dengan isu semasa yang berlaku. kita lihat sahaja Demonstrasi Palestin di universiti saya sendiri, apabila kami mengadakan himpunan aman membantah kekejaman Zionis di Gaza, telah membuka mata mahasiswa akan isu Gaza. dapat dilihat selepas itu bermacam2 program melibatkan Gaza diadakan. antaranya seperti hari black attire, kempen aman Palestin dan bermacam lagi. dan sehingga hari ini kesannya masih dirasa.

Demonstrasi hebahan hebat yang membawa perpaduan...
entah kenapa itu yang saya rasakan. semua saling berkerjasama demi perkara yang dibawa dapat sampai kepada pihak yang selayaknya. mungkin ada yang merasakan demonstrasi hanya mencemarkan nama baik negara. namun jika anda faham dengan apa yang dibawa anda akan merasakan inilah medium terhebat untuk menyatakan pendirian tegas anda pada pihak yang selayaknya.

Demonstrasi tidak semestinya membawa maksud derhaka.
persoalan yang berlaku di Perak, rakyat menghalang upaara angkat sumbah MB Perak yang baru menyebabkan ramai yang beranggapan rakyat Perak merdehaka. ada antara mereka yang terkena gas pemedih mata dan dirempuh oleh FRU.

bagi saya mereka bukannya merdehaka, sebaliknya mereka disana untuk menyatakan pada raja2 agar mendengar apa yang mereka ingin katakan dan mendedahkan kepada raja jangan mengambil langkah yang boleh meletakkan raja dalam kedudukan yang salah.

Demonstrasi...
bagi saya demonstrasi takkan berlaku kalau pihak yang bertanggungjawab dapat berkerjasama menangani isu yang dimainkan. di sinilah menuntut keikhlasan satu pihak dalam membela nasib rakyat.

apa yang berlaku dalam demonstrasi PPSMI adalah sesuatu yang mendukacitakan dan mengejikan. FRU menyerang orang awam yang berlindung di dalam masjid. sedangkan dalam peperangan, Rasulullah melarang tentera Islam dari menyerang rumah ibadat orang lain.

apa yang berlaku sangat menyakitka. buat saya tertanya2 bagai ada pihak yang cuba menggunakan kuasa bagi menghalang hak rakyat. bagi sesiapa yang masih samar2 lagi. fikir2kanlah.

sampai bila kita harus berada dalam cengkaman.....

0 comments: