ahad

23 March 2009
ahad...

dah pukul 8 am tapi aku masih tak bergerak2. masih kaku dimeja study. ada rasa rimas dalam hati. terasa ingin memberontak. minta diberi perhatian. argh... macam mana ni...

8.15am masih kaku disitu. masih tercari apa yang harus dibuat. pergi atau tidak? banyak yang belum disiapkan. esok malam ada test control, proposal tak siap lagi. Prof NASA mesti bengan sebab aku belum hantar proposal yang sepatutnya aku submit jumaat lepas. makin lemak aku!

8.30 pintu bilik diketuk.

"kak ada pinggan tak?" Aisyah muncul disebalik pintu siap dengan helmet dikepala.

"akak mana ada pinggan, selalu pakai polystren je." jawab aku ringkas. Aisyah hanya memerhati. kaget melihat aku yang sepatutnya berada kat tapak program. aish macam dihantar pihak sana pulak si Aisyah ni untuk mengintip aku tengah buat apa.

"akak tak gi program ke?"

"jap lagi akak pergi, kuliah belum lagi kan?"

"kita orang baru abis riadah, sekarang tengah makan, akak datang ye."

aku hanya mengangguk. buku yang bersepah dengan journal yang bertaburan disana sini aku perhati lesu. semua ini sangat menyesakkan. kan bagus kalau aku tak delay keje banyak benda aku boleh buat.

teringat kata2 kak Helia, kalau sebok jangan pergi program Cindai, tapi make sure pergi program hari ini, program ni lagi penting. program Cindai tu dah ramai yang pergi. menyemak je kalau aku ada.

tapi degil pergi juga. argh dimana ada ilmu masakan aku mahu mengelak. indahnya berada dalam majlis ilmu. tambahan pula penyampainya Ustaz Ismail yang sememangnya hebat dan jelas penyampaiannya.

argh... aku tak menyesal pun. semuanya problem aku, kalau malam tadi aku tak tidur mesti siap. tapi aku tertidur. hai.. badan ni pun nak rehat juga.

8.30am... akhirnya aku kemas barang dan bersiap ke tapak program yang letaknya hampir benar dengan kolej aku. kelihatan sahabat2 sudah ramai di sana. Nazirah mengajak bersarapan. mehun goreng aku makan perlahan. sedang enak makan penceramah yang dinanti tiba.

mendengar pengisian yang diberi oleh seorang yang tidak asing lagi daripada kami membuatkan aku sayu. tajuk wanita dan kepimpinan sungguh membuai aku. hai mampukah aku menjadi seperti seorang wanita di zaman Rasulullah yang mampu menjadi wakil muslimah dalam menyuarakan masalah kepada Rasulullah.

lihatlah gerakan muslimat hari. terkadang nampak lesu. selalunya lebih didominasi oleh golongan muslimin. mampukah muslimat bangkit menjadi tulang belakang kepada perjuangan? bukan lagi sayap kiri. mampukah aku?

perbincangan tambah menarik bila ajai bertanyakan soalan cepu emas kepada jemputan. penceramah yang mempunya 14 orang ditanya bagaimana boleh melahirkan anak yang ramai dalam keadaan masyarakat hari ini yang amat membimbangkan.

sayu dengan jawapan si penceramah. betapa segala yang dilakukan demi Islam buat aku merasa sangat kagum. kita kah yang memberikan rezeki? bukankah rezeki masing2 itu ditentukan oleh Allah.

di waktu tengah hari kami dibahagikan kepada group masing2. aku berada dalam group kemahiran dan kepimpinan. kami diberikan task agar menyediakan kertas keje yang berkaitan kepimpinan dan kemahiran untuk dijadikan program untuk semesta hadapan.

sedang ralit bercerita tiba-tiba keadaan menjadi gembar dengan kehadiran beberpa siput B. huhu mana2 mesti ada.

tenagh hati itu aku minta keizinan dari pihak penganjur untuk tidak mengikuti sesi petang yang hanya meliputi pembentangan kumpulan dan slot muhasabah. hati aku rasa sedikit terguris apabila pihak penganjur seolah enggan memahami masalah aku. aku diminta untuk terus berada disana, boleh menyiapkan asignment tapi mesti berada ditapak program.

buat pertama kalinya aku benar2 merasa sedih. aku mula merasa tidak ada siapa yang cuba faham masalah aku. tak tahukah mereka betapa banyak pelajaran yang aku dah tertinggal dan betapa banyak asignment yang bertimbun atas meja study aku? hati aku mula membentak2 dan tanpa disuruh air mata mengalir dengan deras. lantas aku hantarkan sms pada kak Syifa'

"kak.. pernah tak akak rasa terbeban dengan tugas dan tanggungjawab?"

lama sms tu tak berbalas. dan diwaktu petangnya aku mendapat balasan

"ingat balik matlamat hidup kita? 3 peranan kita? baca balik tafsir surah al-saff. susun JADUAL HIDUP betul2..."

3 peranan manusia...

1) pemakmur alam
2)abid/hamba
3)khalifah

diri ini hanya manusia biasa. terkadang keliru dan terlupa dengan tanggungjawab mana yang utama dan mana yang boleh dilewatkan. argh... aku hanya manusia.. terlalu mudah untuk tersungkur. aku bukannya superwoman yang mampu melakukan itu dan ini, terkadang merasa sakitnya.

namun, wajarkah aku menjadikan itu alasan? terkadang aku merasa diri sangat keliru dengan mana satu yang aula. disinilah aku memerlukan sahabat yang mampu memahamkan aku. terkadang aku sendiri tak mampu menerima segala saranan sahabat, disinilah sabar diperlukan.

demi tuhan, masa sering membunuhku. aku menjadi gila kerana dipermainkan masa.

"kamu akan diuji dengan apa yang kamu perkatakan"

sesungguhnya berat ujian ini. rasa tersungkur dan tersembam saat ini. mencari2 cahaya dalam kegelapan. namun 3 peranan itu mengembalikan kekuatan ku.

Ya Allah... jika aku terbeban sesungguhnya ada ramai lagi sahabat yang terbeban. kau fahamkanlah hati ini Ya Allah, sesungguhnya dalam setiap langkah, dalam setiap kerja dan dalam setiap masa yang aku korbanka hanya untukMu... moga kau balasnya dengan ketenangan dihati ku...

biarkan aku tersenyum melayan segala masalah yang menyinggah dengan hati yang tenang...

0 comments: