3000 ahli GAMIS Gegarkan Masjid Negara

10 March 2009

Kuala Lumpur, 8 Mac 9.24am | Presiden GAMIS, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor mewakili lebih 3000 ahlinya menyatakan pendirian untuk terus membantah PPSMi dalam ucapan sulungnya di sini.

Kami tidak pernah berubah pendirian dalam isu ini (PPSMI). Sebab itu, lebih 3000 mahasiswa bertekad datang ke sini. Bantahan akan terus dibuat sehingga mereka sedar (tentang) dosa-dosa mereka,” tegas Dzul Kahiri.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyerahkan Memorandum Tergempar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Mukhtafi Billah Shah disebabkan provokasi Special Branch dan beberapa Pegawai Polis.

Turut berucap, Pengerusi SMSBM Mohd Shafie Hashim menjelaskan bahawa mereka masih dalam entiti bebas, walaupun bertekad menyertai bantahan tersebut.

Kami (SMSBM) tidak mahu melihat bangsa Melayu kehilangan identiti. PPSMI memang jenayah bahasa paling besar dan beri kesan kepada generasi akan datang. Ini klimaks bantahan kita sebenarnya,” jelas Shafie.

Tambah Shafie lagi, kerajaan sepatutnya mengkaji dengan teliti dasar PPSMI tersebut, bukan bertindak menangguhkannya sehingga tahun depan.

Adakah kerajaan kaji sedalam-dalamnya dasar ini? Adakah kerajaan buat kajian di sekolah-sekolah luar bandar? Adakah Hishamuddin (Menteri Pelajaran) lihat risiko kepada pelajar luar bandar dan anak-anak orang asli. Ini tidak, tangguh terus (keputusan PPSMi sehingga) tahun depan” soalnya lagi.

Terdahulu, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Selamatkan Bahasa Melayu (SMSBM) mengembling mahasiswa melalui beberapa siri forum di ibu negara.

Hanya Penasihat Gabungan Mansuh PPSMi (GMP) Sasterawan Negara A. Samad Said sahaja diperkenan masuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong di Istana Negara.

Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menggembling lebih 70 ahli dalam aksi bantahan di sini.

Amarah GMP dan lebih 50 ribu rakyat di sini berikutan sikap acuh tidak acuh Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien menangguhkan keputusan mansuh dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu (PPSMi) sehingga awal tahun depan. -ProM UM

0 comments: