Alhamdulillah...
thesis yang bermakna.
aku mempunyai satu impian yang berkaitan dengan chemical engineer. semua orang tahu, family aku tau terutama my brother yang aku memang tak de rancangan langsung nak aik chemical engginer apatah lagi bergelar seorang chemical engineer. tapi sekurang2nya aku harap dalam aku study ini aku dapat menghasilkan satu thesis yang baik dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.
dan menariknya tajuk PSM yang aku dapat juga sangat menarik dan membantu aku dalam memenuhi impian.
namun impian perlukan semangat mujahadah yang tinggi. entah kenapa aku kebelakangan ini terlalu leka hingga mengabaikan satu lagi tanggungjawab aku dalam post sebagai seorang student yang menuntut ilmu demi Islam.
kelalaian ini mungkin berpunca dari sikap aku sendiri yang kadang2 terlalu ambil ringan dalam semua perkara.
perkara inilah yang sangat aku kesali. dan alhamdulillah kebeakangan ini kehadiran sahabat yang memberi nasihat membawa aku kepada semangat untuk bermujahadah.
meninggalkan perkara kebiasan demi kejayaan
ya ada kala apa yang kita suka sebenarnya membawa kita kepada seribu masalah. mungkin kita tak mampu untuk mengubahnya seratus peratus. jadi mengapa tidak mengubahnya dengan cara sedikit demi sedikit.
jika suka berbelanja dan sukar mengawalnya, kurangkan ia dengan kurangkan satu daripada kebiasaan. akan datang kurangkan 2 dan seterusnya.
jika suka menonton anime berjam2 maka kurangkan kepada hanya satu jam dan seterusnya kurangkan lagi.
sebaliknya tambah perkara2 yang sering membuatkan kita tak cukup masa.
contohnya membaca. selalu membaca 1 jam, maka tambahkan. pembacaan tak semestinya rigid pada buku akademik. demi menjadi mahasiswa yang intelektual pembacaan pada pemikiran orang lain adalah penting. perbincangan dan forum boleh jadi menarik dari anime dan shoping jika kita mampu memanipulatenya
sekali sekala berubah dan menanamkan mujahadah akan menjadikan kehidupan ini lebih indah. moga ia membawa kita dekat padaNya.
RATUSAN RIBU PENYOKONG MEMBANJIRI HARI PENAMAAN CALON PRK P059 BUKIT GANTANG
menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
malam tu aku melihat berita di tv3 mengenai sekitar hari penamaan calon di Bukit Gantang. malangnya TV3 seperti biasa dengan membangga2kan BN dan memburuk2kan calon PR iaitu Ir Nizar. paling membengangkan hanya menunjukkan gambar2 penyokong BN aje yang dibangga2kan dalam 8000 orang.
akibat rasa tak puas hati aku pun bantai tengok harakah dan search di google dan ini aku jumpa. untuk menambahkan keyakinan aku bertanya pada sahabat2 yang berada di sana pada hari penamaan calon. ternyata jawapan mereka bagai lautan manusia penyokong Ir NIzar yang terdiri daripada pelbagai bangsa. jika FRU nak serang pun boleh kalah.
tengok sendirilah....
Calon PRK P059, (dari kiri) : Kamarul Ramizu Idris, Hj. Nizar dan Ismail Safian.
TAK KEBULOQ PADA UMNO
Dipagari kawat berduri..!
Bersemangat sahabat ni... duduk atas tiang gol...
Setia dan berkhidmat.
YB Abd. Wahid Endut dan 'peminat'nya.
Rakyat MELAUT...
Rakyat MELAUT...
Sooria, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak.
Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan turut memberi sokongan kepada Hj Nizar...!
Derma jihad...dikutip menggunakan bendera PAS.
Miss Teng, pandai berpantun.
ADUN Simpang Pulai ini memulai ucapan dengan Assalamualaikum wbt..
BOIKOT akhbar pro UMNO 3 bulan
Malah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tindakan Kementerian Dalam Negeri (DKN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat bagi mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.
"Sumber maklumat sekarang sudah banyak seperti internet, blog, telefon, SMS dan sebagainya yang ternyata lebih berkesan dan cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mr Ashok K. Kantha di pejabatnya baru-baru ini.
Petang Isnin lalu KDN menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi yang berpengaruh di negara ini iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai tindak balas terhadap tindakan KDN, rakyat di negara ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno dalam tempoh tiga bulan.
Menurutnya tindakan KDN yang diterajui pemimpin Umno jelas mahu menyekat pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin meluas sekarang.
"Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat.
"Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tomohan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," katanya.
Kata beliau tindakan menahan seseorang pemimpin politik ke dalam ISA bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara, sebaliknya mengancam kedudukan Umno sehingga makin hilang pengaruh.
"Saya yakin tindakan mereka bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
"Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya.
Oleh itu beliau berkata, tindakan pemimpin Umno menyekat akhbar milik Pakatan Rakyat menyebabkan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN semakin menjalar. - mks._
***Hairan aku dengan pihak yang sesuka hati tahan permit sana sini. tak faham ke rakyat ni ada telinga, ada mata, ada hati dan yang pasti ada AKAL. sekatlah macam mana pun semakin membuak puak2 yang berakal ni nak mencari kebenarannya. makin disekat makin terserlah kebenarannya.sebagai rakyat Malaysia yang membaca buat masa ni 3 akhbar iaitu BH, UM dan harakah ternyata ke tiga2 media ini mempunyai penjelasan yang jelas dn ada juga agak mengelirukan. kadang2 terasa nak melempar aje salah satunya apabila terasa dilaporkan dalam keadaan berat sebelah.
bilakah lagi surat khabar utama negara kita akan menjadi media bebas yang bersuara demi kepentingan rakyat?
hai marilah bersama mencari kebenaran. kerana jika kita mengikut sahaja tanpa berfikir, bimbang bagaimana nanti generasi akan datang.
bersiap untuk pulang...
semua sedia maklum, jika dulu stesen bas klang terletak kira2 15 minit dari rumah aku. namun sejak dipindahkan ke Meru atas alasan kesesakan jaraknya bertambah 45 minit dari rumah aku. tapi yang bestnya ia menjadi dekat pulak dengan rumah arwah nenek aku. kalau dia masih hidup bolehlah aku balik ke rumah dia. bermanja dengan nenek perkara yang jarang pernah aku lakukan.
dan ini akan menyusahkan papa kalau nak amik aku. berbeza jika aku turun di kuala lumpur. dari KL sahaja aku boleh mengambil LRT dan turun di KL sentral untuk bersembahyang. bukan tak nak sembahyang di Pudu tau Central Market, tetapi disebabkan aspek keselamatan dan keselesaan Kl Sentral menjadi pilihan aku. dapatlah aku jama' dan qasar sebelum sampai ke rumah. dari KL sentral aku akan naik komuter terus ke telok gadong. maka apabila turun di telok gadong, hanya perlu berjalan tak sampai 10 minit dah sampai ke teratak bonda di mana kasih sayang sedia menanti. heheh rindu sangat nak balik.
dari Kl juga boleh naik bas terus ke stesen klang yang lama dan minta papa amik. perjalanan menaiki motosikal dalam 15 minit.
begitulah kemudahan yang ada. alhamdulillah rumah aku disediakan dengan pelbagai kemudahan. jadi rasnya tak pening kepala sangat nak balik rumah.
rindu bersama keluarga...
aku tahu bukan aku seorang sahaja yang mengimpikan dapat menghabiskan masa bersama keluarga, namun apabila diberi peluang maka haruslah digunakan dengan sebaiknya.
jika dulu aku pulang hanya sekadar melepaskan rindu. namun kini aku menanam tekad, kepulangan selepas-selepas ini bukan hanya untuk melepas rindu malah mempunyai misi besar.
aku pulang dengan satu agenda. mempraktikan dakwah dalam kehidupan aku. rasanya tak lengkap jika hanya diri ini yang menerima tarbiah. terasa pentingkan diri jika hanya aku yang merasai kehangatan dakwah. aku boleh menyampaikan ilmu kepada adik seusrah namun kenapa tidak kepada ahli keluarga aku yang sah darah daging aku.
terkadang kita mengabaikan aspek penting dalam kehidupan. sebagai contoh seorang pejuang yang menegakkan Islam tetapi dalam masa yang sama ketika keluar berjihad dia membiarkan laptop dan lampu meja terpasang di dalam bilik tanpa ada siapa yang mahu menggunakannya. bunyinya simple namun jika perkara sekecil ini pun kita tidak setlle bagaimana dengan perkara2 besar.
Salahudin Al-Ayubi ketika mahu menawan Baitulmaqdis memastikan tenteranya menjaga tarbiah ruhiyah namun bagaimana dengan kita?
dakwah harus bermula dalam diri dan dipraktikan kepada orang terdekat terutama orang yang kita sayang. selalu aku mendengar bila kita menegur orang yang melakukan kemungkaran, sebenarnya kita sayang kepada mereka kerana mereka tidak tahu. jadi atas dasar sayang jagalah juga ahli keluarga kita. semoga Allah membuka pintu hidayah buat mereka.
Ya Allah.. padaMu ke memohon.. ampuni daku, permudahkan urusanku...
Ayuh Muslimat... kita sahut seruan... apa TUNGGU lagi?!
SIGMA : SEBUAH KELAHIRAN
Dahulu, muslimat dipandang malu untuk bersuara dan menyatakan pendapat,
Dahulu, muslimat dilihat tidak berani ke hadapan untuk memacu perjuangan,
Tapi kini, SIGMA mahu melakukan perubahan, mengulangi sejarah srikandi Islam yang silam.
Ketokohan Khadijah dijadikan sumber inspirasi dalam perjuangan, keilmuan Aisyah dijadikan semangat untuk terus menimba ilmu, kemuliaan Rabiatul Adawiyah dijadikan contoh untuk kita sentiasa merasai bahawa diri ini hamba yang lemah dan kesabaran Sumaiyyah dijadikan pedoman untuk kita lebih kuat menghadapi cabaran dan rintangan.
Nantikanlah dunia, srikandi-srikandi ini akan lahir semula pada abad ini dengan wajah yang baru, semangat yang baru dan versi yang baru. Kerana kita tahu pranan kita, maka kita perlu bergerak, kerana kita tahu halatuju kita, maka kita perlu teruskan perjuangan ini.
Muslimat muda yang tergolong dalam golongan intelektual perlu lebih berjiwa besar dan memandang masalah masyarakat pada hari ini adalah tanggungjawab kita. Idealisma kita sangat didahagai oleh semua untuk membawa masyarakat ke arah yang lebih baik dan bertamadun dari segi akhlak dan budayanya.
MUSLIMAT POWER
Slogan keramat ini akan kita pastikan seiring dan sejalan dengan slogan Student Power yang sering kita laungkan sebelum ini. Namun pada saat itu, kepemimpinan muslimat ditenggelami dengan kehebatan dan jiwa besar muslimin. Langsung tenggelam figure-figure muslimat dek kelantangan dari pihak muslimin.
Nah, dengan semangat slogan ini, kita mendambakan satu perubahan yang sangat power dari pihak muslimat, agar kita juga mampu untuk terkehadapan untuk menyuarakan isu dan pendapat bersama-sama dengan muslimin.
Pandangan masyarakat terhadap kedudukan wanita perlu diperbetulkan. Penjelasan mengenai hak wanita menurut pandangan Islama perlu diberikan penjelasan dengan sebaik agar idealisma gerakan-gerakan yang sering menyalah tafsirkan ayat al-Quran dan hadith ini dapat diperbetulkan dan dihapuskan. Islam tidak pernah sekali-kali merendahkan kedudukan wanita, malah Islam telah meletakkan wanita ini pada tempat yang sangat sesuai dengan jiwa dan kemampuan kita. Inilah tanggungjawab kita sebagai gerakan muslimat muda. Dengan mengambil semangat gagasan MP3, laungan slogan MP3 akan sentiasa menemani kita dalam melakukan perubahan pada masyarakat.
M = MUSLIMAT
P = POWER!
P = POWER!
P = POWER!
SIGMA : BANGKIT MENENTANG FEMINISME LIBERALISME
Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang paling menarik untuk dibicarakan, baik dari sudut kecantikannya, penampilannya, peranan dan tanggungjawabnya, haknya, kebebasannya dan apa jua yang menyangkut dengan diri wanita, sehingga ada pepatah: ‘baik wanita, baiklah negara, buruk wanita maka buruklah negara.
Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam banyak menyebut tentang wanita, kepimpinan dan keteladanannya. Islam telah membela hak dan memuliakan wanita sama dengan kaum lelaki. Islam memberi hak untuk wanita menuntut ilmu, beramal ibadah, berusaha, berkhidmat dan berganding bahu bersama kaum lelaki sesuai dengan aturan dan nilai-nilai murni yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu Wataala.
Pada hari ini, kita dihidangkan dengan pelbagai cabaran yang kadang- kadang menggugah Islam itu sendiri. Fahaman kebebasan yang dipelopori oleh wanita barat yang beranggapan bahawa kebebasan itu ialah kebebasan melakukan apa sahaja mengikut kehendak hawa nafsu mereka.
Fahaman ini telah sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi wanita Islam dan tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan perjuangan tersebut yang menuntut kebebasan dan hak yang sama rata dengan kaum lelaki.
Malahan ada yang sanggup mengatakan bahawa agama Islam adalah penghalang gerakan wanita dalam memanfaatkan potensi mereka bagi usaha pembangunan.
Atas nama kemajuan dan pemodenan, banyak wanita Islam terus menerima pemikiran ini dan mempraktikkan budaya dan nilai hidup bebas sehingga mengabaikan peranan-peranan yang telah dikhususkan kepada mereka dan mencemarkan nilai kewanitaan yang ada pada mereka.
SIGMA : MERAKYAT PERJUANGAN
Muslimat memiliki peranan besar dalam membentuk masyarakat. Ini kerana awal pertumbuhan dan perkembangan sesuatu generasi berada di bawah asuhan dan didikan kita.
Bagaimanapun dalam bidang kepimpinan tertinggi sesuatu bangsa atau negara, wanita Islam tidak diberikan hak untuk memegang jawatan tersebut.
Ini bukanlah kerana taraf wanita itu dianggap lebih rendah daripada lelaki, tetapi kerana wanita secara tabi`inya mempunyai jiwa yang lembut dan emosi yang mudah mempengaruhi.
Meskipun muslimat tidak boleh memikul beban jawatan yang berat dalam mentadbir negara (imamat), tidak bermakna kita tidak berupaya memegang jawatan atau tanggungjawab lain yang tidak kurang pentingnya dalam membangun bangsa dan negara. Kitalah jurubicara ummah.
Suara-suara muslimat memberikan pendapat dan pandangan di peringkat nasional mahu pun antarabangsa sudah mula didengar dan kemampuan wanita menerajui pelbagai profesion telah diperakui dan setanding dengan kaum lelaki.
Ini membuktikan bahawa wanita juga mempunyai kewibawaan dalam memberikan sumbangan terhadap pembangunan sesebuah negara.
SIGMA : MEMACU PERUBAHAN
Tinggalkan dahulu kenangan lama kita yang lebih suka bergerak kerja di belakang tabir kerana pada hari ini kita akan melakukan satu perubahan dalam gerakan bagi merubah masyarakat.
Cukup-cukuplah kita menjadi pendengar dan penonton kepada gerakan feminisme seperti Sister in Islam (SIS) yang tegar memperjuangkan ISU gender dan kesamarataan antara hak wanita dan lelaki.
Jati diri wanita Islam yang telah turut tercalar dengan pengaruh perjuangan gender ala barat ini memerlukan perhatian masyarakat umat Islam untuk dibanteras sama sekali agar fahaman dan ideologi ini tidak terus-terusan menyesatkan masyarakat kita.
Maka, Srikandi Gerakan Muslimat Muda perlu bangkit untuk memainkan peranan dan tangunggjawab kita terhadap masyarakat. Ayuh muslimat muda, kita lakukan perubahan." - Rafidah Salleh
SIGMA : GERAKAN BERWIBAWA
Dengan semangat kepasukanan yang digembelengkan bersama bisa melahirkan satu gerakan yang berwibawa dan kental dalam menghadapi kritikan dan pandangan umum terhadap mahasiswi.
Biar tohmahan dan cacian yang dilemparkan, namun kita akan tetap terus memandang ke hadapan dan meneruskan langkah perjuangan kerana kita sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat.
Abaikan sebentar pandangan rendah mereka terhadap kita, tapi sahutlah ia sebagai satu cabaran untuk kita lebih berhati-hati dalam menyusun gerak langkah agar gerakan kita tidak nampak kalut dan lemah.
Gerakan muslimat muda bukan gerakan yang lemah,
Gerakan muslimat muda bukan gerakan yang pengikut,
Gerakan muslimat muda bukan gerakan yang berjiwa kecil,
Tetapi
Gerakan muslimat muda punya visi dan misi yang jelas,
Gerakan muslimat muda juga mampu menjadi worl-class leaders,
Gerakan muslimat muda sentiasa berjiwa besar menuju perubahan,
Maka
Srikandi Gerakan Muslimat Muda ;
Gerakan Berwibawa!
Rafidah binti Salleh,
Timbalan Presiden GAMIS,
Penasihat SIGMA
***masih terngiang2 lagi deru suara kak rafidah ketika membentangkan halatuju SIGMA. terpukul rasanya. bagai membawa satu semangat yang menolak2 aku untuk sama2 merasai goncangan yang bakal di bawa oleh SIGMA.
jika sebelum ini muslimat sering menjadikan kurangnya ruang menyekat peluang mereka untuk berpencak sehebat kaum muslimin. nah sekarang HELWANI sediakan SIGMA untuk kita berpadu dan membawa gerakan muslimat lebih terkehadapan.jadi apa tunggu lagi sahabatku? jangan malu2 dalam perjuangan yang kita tahu kebenarannya. tingkatkan pemahaman. sediakan diri untuk ditarbiah. mari melangkah ke gerbang perjuangan. ihad di jalan Allah. TADBIR!
alert!!!
jadi bagi memastikan aku study 100% aku pun membawa segala kelengkapan untuk belajar ke perpustakaan. kalau ada orang yang nampak aku dengan beg galas dan beg sandang ni mesti diorang kata aku nak larikan diri dari kolej. arh... peduli apa aku.
sampai di perpustakaan aku pun ke meja yang selalu aku duduk. alamak ada orang pulak. tetiba terpandang karel room yang menghadap masjid yang cantik dengan pemandangannya. tapi menunggu lama aku pun bergegas ke bilik penempahan dan akhirnya aku berada di bilik karel27. haha ni bilik aku tau!
dengan penat lelah dan tak kira penat aku pun study. walaupun proposal tak siap lagi tak pa abis test malam ni aku bertempur mati2an.
tengah hari pulang sekejap ke kolej. solat. kesian dengan teman2 yang sebok buat barangan untuk konvo. nak membantu tapi misi belum accomplish lagi. sabar ye teman.
dan sekarang jam 4 petang. pertama kali dalam hidup aku menghabiskan seharian di perpustakaan dan tak tidur. selalu aku gi perpustakaan just baca paper, pinjam novel atau hadiri seminar.
okay juga study di perpustakaan terutama kat bilik karel ni. rasa selamat bebarang aku.
dan kemudia jam 4 10 pm. hm.. lagi sikit nak habis, boleh la pergi kelas dakwah kul 5 ni. hatiku meloncat gembira. kemudian aku sms sakinah yang selalu bertindak sebagai setiausaha sulitku untuk inform kat mana tempat test n kul bapa.
dan jawapan dia
"test apa?"
test apa? biar betul minah ni, wei... test separationlah. takkanlah sebab gila buat proposal sampai lupa ada test kot.
thn aku pun call dia
dan jawapan sakinah...
"test tukar 1 april, aku pun baru tau, ko tak tau ek?'
mak oi.....
kelu....
Earth Hours 2009
Saya menyeru para pembaca untuk menjayakan kempen EARTH HOUR 2009 dengan memadamkan semua alat elektrik sedaya mungkin selama satu jam pada 8:30 malam, Sabtu 28 Mac 2009. Setiap rumah yang berpatisipasi, menyumbang kepada penjimatan sejumlah besar penggunaan tenaga, dan mencetuskan kesedaran yang amat payah untuk diketengahkan di era AKU TIDAK PEDULISMA masa kini.
Selamat bertindak.
Baca juga:
Alam Tercemar Bila Iman Terhakis
Tsunami: Teladan al-Quran Daripada Kisah Nuh ‘alayhi al-Salaam
ABU SAIF @ www.saifulislam.combuat diri
Puisi indah-Saidina Ali KarromAllahuwajhah
"DisakitkanNya kita sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya..disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula..itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadangkala kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya.. Dipanggil-panggil kepadaNya, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambaNya..Tapi si hamba tidak peduli langsung!!"
___________________________
"Adalah merupakan satu kebahagiaan bagi orang yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, membangunkan kuburan sebelum dia masuk ke dalamnya, dan mencari keredhaan Tuhan sebelum bertemu denganNya.."
___________________________
"Selalu benar kau manjakan matamu dengan keindahan...nanti kau mudah menjadi pelupa,,, Selalukanlah pujuk matamu memandang kedhaifan, selagi itu kau tetap menjadi pengingat.."
___________________________
"Seorang bijaksana pernah berkata.. "Aku hairan melihat orang bersedih kerana kurangnya harta..tetapi tidak bersedih di atas berkurangnya umurnya..." dia berkata lagi.... " Barangsiapa yang menghabiskan masa mudanya dengan suatu keadaan, maka ia akan berada dalam keadaan yang sama di masa tua kelak...."
sumber:http://tintamahasiswa.blogspot.com
ahad
dah pukul 8 am tapi aku masih tak bergerak2. masih kaku dimeja study. ada rasa rimas dalam hati. terasa ingin memberontak. minta diberi perhatian. argh... macam mana ni...
8.15am masih kaku disitu. masih tercari apa yang harus dibuat. pergi atau tidak? banyak yang belum disiapkan. esok malam ada test control, proposal tak siap lagi. Prof NASA mesti bengan sebab aku belum hantar proposal yang sepatutnya aku submit jumaat lepas. makin lemak aku!
8.30 pintu bilik diketuk.
"kak ada pinggan tak?" Aisyah muncul disebalik pintu siap dengan helmet dikepala.
"akak mana ada pinggan, selalu pakai polystren je." jawab aku ringkas. Aisyah hanya memerhati. kaget melihat aku yang sepatutnya berada kat tapak program. aish macam dihantar pihak sana pulak si Aisyah ni untuk mengintip aku tengah buat apa.
"akak tak gi program ke?"
"jap lagi akak pergi, kuliah belum lagi kan?"
"kita orang baru abis riadah, sekarang tengah makan, akak datang ye."
aku hanya mengangguk. buku yang bersepah dengan journal yang bertaburan disana sini aku perhati lesu. semua ini sangat menyesakkan. kan bagus kalau aku tak delay keje banyak benda aku boleh buat.
teringat kata2 kak Helia, kalau sebok jangan pergi program Cindai, tapi make sure pergi program hari ini, program ni lagi penting. program Cindai tu dah ramai yang pergi. menyemak je kalau aku ada.
tapi degil pergi juga. argh dimana ada ilmu masakan aku mahu mengelak. indahnya berada dalam majlis ilmu. tambahan pula penyampainya Ustaz Ismail yang sememangnya hebat dan jelas penyampaiannya.
argh... aku tak menyesal pun. semuanya problem aku, kalau malam tadi aku tak tidur mesti siap. tapi aku tertidur. hai.. badan ni pun nak rehat juga.
8.30am... akhirnya aku kemas barang dan bersiap ke tapak program yang letaknya hampir benar dengan kolej aku. kelihatan sahabat2 sudah ramai di sana. Nazirah mengajak bersarapan. mehun goreng aku makan perlahan. sedang enak makan penceramah yang dinanti tiba.
mendengar pengisian yang diberi oleh seorang yang tidak asing lagi daripada kami membuatkan aku sayu. tajuk wanita dan kepimpinan sungguh membuai aku. hai mampukah aku menjadi seperti seorang wanita di zaman Rasulullah yang mampu menjadi wakil muslimah dalam menyuarakan masalah kepada Rasulullah.
lihatlah gerakan muslimat hari. terkadang nampak lesu. selalunya lebih didominasi oleh golongan muslimin. mampukah muslimat bangkit menjadi tulang belakang kepada perjuangan? bukan lagi sayap kiri. mampukah aku?
perbincangan tambah menarik bila ajai bertanyakan soalan cepu emas kepada jemputan. penceramah yang mempunya 14 orang ditanya bagaimana boleh melahirkan anak yang ramai dalam keadaan masyarakat hari ini yang amat membimbangkan.
sayu dengan jawapan si penceramah. betapa segala yang dilakukan demi Islam buat aku merasa sangat kagum. kita kah yang memberikan rezeki? bukankah rezeki masing2 itu ditentukan oleh Allah.
di waktu tengah hari kami dibahagikan kepada group masing2. aku berada dalam group kemahiran dan kepimpinan. kami diberikan task agar menyediakan kertas keje yang berkaitan kepimpinan dan kemahiran untuk dijadikan program untuk semesta hadapan.
sedang ralit bercerita tiba-tiba keadaan menjadi gembar dengan kehadiran beberpa siput B. huhu mana2 mesti ada.
tenagh hati itu aku minta keizinan dari pihak penganjur untuk tidak mengikuti sesi petang yang hanya meliputi pembentangan kumpulan dan slot muhasabah. hati aku rasa sedikit terguris apabila pihak penganjur seolah enggan memahami masalah aku. aku diminta untuk terus berada disana, boleh menyiapkan asignment tapi mesti berada ditapak program.
buat pertama kalinya aku benar2 merasa sedih. aku mula merasa tidak ada siapa yang cuba faham masalah aku. tak tahukah mereka betapa banyak pelajaran yang aku dah tertinggal dan betapa banyak asignment yang bertimbun atas meja study aku? hati aku mula membentak2 dan tanpa disuruh air mata mengalir dengan deras. lantas aku hantarkan sms pada kak Syifa'
"kak.. pernah tak akak rasa terbeban dengan tugas dan tanggungjawab?"
lama sms tu tak berbalas. dan diwaktu petangnya aku mendapat balasan
"ingat balik matlamat hidup kita? 3 peranan kita? baca balik tafsir surah al-saff. susun JADUAL HIDUP betul2..."
3 peranan manusia...
1) pemakmur alam
2)abid/hamba
3)khalifah
diri ini hanya manusia biasa. terkadang keliru dan terlupa dengan tanggungjawab mana yang utama dan mana yang boleh dilewatkan. argh... aku hanya manusia.. terlalu mudah untuk tersungkur. aku bukannya superwoman yang mampu melakukan itu dan ini, terkadang merasa sakitnya.
namun, wajarkah aku menjadikan itu alasan? terkadang aku merasa diri sangat keliru dengan mana satu yang aula. disinilah aku memerlukan sahabat yang mampu memahamkan aku. terkadang aku sendiri tak mampu menerima segala saranan sahabat, disinilah sabar diperlukan.
demi tuhan, masa sering membunuhku. aku menjadi gila kerana dipermainkan masa.
"kamu akan diuji dengan apa yang kamu perkatakan"
sesungguhnya berat ujian ini. rasa tersungkur dan tersembam saat ini. mencari2 cahaya dalam kegelapan. namun 3 peranan itu mengembalikan kekuatan ku.
Ya Allah... jika aku terbeban sesungguhnya ada ramai lagi sahabat yang terbeban. kau fahamkanlah hati ini Ya Allah, sesungguhnya dalam setiap langkah, dalam setiap kerja dan dalam setiap masa yang aku korbanka hanya untukMu... moga kau balasnya dengan ketenangan dihati ku...
biarkan aku tersenyum melayan segala masalah yang menyinggah dengan hati yang tenang...
mari mara menuju cita-cita
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com
Menjalinkan ukhuwah membangunkan ummah
Jihad jalannya dakwah penyedarnya
Berkorban penegaknya takwa bekalannya
Modal utama di dalam jihad
Mari susun barisan bergerak rentak yang sama
Bahu membahu menuju matlamatnya
Melangkahkan kaki menghayunkan tangan
Dengan semangat baja membelah rintangan
Melangkahkan kaki menghayunkan tangan
Dengan semangat baja membelah rintangan
Dihadapan
Ayoh mari segera jangan pandang kiri kanan
Jangan berlengah lagi buang angan - angan
Qur'an panduan sunnah ikutan
Kitakan tetap mendapat pimpinan
Qur'an panduan sunnah ikutan
Kitakan tetap mendapat pimpinan
Mari mara menuju cita - cita menegakkan iman
Menjalinkan ukhuwah membangunkan ummah
Jihad jalannya dakwah penyedarnya
Berkorban penegaknya takwa bekalannya
Modal utama di dalam jihad
Bila jiwa lemah ingatlah Alloh
Bayangkan nerakanya jiwakan subur semula
Menjadi tenaga perjuangan kita
Tetap akan marah inilah penyubur jiwa
Menjadi tenaga perjuangan kita
Tetap akan marah inilah penyubur jiwa
Didalam perjuangan
Janji Alloh pasti akan tiba
Asalkan syaratnya dapat dipenuhi
Yakinlah jangan ragu - ragu lagi
Sabar menunggu kemenangan
Yakinlah jangan ragu - ragu lagi
Sabar menunggu kebenaran
Dihadapan mata
Mari mara menuju cita - cita menegakkan iman
Menjalinkan ukhuwah membangunkan ummah
Jihad jalannya dakwah penyedarnya
Berkorban penegaknya takwa bekalannya
Modal utama di dalam jihad
Ingatlah Alloh (Laa Illaha Ilalloh)
menjadi pelindung kita
Didalam sebarang(Laa Illaha Ilalloh)
marah dan bahaya
Ingatlah Alloh (Laa Illaha Ilalloh)
menjadi pelindung kita
Didalam sebarang(Laa Illaha Ilalloh)
marah dan bahaya
Alloh membantu mengalah musuh kita
bertambah jiwa subur setiap masa
Alloh membantu mengalah musuh kita
bertambah jiwa subur setiap masa
Mari mara menuju cita - cita menegakkan iman
Menjalinkan ukhuwah membangunkan ummah
Jihad jalannya dakwah penyedarnya
Berkorban penegaknya takwa bekalannya
Modal utama di dalam jihad
Forum Maulidul Rasul
Forum ini menampilkan 2 orang ahli panel yang tidak asing lagi, Dr. Azhar B. Muhammad, Pengarah Masjid Sultan Ismail dan Ust. Mohd Rifqi B. Maidin dengan tajuk yang akan dibincangkan "Subuh Yang Terakhir: Detik-detik Kewafatan Kekasih Allah"
***aduh.. terlalu banyak proposal tak siap dan test cntrol esok. minta jasa baik sahabat2 tolong rekodkan... tajuknya saja bisa meruntun jiwa
permata yang dicari...
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Dehearty-permata yang dicari
dalam kesibukan, aku pergi juga ke program CINDAI ini. walaupun proposal masih tak siap dan study tak habis lagi untuk test isnin ni tapi still nak pergi. kenapa? dah lama tak dengar kuliah ustaz ismail. rindu pula mendengar segala butir nasihat daripada beliau yang tak ubah seperti seorang ayah kepada mahasiswa UTM ni.
apa yang dibentangkan sangat menarik. sambil mendengar perbentangan aku ligat mengusik kak Helia. hehe mesti kak Helia bengang dengan aku. huhu alah adik2 nak bermanja ni, jangan marah2...
kebanyakan audiens rasanya faham dengan apa yang dikupaskan. rata2 banyak soalan ditanya. hati ini ingin juga bertanya soalan namun berikan aje laluan pada mereka yang lebih memerlukan. tertarik dengan cerita Ustaz mengenai pengalaman beliau yang melangsungkan pernikahan di Mesir yang hanya menggunakan khidmat rakan2 dalam soal mencari jodoh.
bila dilihat dengan masyarakat kita hari ini, persoalan mencari pasangan terlalu diabaikan. mengapa? kebanyakan kita banyak meletakkan nafsu dahulu sebagai panduan dalam mencari jodoh sehingga kita membelakangkan segala tuntutan agama. sebab itu budaya couple semakin berleluasa. wajarkah kita menggunakan alasan bercouple untuk mengenal hati pasangan dan kemudian melangsunkan pernikahan. dimana letaknya keberkatan?
melihat teman2 yang sudah berpacaran tidak pernah membuatkan hati ini cemburu. sebaliknya merasa pelik kerana apa yang mereka lakukan terang2 bertentangan dengan agama dan memalukan.
jika ditanya ingin bercinta? ya memang hati ini juga dambakan sebuah cinta, namun cinta itu hanyut dalam kecintaan yang lebih pada yang Esa. senang sekali mendengar percintaan yang bermula selepas pernikahan. bukankah suami jaminan ke syurga? mencari seseorang yang bukan sahaja boleh memimpin kita malah keluarga kita ke syurga memerlukan kita mengikut atucara yang telah dijelaskan olehNya.
pada siapa hati harus membicara sahabat tika dalam kesunyian. marilah bercinta dengan Tuhan. tatkala hatimu diusik rasa rindu dan cinta pada makhlukNya, pada Dialah kita curahkan segalanya.
"ika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu"
bukan mudah mendidik hati, namun buatlah kerana Ilahi. InsyaAllah akan dihadiahkanNya dengan insan yang selamanya akan kau cintai keranaNya.
hati yang bernyanyi
Munsyid : UNIC
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
sambil berjalan... sambil berfikir... mencari cinta siapa diri ini? moga2 ia hanya untuk Ilahi... jauh dari yang tak sepatutnya.
Munsyid : Nazrey Johani
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah
Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawana
Berseri ukhwah dipupuk kasih
Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
Biar keikhlasan berbicara
Di dada hati luas saujana
temanggu...
dalam perjalanan mengharungi kehidupan, kita akan berdepan dengan situasi yang kadang2 kita tak faham. namun ia mengajar kita untuk mentafsir. lantas menjadikan kita dewasa untuk respon dengan setiap perkara yang berlaku. mungkin ada satu ketika kita akan tersungkur, namun ingatlah adakalanya kita berjaya bukan? maka jadikan kejayaan itu sebagai sumber insporasi untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. manakala segala kegagalan sebagai kayu ukuran untuk kita mengelak dari mengulanginya.
adakala dalam melangkah, kita dapat melihat ada sahabat yang sudah jauh meninggalkan kita. ada satu ketika terasa sepi kerana kegembiraan dulu semakin dilupakan. jadi menjadi tanggungjawab kita agar memastikan ukhuwah antara kita sentiasa terjaga. percayalah adakalanya kita terpaksa kembali kepada waktu2 pertama kali bersua agar kemesraan kembali dirasa.
kehidupa akan terus melangkah. kita terpaksa bergerak seiring. mungkin sudah masanya kita lakukan 2 perkara dalam satu masa. jangan hanya terus termangu dan ditinggalkan waktu.
-hanya coretan dari hati yang ingin katakan sesuatu namun tak terluah-
Kajian mendapati 98% memounyai masalah dalam PPSMI
BANGI, 19 Mac (Hrkh) - Satu kajian yang dilakukan oleh seorang profesor linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia, mendapati 98 peratus guru mengatakan pelajar mereka mempunyai masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
| |
Menurut beliau, kajian ini dilakukan pada tahun 2004 ketika dasar PPSMI baru dilaksanakan itu dengan melibatkan 900 orang responden yang terdiri dari guru-guru dan pelajar serta dana sebanyak RM1,500 di seluruh Malaysia.
"Saya tidak hanya bercakap kososng mengenai perkara ini, saya minta soalan kajian ini diseludup ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia tanpa mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan.
"Kalau pihak Kementerian tahu, pasti kajian ini akan disekat dengan serta merta.
"Walaupun ada suara sumbang mengatakan dasar ini baru dilaksanakan, tidak ada apa faedahnya membuat kajian kerana baru lagi. Ia mesti diteruskan," tegas beliau.
Beliau berkata demikian dalam satu seminar hala tuju dasar PPSMI dalam dasar Pendidikan Kebangsaan yang diadakan di Dewan Teater, Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) pada 14 Mac lalu.
Hadir sama dalam seminar ini, Setiausaha Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Hasni Abbas; Timbalan GMP, Dr Shahril Zain dan Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.
Program ini telah dianjurkan oleh Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB).
Manakala tambah beliau, sebanyak 96 peratus orang guru tidak bersetuju bahawa ramai pelajar mereka semakin berminat dengan PPSMI.
"94 peratus tidak bersetuju dengan keputusan peperiksaan pelajar sangat membanggakan dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris," tambah beliau.
Selain itu menurut beliau, 84 peratus orang pelajar mengatakan tidak setuju dengan semua pelajaran mesti mengunakan bahasa inggeris.
"Serta 75 peratus pula tidak setuju bahawa belajar sains dan matematik dalam bahasa itu tidak mendatangkan masalah pemahaman," katanya.
Oleh itu beliau berkata, mereka yang suka bercakap dalam bahasa inggeris, mencapai tahap yang baik, boleh berbincang dalam bahasa itu adalah mereka dari bandar dan Sekolah Menengah (SM) bukan Sekolah Kebangsaan Menengah (SMK).
"SMKlah lubuk anak Melayu, SM merupakan sekolah campur dengan semua kaum ada di sekolah itu. Oleh itu, yang dapat untungnya ialah SM bukan SMK, itu lubuk anak Melayu.
"Dan yang malang dan yang tertinggal dalam dasar ini ialah pelajar luar bandar yang merupakan 70 peratus dari populasi rakyat Malaysia yang kebanyakkan anak Melayu," katanya. - mns_
CIndai... cintan cintun
jom pakat ramai2 mai.... haha buka hati, buka minda. jangan pandai bercinta je... benda ni semua ada kena mengena ngan korang. apa lagi yang bercouple, mencuba nak bercouple atau ada hati nak couple. mai gegarkan N24...
kena balik rumah...
kem kepimpinan remaja islam
anjuran :
GAMIS dibawah Faqih Synrgiz dan JAWI
20-22 mac
di Lambaiana, Ulu Langat
bayaran Rm 50
Berminat?
Yusri 013-6295605 dan Solehati 019-4358727
Tarikh tutup 20 Mac 2009.
tetiba mesej masuk.
"mas syafiq sebok dengan kawad kaki jadi dia tak dapat pergi, maaf ya. mas balik tak 28 hb ni? along buat sambutan hari jadi amirah? dia buat kat rumah mama......."
antara mesej yang terkandung dalam sms yang dihantar oleh mak lang.
hm 28hb ni amirah, anak sedara and puteri kecil aku punya birthday. minggu lepas selepas program STIGMA aku pulang sekejap ke rumah. along ada bagi tau pasal tu. dia siap warning aku suruh balik. aku just angguk aje. memang aku nak sangat balik. kenapa?
insyaAllah pada tarikh tu nanti semua ahli keluarga aku akan berkumpul. itulah perkara yang semakin jarang kami lakukan kecuali masa hari2 raya aje. dan demi tuhan aku sangat rindu suasana yang penuh dengan kasih sayang itu. lama sungguh tak bertanya khabar berita pak lang. sihat atau tidak. pak uda macam mana pula? mak uda? sunyikah dia sekarang? semua anak2 dah besar dah bawa haluan sendiri. sehingga lupa kaum2 ibu mendambakan kasih sayang anak2. syawal masih gelap lagI? nana makin mengganas sejak join hoki remaja kebangsaan. andika dengan kumpulan shapelnya yang begitu membimbangkan aku. syafiq yang asyik naik pangkat dalam persatuan PRSnya. omar? macam mana study dia dalam mara collage? mona? kata nak further study? atau nak terus kahwin? argh... banyaknya yang aku tak tau. dan apa khabar puteri nozie? aisyah sofea yang sememangnya comel dan manis?
allahuakhbar, pasal sahabat2 aku sentiasa followup, tapi macam mana dengan mereka yang menyayangi aku ni?
kebetulan 28 hb tu LTKS buat riadah dengan senior and junior. tersepit juga aku dibuatnya. semuanya ada orang yang aku cintai.
hm.... Tuhan padamu ku panjatkan pertolongan. pada mana yang harus ku lebihkan.
namun dalam diam aku mahu keduanya. aku mahu semua cinta yang kau anugerahkan padaku... kerna aku tahu cinta mereka yang kau hadiahkan tulus dan suci...
aku mencintai mereka kerana ia menambahkan cintaku padaMu...
DEMONSTRASI...
antara tuduhan2 sesetengah pihak yang menganggap Demonstrasi antara perkara tidak perlu untuk rakyat Malaysia. ramai yang beranggapan bahawa semua perkara boleh diselesaikan di meja rundingan. perbincangan secara profesional dan akademik.
ya aku setuju semua perkara harus diselesaikan di meja rundingan. rakyat Malaysia kaya dengan budaya timur. berlemah lembut dan berlapik dalam semua perkara.
Demonstrasi tak bermula dengan terus berdemonstrasi sahaja. perlu di ingatkan demonstrasi hanya berlaku bila isu sudah panas, bila segala saranan umpama menyimbah air di daun keladi. tiada respon serius dari pihak yang bertanggungjawab.
kuasa demonstrasi.
tiada siapa yang dapat menyangkal kuasa hebat dari demonstrasi. bisa termanggu sesiapa sahaja. lihat sahaja ketika malayan union hendak dilaksanakan, orang melayu mengadakan rapat umum di sepanjang jalan. membawa sepanduk2 dan banner. dan akhirnya kerajaan British akur dengan desakan orang melayu kala itu agar malayan union dihentikan.
dan hari ini rakyat Malaysia selepas terledaknya REFORMASI, Demonstrasi menjadi kemuncak penyaluran suara. lihat sahaja pada pilihan raya umum yang lalu, perhimpunan BERSIH menuntut agar pilihan raya bebas dari penipuan. Demonstarsi Mahasiswa membantah kekejaman Palestin di kedutaan Mesir, Demonstrasi AUKU dan yang terbaru dan terhangat Demonstrasi membantah PPSMI yang mencecah 100 ribu rakyat Malaysia bukan hanya dari golongan tua, malah mahasiswa dan kanak2 turut terlibat.
dari pengamatan da penilaian saya demonstrasi punyai kuasa dan aura yang tidak dapat dinyatakan. Demonstrasi bisa membuatkan rakyat yang lena bangkit respon dengan isu semasa yang berlaku. kita lihat sahaja Demonstrasi Palestin di universiti saya sendiri, apabila kami mengadakan himpunan aman membantah kekejaman Zionis di Gaza, telah membuka mata mahasiswa akan isu Gaza. dapat dilihat selepas itu bermacam2 program melibatkan Gaza diadakan. antaranya seperti hari black attire, kempen aman Palestin dan bermacam lagi. dan sehingga hari ini kesannya masih dirasa.
Demonstrasi hebahan hebat yang membawa perpaduan...
entah kenapa itu yang saya rasakan. semua saling berkerjasama demi perkara yang dibawa dapat sampai kepada pihak yang selayaknya. mungkin ada yang merasakan demonstrasi hanya mencemarkan nama baik negara. namun jika anda faham dengan apa yang dibawa anda akan merasakan inilah medium terhebat untuk menyatakan pendirian tegas anda pada pihak yang selayaknya.
Demonstrasi tidak semestinya membawa maksud derhaka.
persoalan yang berlaku di Perak, rakyat menghalang upaara angkat sumbah MB Perak yang baru menyebabkan ramai yang beranggapan rakyat Perak merdehaka. ada antara mereka yang terkena gas pemedih mata dan dirempuh oleh FRU.
bagi saya mereka bukannya merdehaka, sebaliknya mereka disana untuk menyatakan pada raja2 agar mendengar apa yang mereka ingin katakan dan mendedahkan kepada raja jangan mengambil langkah yang boleh meletakkan raja dalam kedudukan yang salah.
Demonstrasi...
bagi saya demonstrasi takkan berlaku kalau pihak yang bertanggungjawab dapat berkerjasama menangani isu yang dimainkan. di sinilah menuntut keikhlasan satu pihak dalam membela nasib rakyat.
apa yang berlaku dalam demonstrasi PPSMI adalah sesuatu yang mendukacitakan dan mengejikan. FRU menyerang orang awam yang berlindung di dalam masjid. sedangkan dalam peperangan, Rasulullah melarang tentera Islam dari menyerang rumah ibadat orang lain.
apa yang berlaku sangat menyakitka. buat saya tertanya2 bagai ada pihak yang cuba menggunakan kuasa bagi menghalang hak rakyat. bagi sesiapa yang masih samar2 lagi. fikir2kanlah.
sampai bila kita harus berada dalam cengkaman.....
aku mahu bersendiri...
kadang kala aku pelik dengan hati ini. mengapa benar suka hati mahu membenarkan akal untuk membuat keputusan. aku berharap hati akan menyokong keputusan akal. namun kerana sayang semuanya bagai terhalang.
demi Tuhan yang menganugerahkan hati dan akal. kau tetapkanlah matlamatku. aku mahu semuanya berjalan lancar. aku mahu ketiadaanku tidak mengugat perkembangan dakwah Islam.
Ya Allah jika keputusan aku salah, kau tegurlah aku dengan kelembutanMu. Ya Allah andai aku menyimpang kau pandu aku kepadaMu.
owh Tuhan yang membolak balikkan hati. aku bergerak atas izin dariMu. moga dimana sahaja langkahku akan terasa gema tarbiah. biar bicaraku sampai pada mereka sekeliling. dan semoga membuka hati dan kau limpahkan hidayah pada aku dan mereka.
merindui perjuangan disisiMu...
dan kita diminta menggunakan akal
untuk mendahulukan mana yang penting dahulu
dan bila aku terpaksa mendahulukan itu dahulu
hatiku diruntun sunyi
lantaran terlalu rindu untuk berjuang
satu music untuk 2 cinta yang berbeza...
insaf sekali apabila mendengar nasyid ini berserta dengan maknanya. betapa ia membuatkan diri sedar dan bermuhasabah.
lagu ini music nya diambil dari lagu halilujah. lagu untuk priview cerita Ghost Whisper. aku antara peminat ghost whisper. hm.. sedih juga klip dia tapi bagi aku klip yang pertama lagi best. sebab cintanya hanya untuk yang SATU...