Selepas Kasut Muntazar Ke Muka BUSH, "Tipping Point" Edrogan pula menjadi

31 January 2009
Akhbar hari ini menonjolkan PM Turki, Recip Tayyib Erdogan menjadi hero seketika bagi perjuangan umat Islam di Gaza. Saya cuba untuk tidak melihat gimik beliau yang mengejutkan dunia dan pentas Forum ekonomi Dunia itu dengan tafsiran yang simplistik.

Siapa tidak kenal Erdogan, Gul dan latar belakang AKP serta anak didik intelek nombor satu dunia, Fethullah Gulen ini dalam seni berpolitik dan pencak silat meletakkan prioriti perjuangan Islam mereka di celahan kekaratan pemikiran sekular rakyat Turki.

Saya berkira-kira tindakan Erdogan yang berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit mempunyai motif dan strategi terancang beliau yang tersendiri, mungkin selepas speechwriter Erdogan mengkaji kelemahan ucapan Peres dan pendekatan emosinya setiap kali beliau memberikan ucapan. Persis seperti bagaimana speechwriter Obama mengkaji kelemahan Mc Cain bila berdebat dan berhujah sehingga akhirnya Obama yang sentiasa menang dalam Presidential Debate.

Erdogan secara luaran mungkin dilihat sekadar membantah prosedur forum yang tidak seimbang penghujahan pro dan kontra dari kedua-dua belah pihak. Erdogan secara luaran mungkin dilihat sebagai anak muda yang mahu menegur orang tua supaya dalam berforum tidak seperti berdebat, tidak perlu meninggikan suara dan menuding jari kepada panelis lain(maklumlah, penulis ada pengalaman berforum di peringkat kebangsaan semasa di KISAS dahulu). Erdogan secara luaran mungkin juga dilihat mahu menunjukkan 'haibah' dan prestij negaranya apabila menyebut : "This was a matter of the esteem and prestige of my country. Our people would have expected the same reaction from any Turkish prime minister. My reaction had to be clear. I could not have allowed anyone to poison the prestige and in particular the honor of my country." Siapa yang tidak mahu berada di belakang PM mereka apabila PM mereka memainkan sentimen prestij dan kredibiliti negara cuba dimalukan oleh negara lain. Erdogan secara tidak langsung telah memenangi semula hati rakyat Turki - melalui 'peluru' sentimen nasionalisme - dengan menonjolkan wibawa negaranya di hadapan perwakilan pakar-pakar ekonomi dunia.


Erdogan vs Peres

Namun hakikatnya secara dalaman, ada motif lain yang turut dipelurukan secara dramatik oleh Erdogan. 1 peluru yang telah membunuh 2 musuh sekaligus, Israel dan parti-parti pembangkang di Turki (menjelang PRU Turki ke 17).

Beliau oportunis untuk memanfaat ruang tumpuan media seluruh dunia tersebut untuk menunjukkan peranan belakang tabir yang selama ini beliau mainkan untuk menyelamatkan Gaza. Erdogan mahu menyatakan sokongan psikologi AKP Parti Pemerintah dan rakyat Muslim Turki kepada perjuangan umat Islam di Gaza. Muslimin dan kerajaan HAMAS di Gaza mungkin terasa kesepian dan keseorangan tanpa solidariti negara Arab untuk berdepan dengan Israel.
Erdogan - dengan segala keupayaan inteleknya membahas isu-isu ekonomi global sehingga kekuatannya mendapat pengiktirafan dan jemputan ke Forum Ekonomi Dunia - akhirnya tampil mengambil kesempatan untuk menampakkan pada dunia buruk dan jijiknya kebinatangan Israel.

Lantas, semua stunt politiknya itu ("modul" dalam bahasa tempat saya kerja :-) dirancang rapi kenyataan dan aksinya supaya tidak perlu sampai ke tahap "menang sorak, kampung tergadai." Jangan sampai menggadaikan kedudukan partinya di mata EU yang Pro-Israel serta kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang hampir goyah apabila 2-3 bulan lepas AKP mendapat 'kad kuning' dari Mahkamah Perlembagaan Turki atas isu "Islamis" nya AKP. Andaikata Erdogan terlalu menjahar dan meraung terlalu kuat sokongan dan ratapannya pada nasib Gaza di pentas WEF itu, boleh jadi tentera - yang semenangnya menunggu masa untuk menguburkan AKP - menanti untuk menggulingkannya apabila tiba di Turki.

Namun sebaliknya, Erdogan dijulang apabila pulang ke Turki sebagai wira nasionalisme Turki, bahkan bendera Turki yang jarang berkibar dengan bendera negara lain kali ini boleh dikibarkan rakyatnya bersama bendera Palestin. Pada masa yang sama dunia Islam semakin nampak Turki antara negara paling berpotensi di masa depan membela Palestin selepas Qatar, negara Shekh Qaradhawi buat pertama kali memecahkan tradisi taasub, nasionalisme materialistik dan kelesuan Liga Arab, menyatakan pendirian terbuka menyokong perjuangan HAMAS dalam membela rakyatnya di Gaza.

Saya masih teringat DS Anwar Ibrahim pernah menyebut selepas bertemu Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan pada awal Januari 2009 baru-baru ini. Beliau menyatakan Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu kepada isu Ghazza.

Kesimpulannya, tindakan Erdogan boikot forum itu dilihat mungkin dilihat tidak menyelesaikan masalah akar umbi konflik Palestin-Israel dan usaha damai yang cuba dimainkan oleh orang tengah seperti Turki sendiri. Namun, tindakan kecil itu sekurang-kurangnya telah membunuh karakter Israel dan memalukan mereka di persada antarabangsa kalaupun Erdogan tidak mampu mengerahkan tenteranya menyelamatkan Gaza dan membunuh tentera Israel.

Itulah politik "tipping point". You just only to make little change but it make a big difference and highly impact. Mohd Sayuti Omar dalam blognya pula menyifatkan tindakan Erdogan lebih hebat dan berkesan daripada bom fosfour yang dilontarkan Israel ke Gaza yang membunuh lebih 1,300 nyawa itu. Pantaslah kalau ribuan rakyat Turki menyambut kepulangan Erdogan yang dianggap sebagai wira. Dunia lain juga patut puji keberanian dan ketegasan Erdogan.

Selepas Muntazar melakukan "modul" tipping point berani matinya pada Bush, kini giliran pemimpin tertinggi Israel pula perlu menerima malu. Dan kali ini bukan giliran wartawan untuk membaling kasut, tetapi seorang negarawan membaling hujah. Bila pula giliran pemimpin besar Malaysia mahu melakukannya ? Mampukah Erdogan menenggelamkan populariti Obama sebagai pemimpin perubahan dan keamanan dunia tidak lama lagi ?

Dapatkan buku ini di Plaza MPH

Ya Allah, hancurkan pengganas Amerika dan Israel.

Jangan lupa singgah juga analisa menarik Ustaz Hasrizal mengenai Peres vs Erdogan ini. Klik sini.

artikel diambil daripada:

http://rijal82.blogspot.com

0 comments: