dari dulu sampai sekarang aku sangat jelous dengan kawan kawan aku yang ada kakak. kenapa? best sangat, boleh kogsi erita sama2, boleh nangis bila tengok tv sama2, boleh masak sama2, boleh pergi shoping sama2, boleh sms sama2, boleh tukar2 pakaian dan barang, boleh maam2lah. dan yang paling best bila ada orang buli aku, aku boleh panggil kakak aku pergi marah dia.
tapi sedihnya aku tak ada kakak. aku anak ke tiga daripada empat orang adik beradik. ada dua orang abang yang sejak dari aku mula kenal dorang sangat suka buli aku. aku ingat lagi masa kecik2 dulu along ngan angah selalu ejek aku 'KIKO' dan 'ROCKIE ONE'. semangnya aku cukup anti bila dipanggil dengan nama2 tu. dan setiap kali tulah aku akan menangis semahu-mahunya.
bukan tu aje, kalau main game asyik aku je yang tak dapat main. last2 aku kena tengok dorang main dan kadang2 kena pergi amikkan makanan dan minuman untuk dorang.
along aku dulu masa sebelum kawin punyalah garang.pantang aku balik lambat sikit dari sekolah agama mesti kena masuk mahkamah tentera. silap jawab sikit mesti tangan dia naik kat muka aku. pergh... kadang2 rasa macam kena dera aje. panas baran betul. semua orang mesti tak percaya tapi maca tulah abang aku. tapi aku tak salahkan dia, at least dia tak biarkan aku join budak2 yang 'pelik' kat tempat aku.
angah aku pulak jenis yang macam budak2. masa kecik2 dulul dialah yang anta aku pergi sekolah agama. hehe seronok bila balik sekolah naik basikal dengan angah aku. rasa selamat sangat.
antara along dengan angah, along yang paling famous. aku ingat lagi masa aku sekolah convent, masa naik bas gi sekolah, akak2 yang sekolah convent( senior ) mesti suruh aku bagi hadiah, surat, coklat dan macam2 lagilah kat abang aku.kadang2 aku sorokkan aje bukan apa masa aku kecik2 dulu aku ni sangat pemalas dan sangat pelupa. barang yang masuk dalam beg aku jarang dapat keluar selagi mak aku tak nampak aku dah bongkok tiga untuk dia selongkar apa yang ada dalam beg aku sehingga berat semacam.
bila dah besar ni, rindu sangat masa kecik2 dulu. weekend aje kitaorang satu family bertemu. along dah kahwin dan sekarang dah ada amirah (anak sedara aku yang pertama), angah pulak sebok dengan projek ternakan ikannya, adik perempuan aku pulak sebok dengan bahasa jepun dan kawn2 dia.
kadang2 aku selalu terfikir takke diorang ni rasa macam yang aku rasa? aku rindu sangat masa kecik2 dulu. saling sakat menyakat, bergurau, cakap tentang itu dan ini, tapi semua tu dah tak ada lagi.
selalu bila balik rumah, aku habiskan masa dengan mama dan papa je.papa pun selalu je ada keje. sarah (adik aku) sebok dengan komputer n bahasa jepunnya. huh bosan begini.
bukan tak bersyukur tapi rasa sangat rindu nak dengar rumah aku riuh dengan gelak tawa yang selalunya berlaku masa hari raya aje.
selalu akku terfikir kalau kitaorang semua tak membesarkan bagus. masih kecik macam dulu. bangun pagi, mama siapkan makanan dan pakaikan aku baju, angah panggil aku sebab dah lama tunggu aku nak pergi sekolah. senior2 bagi hadiah untuk along, balik sekolah makan masakan arwah atuk(nenek), papa bawak naik moto pergi jalan2, sarah nangis dalam buaian.
argh... rindunya semua tu...
tapi alhamdulillah, di UTM ni Allah anugerahkan aku dengan sahabat2 terutamanya kakak2. sekurang2nya merasa jugaklah aku nak memanggil kakak.
ingat lagi masa first time kat UTM ni aku jumpa ngan kak na (naqibahku) di surau an-nasuha. masa tu aku homesick abis, dan adanya kak na ni aku rasa happy sangat.
then berkenalan dengan akak2 LTKS. yang paling aku tak boleh lupa aku sangat admire kat kakak anis. baik sangat orangnya. dan yang paling bestnya dia ingat aku, selalu jumpa mesti tegur. teringat perkenalan pertama kami ketika makan ifthar dalam dulang yang sama.
lepas tu jumpa kak najwa. comel aje orangnya.sangat cool. then kak aina mardiah.. apa yang best tentag kak aina ni suara dia. hehe masa mula2 kenal dulu aku takut sangat dengan dia sebab dia macam banyak sangat cakap. tapi rupa2nya kak aina ni macam budak2. tengok aksesori dia aje dah tau. hehe budak comey!
lepas tu kak syifa'. first time aku jumpa kak syifa' aku memang tak faham dia. budget apa je jeling2 aku(hehe) buat muka serius lak tu. memang aku tak fahamlah.tapi after dah kenal lama dan disebabkan anak selangor jugaklah aku boleh jadi rapat dengan kak syifa'. hehe rupanya kak syifa' ni baik sangat. hehe paling ketara dia memang suka tarbiah orang. atas desakan aku (mybe kot) akhirnya di ada bloh sendiri. paling tak tahan nama blog dia 'bunga-bunga tarbiah' adus...
banyak lagi kakak2 yang aku jumpa. macam kak husna. nampak aje matang tapi rupanya kelam kabut sangat. hehe tu yang comey tu. lagi kak fatimah. akak ni nampak manis sangat sebab selalu pakai jubah. tapi awas! bila dia bawak keta mak oi macam pemandu formula one! then kak noraini... kak nraini jenis tak de perasaan punya orang. (hehe kak jangan mara) kelakar sangat bila akak kata akak rasa macam batu aje. tapi betullah akak ni jenis tak amik pusing hal remeh temeh kat sekeliling. (saya tengah ketawa terbahak2 bila mengingatkan kak noraini) walau apapun akak memang cool dan sangat amik berat. kalau tak, takkanah saya lantik akak sebagai penasihat kepada semua masalah saya.
then kak amy, hehe so sweet. makin tembam dah sekarang. suka sangat bila kak aemy ajar lagu tobo hati dalam versi jawa. teringat masa mak saya nyanyi untuk saya di waktu petang hari. indahnya...
then kak oni.. ops!!! sama umurlah... argh nak panggil kak oni gak! hehe oni jenis yang cepat merepek dengan ayat2 pujangga dia. memang pelik tapi manis...
banyakah lagi kakak2, tapi yang paling best mestiah kak HELIA. hehehe
seronok sangat bila kak helia cerita pasal analogi2 dia, bila akak beri pendapat akak, buat muka pelik, buat lawak tak jadi, dengar saya buat lawak, hehehe best sangat. hehe lepas ni nak paksa akak cerita sirah kat saya setiap hari sebelum tidur. hehe tarbiah2..
alhamdulillah, merasa juga aku ada kakak. macam tak percaya aje. semua masalah dikongsi bersama, masak sama2, kongsi baju sama2... hehe seronok sangat.
sayang kakak semua kerana Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment