hari ni terperap dalam bilik aje. aras aku tak de orang langsung. rasa sunyi sangat. kalau selalu mesti terdengar gelak ketawa dari bilik sebelah. bila buka pintu pulak mesti dengar lagu hidustan yang dipasang budak depan bilik. macam tulah yang berlaku sehari2. seronok sangat bila dikelilingi dengan suasana yang agak pelbagai.
tapi sekarang tengah mid term break. semua orang dah balik kampung. cuma aku je yang masih stay kat UTM ni. kenapa? sebab nak siapkan banyak kerja. tapi macam takkan siap aje dengan sikap aku yang suka bertangguh ni. benda2 lain aje yang aku dulukan. tak baik betul.
hari ni sepanjang hari hujan. kesian moto aku. mandi hujan je. hm.. kena do something ni kalau tak alamat berkaratlah nanti 'kuda' aku tu...
bila sendiri macam ni mesti teringat dekat mama. hm... rindunya. hari tu baru aje call mama. siap kena perli dengan mama lagi. mama kata sejak dapat moto baru dah lupa dah dekat mama. mana ada lupa kredit tak de tak boleh nak call.
bila ingat family aku mesti rasa bersemangat. apa agaknya yang dorang buat sekarang ni. kalau ikut perkiraan aku petang2 macam ni mama mesti lepak kat luar dengan jiran2 lain. biasalah persatuan ibu2 dan mesyuarat tingkapnya. ada sahaja cerita yang nak di bincangkan. kadang2 diorang ni mengalahkan ahli politik. semua segi masalah diorang tau. hehehe along aku selalu gak sound mama jangan take part sangat dengan aktiviti tak berfaedah tu.. tapi kalau fikir2 balik macam mana mama tak take part kalau mama pun ada perasaan sunyi juga.
mama aku tak macam mama orang lain. keras kepala betul dan aku mewarisinya. kalau kitaorang berdua bercakap silap haribulan boleh bertekak. masing2 keras hati.
tapi sekarang mama banyak diam aje. selalu mengalah dengan anak2. mungkin dia dah tak larat nak bertikam lidah macam selalu.
hm... angah selalu cakap kat kitaorang adik beradik kalau buat apa2 ingat kat mama ngan papa. jangan buat sesuatu yang akan susahkan diorang. betullah apa yang angah cakap tu.
walaupun mama tak pernah tanya result aku tapi aku tau mama selalu doakan aku. walaupun mama tak wara' macam orang lain tapi aku tahu Tuhan mesti dengar doa mama.
angah selalu pesan jangan kacau duit mama. selalu tanya mama kalau dia nak orang gaji. tapi mama tak nak. aku tau mama tak suka orang lain dalam family kitaorang. dan aku pun rasa macam tu. tapi semakin hari mama semakin uzur. dan aku selalu di selatan. angah selalu di bangi. weekend aje balik. along dah ada family sendiri. kena bahagi masa untuk 3 family. family dia, family mertua dan family aku.
kadang2 aku selalu fikir apa yang boleh bahagiakan mama ngan papa. bilik balik cuti aku perasan rumah sangat sunyi. walaupun kehidupan kami dah senang berbanding masa kitaorang kecik2 dulu, tapi masa dulu kitaorang sangat riuh. setiap hari dengar aku menangis sebab kena sakat, dengar papa naik mota balik dari kerja bawak kuih untuk minum petang, mama marah kitaorang sebab kacau dia nak tengok drama tapi kitaorang nak tengok kartun.
seronoknya waktu itu bila kitaorang nak buat sesuatu perkara tu kitaorang mesti bincang sama2. tapi sekarang semua buat hal sendiri.
mungkin salah kami juga sebab tak pernah nak tautkan hati balik.
mesti mama sangat sunyi malah lebih sunyi dari aku sekarang.
Ya Allah, kau beriknlah kebahagian kepada ibu bapaku kerana itulah yang paling layak buat mereka.
untuk mama... mas sayang mama walaupun susah terluah dari mulut ini tapi mas tahu mama mengerti.
argh... kerinduan mengigit tangkai hati....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment