semua turut berjuang....

05 January 2009
Menurut badan perubatan Gaza, 530 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 87 kanak-kanak dan hampir 2,000 cedera sejak Israel melancarkan serangan ke atas wilayah Palestin itu 27 Disember lalu. Di pihak Israel pula, seorang tentera terbunuh dan 55 cedera- sumber Berita Harian.


anak-anak ini pagi harinya keluar rumah sebagai pembaling batu menentang tentera Israel... dan malamnya mereka pulang sebagai SYAHID!!! Allahuakhbar! dimana aku ketika saudara aku tertindas!!! ALLAH!!!!! Selamatkan rijal kecil ini!


pejuang2 muda Palestine... walaupun bersenjatakan batu... namun awas Israel merekalah tentera Allah.. setiap rejaman mereka.. menandakan betapa mereka sudah bersedia untuk syahid!



seorang ayah tidak dapat menahan persaannya melihat anak-anaknya yang sudah terbujur kaku. apakah perasaan kita jika kita berada di tempat ayah ini? wahai si shahid kecil semoga berbahagialah kau di sisi Tuhanmu...




inilah ketakutan itu... mereka berhadapan dengan Israel dan berjuang untuk terus hidup... apa yang terjadi pada abang dan adiknya ini? mereka akhirnya syahid detembak Israel!



Allahhuakhbar!!! sampai bila lagi ibu-ibu Palestine akan kehilangan mutiara hati mereka?!


Fakta serangan Israel di GAZA:

  • Masuk hari yang ke-10 sejak dilancarkan 27 Disember lalu
  • Jumlah korban lebih 524 orang termasuk 94 kanak-kanak sementara lebih 2500 cedera.
  • Tentera Israel kepung Gaza City dan membahagi dua Genting Gaza selepas kawal jalan raya utama.
  • Pertempuran sengit di Jabaliya dan Bait Lahiya.
  • Dua serangan tentera Zionis semalam meragut nyawa lima anak kecil.
  • Serangan udara tentera Zionis semalam meragut nyawa lima anak keci.
  • Serangan udara jet pejuang Israel mengenai 130 sasaran sejak malam semalam.
  • Sejak semalam 75 penduduk Palestine terbunuh.
  • Hampir 1000 bedilan dilancarkan ke Gaza.
  • Bekalan air dan makanan semakin meruncing, bekalan elektrik terputus
-sumber Utusan Malaysia 6 januari 2009-



Malaysia sumbang 3.5 juta kepada rakyat Palestine- Abdullah

Obama tidak akan ubah dasar sokong Israel- Dr. M

Habib Jewel taja Anugerah Bintang Paling Popular 2.5 juta

rakyat dunia membantah serangan Israel terhadap Palestine

pelajar universiti - KIAS, NILAM PURI, UTM, UIA, UKM dan banyak lagi berdemonstrasi menentang kekejaman Israel.



marahkah anda pada Israel?! aku? aku sangat marah... lontarkan kemarahan itu biar satu dunia tahu... biar satu dunia merasai peritnya hati ini apabila memikirkan mereka yang tersiksa di sana... Ya Allah.. semoga semangat ini tidak mati... Ya Allah semoga kau berikan kemenangan kepada umat Islam di Palestine... dan Ya Allah kau bebaskan juga umat islam di seluruh dunia dari cengkaman penjajahan minda! dari rasa takut yang melebihi takutnya padaMu...




0 comments: