psm... miss pulak...

09 January 2009
alamak... tengah duduk berpanas bawah matahari tetiba mesej masuk.

"Mas, petang ni datang lab, Dr. dah bagi tajuk psm untuk u." - antara bait2 dalam sms yang aku dapat dari RO supervisor aku.

gila... petang ni datang lab, sekarang aku kat KL, kalau bawak keta laju2 sampai lab pun malam. argh...

aiseyman... tulah yang berlaku tadi, mula2 Mailin (RO tu) suruh aku cari method apa nak guna dulu then baru discuss tajuk, tak alih2 ari ni suruh datang amik tajuk. owh... dimana hak aku?!
ceh... tapi kalau dah bagi tajuk senang sikit keje aku. tengah busy bangat ni.

so ari isnin ni aku azam seawal pagi mungkin nak jumpa Mailin. hehe boleh discuss lama sikit.

tak sabar nak tahu tajuk psm aku walaupun aku dah tau dah view dia apa.

apa2 pun lepas ni kena buat project management, kalau tak kantoilah aku. huhu tak boleh kantoi nanti jadi fitnah untuk perjuangan.

hm niatkan untuk Allah dan untuk perjuangan, mana tau psm dapat aku manipulate jadi medan dakwah. sekurang2nya psm aku ni jadi gak ibadah insyaAlllah.

Ya Allah permudahkanlah urusan aku dan rakan2 ku...

0 comments: