akhirnya selesai sudah...

13 January 2009
alhamdulillah akhirnya selesai juga PRK. daripada 6 calon Pro M yang bertanding umum hanya 2 orang sahaja yang menang iaitu Nur Azim Fahada dan Mohd Afendi. segala tergalas harapan dan tanggungjawab di bahu mereka untuk merealisasikan manifesto Pro M.

manifesto...
Pro M dengan 4 fokus utama iaitu kebajikan, perpaduan, kepimpinan dan akademik.

walaupun calon mahasiswi Pro M gagal memenangi sebarang kerusi, namun seperti kata kak Putri, kita akan terus berjuang dengan manifesto itu. walaupun gagal kita tetap akan realisasikan apa yang kita janjikan.

kemenangan sebenarnya bagi aku hanya sebagai satu tiket. kalau kita kalah dalam PRK tak bermakna perjuangan kita selesai. MPP bukan matlamat perjuangan. itu pandangan aku.

macam daulah islamiyah. ada orang kata daulah islamiyah sati strategik, ada pihak lain kata daulah adalah matlamat. apa kata anda?

dulu aku rasa daulah adalah matlamat kepada perjuangan. cuma baru2 ni aku merasakan daulah hanya satu strategik. apa matlamat perjuangan kita? Islam, maka dengan daulah kita bisa menyebarkan Islam, namun tanpa Daulah kita masih mampu.

hm.. mungkin aku masih kurang ilmu untuk membicarakan persoalan besar ini.

prk, walaupun kita kalah tak bermakna PRO M hanya hidup semasa PRK sahaja. Pro M harus terus hidup sebagai check n balance dan yang penting membangkitkan kesedaran di kalangan mahasiswa akan peranan mereka dan mengembalikan izzah mahasiswa.

PRK berlalu dan pergi, pemimpin silih berganti namun diri tetap yang sama. buat pertama kalinya aku berasa sangat bangga menjadi mahasiswa. aku bangga menjadi penyokog PRO M atas sedikit kefahaman bukan kerana ikutan. aku bangga kerana menentang evolusi yang dibayangi HEP. walau kadang terasa takut. bimbang juga tekanan2 yang bakal dihadapi. namun buat sekian kalinya aku merasa aku punyai hak untuk membuat pilihan. aku punya hak untuk memilih. aku punya hak untuk bersama mahasiswa2 yang berani berjuang untuk mengembalikan izzah mahasiswa di kampus seterusnya ke mata masyarakat.

salam mahasiswa kepada mahasiswa...

besarnya makna MAHASISWA itu jika kita menghayatinya.

0 comments: