perhimpunan aman palestine....

02 January 2009
HIDUP... HIDUP...
HIDUP... ISLAM...
HANCUR... HANCUR...
HANCUR... YAHUDI...

WE UNITE... WE UNITE...
WE UNITE FOR ISLAM...
WE AGAINST... WE AGAINST...
WE AGAINST... FOR ISRAEL...

TADBIR.... ALLAHUAKHBAR....

tulah antara laungan2 yang berkumandang masa perhimpunan aman palestine yang diadakan selepas solat jumaat di depan MSI...

btw aku dapat banyak mesej yang ajak join perhimpunan tu. dan dengan waras aku buat keputusan untuk join. tujuannya??? kenapa tidak... mungkin inilah satu cara atau jihad kecil yang boleh aku lakukan untuk rakyat Palestine...

disaat masyarakat kita sedang sebok dengan sambutan2 tahun baru, kita seakan menyisihkan atau tidak ambil peduli akan keperitan, penderitaan, kesengsaraan dan segala perit yang dilalui oleh saudara seakidah dengan kita di bumi Palestine...

hari ini ketika membaca surat khabar menunjukkan angka korban palestine mencecah 380 orang... betapa kejamnya Israel...

hati aku memberontak... argh... kejamnya manusia...

mungkin ramai antara kita yang tidak bersetuju dengan perhimpunan seperti ini, mungkin ramai yang menyangka kami yang berhimpun ini hanya membuang masa sahaja... dan tak juga yang menyatakan kami ini sekadar mengikut sahaja...

buang masa ke apabila perhimpunan ini dengan tujuan mendesak mereka yang bertanggungjawab membuka mata bahawa mahasiswa mahukan mereka melakukan yang sepatutnya...

buang masa ke apabila mahasiswa berhimpun menyuarakan pandangan mereka agar masyarakat kampus buka mata, buka hati, buka minda tentang apa yang sebenarnya berlaku di palestine sana?

saya dan beberapa orang rakat rasa tak faham, apabila ada konsert2 yang diadakan di kampus, tidak ada pula provokasi yang dilakukan oleh 'mereka2' ini.... tidak pula perkara seperti itu dianggap membuang masa... tidak pula perkara2 itu dianggap melanggar akta sedangkan kemungkaran yang timbul dari konsert2 itu telah jelas kelihatan...

entahlah... kata orang bila kita nak buat baik ni selalu disalah ertikan, selalu mendapat tentangan...

normal lah tu... itulah tarbiah... itulah makanan perjuangan... dan disutulah akan lahir kemanisan perjuangan...

alhamdulillah... terasa erat pula ukhuwah apabila bersama2 sahabat tadi masa berhimpun. sungguh dalam hati rasa kecut juga, tapi demi Palestine dan untuk-Nya semangat datang tanpa diminta.

semoga perhimpunan tadi dikira sebagai ibadah disisiNya... semoga laungan2 itu dikira sebagai zikir disisiNya...

Ya Allah... bantulah mereka di Palestine...

0 comments: