ia indah tetapi menyakitkan...

24 January 2009
alahamdulillah...

akhirnya naik juga kepimpinan baru LTKS KTDI sesi 2009.

maka berakhirlah sesi kepimpinan aku dan sahabat2 aku untuk sesi 2008...

LTKS KTDI...

mengimbau kembali perjalanan hidup aku, ternyata LTKS telah banyak memberi 'sesuatu' dalam hidup aku. bukan sahaja memberi malah telah berjaya merubah aku menjadi sesuatu yang 'baru'

allahhuakhbar!

siapa sangka aku yang dulu boleh menjadi seperti hari ini. terlalu banyak ujian kau berikan pada aku. tapi dalam ujian itu kau hadirkan sahabat2 yang tidak jemu dan malu untuk bersama2 aku. lantas Kau ilhamkan mereka untuk mengubah aku. bukan sahaja mengubah aku, kau beri pula peluang pada diri ini untuk merasa kemanisan berjuang di jalanMu.. malah Kau hadiahkan aku dengan indahnya sebuah pengorbanan...

pertama kali menjejak kaki ke KTDI, aku memang rasa alone sangat. mana taknya memang aku sebelum masuk UTM ni seorang yang alone sangat. aku tak de ramai kawan. bagi aku mei chen aje lah kawan dan best friend aku. dan ini membuatkan bila aku beberapa hari di UTM dah rasa homesick yang amat sangat.

namun semuanya berubah... bila berjumpa dengan kak Na, yang masa tu TP LTKS, dia ajak aku join Usrah. dalam Usrah aku jumpa beberapa sahabat lain. dalam usrah aku kenal ukhuwah. aku kena kasih sayang...

kemudian aku kenal ukhuwah...

tahun pertama aku banyak abiskan masa dengan Usrah dan buat bulitin Gema al-Ilmu. aku serook sangat buat gema al-Ilmu. kadang2 pelik bila fikir balik, aku yang sempoi dan selekeh ni boleh buat bulitin islamic??? orang mesti tak caya.

bila buat Gema Al-Ilmu, aku banyak membaca cerita2 Islam... timbul rasa seronok sangat. aku jadi kagu dengan Islam. aku rasa Islam sangat perfect. Islam sangat indah. aku jadi cemburu tengok orang pakai tudung besar. aku nak sangat pakai macam diorang. tapi aku takut. aku takut sangat, mana taknya aku takut aku diketawakan oleh pelajar sekelas.aku bimbang diorang ejek aku. aku rasa pelik kalau seorang rock star bertukar jadi muslimah.

sempit fikiran...

itulah aku. semua aku buat ikut pandangan orang. aku tak de kekuatan diri langsung.

then... aku gi satu program...

disitu aku ditarbiah. aku dibongkarkan dengan kezaliman yang aku lakukan pada diri aku. teringat lagi disatu malam selepas aku ditaaruf aku tertanya2 pada diri untuk apa aku lalui hidup ini jika aku terlalu mengambil kira pandangan orang sehingga aku membelakangkan Dia. untuk apa cintakan Islam yang aku baca tu tanpa aku mendalami, menghayati dan merasainya. dan sepanjang malam aku tertanya pada diri betapa retoriknya aku dalam gema al-Ilmu aku sebok guna slogan -amalkan islam sebagai cara hidup- sedangkan aku masih jauh dengan cara hidup Islam yang sebenar. seringkali aku beralasan sehingga aku lupa bila2 masa sahaja aku boleh mati. bagaimana harus aku berhadapan denganNya waktu itu? adakah aku ke nerakaNya? sedangkan aku terlalu mahu mendiami syurgaNya...

dan masa program KMG'08 bermulanya era tudung labuh dalam hidup aku. aku ingat lagi masa first time aku nak pakai tudung labuh ke kelas, menggeletar tangan aku masa pin tudung. sepanjang kelas aku menggeletar.

dan kekuatan aku masa itu hanya satu... aku hanya mengharapkan kasih sayang dariNya... aku tolak tepi pandangan atau kata2 sahabat tentang imej baru aku janji Allah suka. korang aku peduli apa.

alhamdulillah semoga aku diberi kekuatan untuk istikomah dalam menjaga pemakaian ku.

masuk tahun 2 aku ditaklifkan sebagai TP lujnah penerbitan dan multimedia. dan tahun berikutnya di naikkan ke jawatan TP LTKS. hm masa jadi TP ni lah baru aku berubah habis tu.

malam tu... bila tengok kerusi kosong kat atas pentas yang bakal diduduki oleh pimpinan baru hati aku rasa sedih sangat. rasa sayu yang teramat. aku merasa selepas ini aku akan jauh dengn LTKS.

aku pasti merindui bergerak kerja dalam LTKS. merindui merancang program untuk adik. membincangkan maslah LTKS dan bermacam lagi. argh... hati kenapa terlalu berat untuk aku lepaskan LTKS ke tangan adik2 baru.

kepercayaan dan sokogan harus aku berikan kepada mereka. biar mereka rasakan kenikmatan yang aku rasakan sewaktu bersama LTKS...

Ya Allah... kau berikanlah kekuatan kepada adik2 LTKS untuk memacu LTKS menjadi salah satu kelab yang dapat membimbing mahasiswa mengenal dan mencintaiMu...

Ya Allah.. kau tautkan hati mereka, moga tak lahir perbezaan antara mereka. biar mereka jadi satu hanya keranaMu...

Ya Allah... kau ampunkanlah dosa aku andai ada kerusakan yang telah ku bawa sewaktu memimpin LTKS. sesungguhnya hamba ini terlalu lemah. dan kau berikanlah aku kekuatan untuk memberi sumbangan untukMu dalam apa jua lapangan selepas ini.

Ya Allah aku hanya megharapkan redamu....

0 comments: